Selamat Hari Jadi Haiqal Hazwan

Selamat Hari Jadi Haiqal Hazwan…Dalam artikel ini saya nak memberi ruang khas untuk penulisan buat anak saya yang sulung.Kini sudah masuk 14 Tahun dan bersekolah asrama di MRSM Betong.Semoga sukses dan sentiasa sihat menemaniya selalu.Aamiin.

Maaf kerana gambar tidak terang

Baru-baru ini ada cuti 3 hari.Sayangnya Haiqal Hazwan tidak balik ke Samarahan.Terpaksa dia tinggal di rumah emak saudaranya di Sri Aman.Sedih memang terasa.Namun terpaksa juga kerana kos untuk pulang  ke Betong agak tinggi.

Hari Jadi pada tahun ini tidak mampu kami sekeluarga raikan untuk dia  secara rasmi.Situasi sekarang belum stabil .Tambahan pesanan orang kaya Samarahan  belum lagi mengena sasaran.Kalau dah rezeki tak ke mana juga tu.

Hadiah terbaik dari ayahnya pada tahun ini merupakan artikel Selamat Hari Jadi yang ke –14 untuknya.In shaa Allah pada tahun-tahun mendatang rezeki akan mencurah-curah.

[Pesanan Hero Borneo]

Hari jadi bagus disambut secara sederhana sahaja.Bagi ucapan yang memberangsangkan dan kata-kata motivasi pun bagus juga selain kek sebiji.Risau juga kalau sambut hari jadi dengan kek yang diletak lilin.Risau macam agama lain buat.Sebab itu saya suka lagu Happy Birthday ditukar dengan Allah Sayangkan kamu.

Sekian.Salam sayang dan jumpa lagi.


EmoticonEmoticon