Tentu Seronok Jadi Orang Kaya

Tentu seronok jadi orang kaya.Lebih-lebih lagi berada dalam kelompok 10 Individu Terkaya Dunia 2017. Semua orang berpeluang untuk menjadi orang kaya.Namun kaya yang bagaimana yang kita mahu.Sebab kaya sifatnya amat subjektif.

Paling mudah orang nak kaya dan roti.Pagi-pagi boleh sarapan digandingkan dengan Kopi Tenom yang boleh diperolehi secara online.

Ada juga nak kaya dengan budi bahasa.Ramah dengan orang.Senyum sana sini sambil bertanya khabar hal keluarga masing-masing.Mereka disukai ramai.Malah ada wanita cantik dan solehah yang memburu mereka untuk dijadikan suami mithali.Bukan itu sahaja mereka bersedia pula dijadikan isteri kedua. [gurauan semata-mata]

Tidak terkecuali juga ada orang  nak kaya dengan iman dan takwa.Mereka solat di masjid,solat malam dan apa-apa sahaja yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Dalam pada itu  ramai lagi yang nak kaya dengan apa cara sekalipun.Kaya roti mereka makan,kaya budi bahasa mereka pun ada dan kaya iman tak perlu pertikai lagi.Mereka kaya dalam pelbagai kekayaan.

Sungguhpun begitu kaya yang sangat dipandang orang sekarang waima dahulu kala ialah kaya harta benda dan wang ringgit.Mereka boleh hidup senang biarpun harga petrol naik RM3.00 seliter.Malah mereka tidak takut untuk mencarum dalam takaful RM1 juta untuk bayaran tahunan.Sebagai perunding takaful memang terbeliak biji mata.

Pendek kata memang seronoklah jadi orang kaya.Esok nak melancong atau bila-bila sahaja tidak ada masalah.Malam ini nak sedekah RM100 ribu tunai untuk masjid hujung kampung pun ‘no hal’.Nikmat apa lagi yang lebih seronok selain bersedekah.

Tak pelah.Ada orang seronok makan sedap sedap setiap hari.Sebelum itu wajib baca blog Puan Raihanah dulu.Nak jaga kesihatan juga supaya sakit tak segera datang menjengah.

Keseronokan berganda menjadi orang kaya ini ialah bersedia untuk mati bila-bila.Amalan haji dah selesai.Amal jariah keliling pinggang.Kaki sentiasa ke masjid dan malam sentiasa ada tahajud.Tak kurang juga berterusan berdoa memohon rahmat kerana tanpa rahmat  Illahi,segala amal ibadah belum cukup untuk syurga.

[nota admin]

Coretan seronok jadi kaya santai sahaja.Mudah-mudahan sebagai bacaan yang berbentuk hiburan semata-mata.Ada masa saya tulis sesuatu serius dan berat juga.

kredit : Facebook image


p/s :Jangan lupa untuk mengetahui cara untuk menjadi kaya dan teknik menarik wang.Ia boleh  dibaca secara mendalam di pautan Pakej Jurus Kekayaan + Magnet Wang

18 ulasan

Bagus jadi kaya ni.
tak terkejar2 nak pikir masalah duit..
nanti sama-sama kita mengkayakan sesama sendiri ye

Semua orang nak jadi kaya , niat dan usaha kena betul tu untuk mencapai impian bergelar orang kaya

aamiin dan semoga ramai blogger menjadi orang kaya

kalau niat dah betul...usaha akan menjadi betul juga

Klu kaya lagi bnyk ibadah yg boleh dibuat utk kebaikan akhirat, in shaa Allah.

kaya iman dan akhlak adalah kaya yang sebenarnya

Dahsyatlah bro sekarang ni haha..nak kaya jugak lahh..huhu

itulah kelebihan orang kaya apabila beribadah...lebih tenang dan senang..

orang susah nak beribadah pun susah kalau hidup terrdesak sana dan sini..

betul sangat..kita nak kaya di dunia dan akhirat

sudah semestinya...saya akan menulis banyak artikel tentang kaya dan kekayaan..

lama -kelamaan jadi kaya la nanti..

Bro kalau nak kaya..baca la blog ini selaluu

Biar menjadi orang kaya yang menyumbang bakti kepada agama dan bangsa.

Mmg seronok bila jadi kaya ni.. tapi yang penting jgn lupa asal usul kita dari mana.. sbb tak semua yang kaya lahir2 terus "jadi kaya".. semua nya mesti perah keringat habis utk sampai ke tahap kaya tu..

semoga kita tergolong menjadi orang kaya sedemikian..

hukum dunia...simple sahaja..

usaha tangga kejayaan

Sapa tak mau jadi orang kaya kan.... kalau boleh saya pun mak jadi orang kaya sekarang jugak haha....

Alhamdulillah ....bersyukurlah dgn yg sedikit insyaallah kita akan bersyukur dgn yg banyak.
Betul sangatlah tu kaya bukan semestinya harta benda jer. Sihat, gembira juga salah satu cabang kaya sebenarnya

logiknya semua orang nak jadi kaya...

kaya budi bahasa dan harta benda

Saya nak jadi orang kaya. Doakan saya. Saya nak bantu umat islam

aamiin dan itu memang niat yang baik


EmoticonEmoticon