Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik

Baru-baru saya terbaca Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik dalam satu group wasap.Oleh kerana saya anggap panduan ini sangat penting maka saya kongsikan semula dalam blog.Bila dah masuk blog maka ramai lagi yang boleh membaca.Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada para pembaca semua.Usaha saya ini saya anggap satu sedekah agar pengirim asalnya juga dapat amal jariah.

Meninggalkan legasi ilmu

Sumber : Google

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Amalkan sungguh-sungguh

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

[nota admin]

Panduan ini menarik untuk dikongsikan bersama.Saya berharap bukan sekadar dikongsikan sebaliknya juga diamalkan.Sekiranya tidak banyak,sedikit pun memadai berdasarkan kemampuan masing-masing.

Sekian.Salam sayang dan jumpa lagi.

Sumber :Group Whatsapp

8 ulasan

Harus berfikiran posotif.
Tak guna nak ambik kisah pada perkara-perkara negatif.

yes..mum..

you're very goog mum hehehe

Satu oerkongsian dan peringatan yang bagus. Sentiasa amalkan hidup positif.

Ya begitulah hendaknya. Semoga ia menjadi peringatan kita semua

saya suka blog ni.. byk info yg berguna ada kat sini..

kene selalu berfikir positif dengaan bersangka baik apa jua yang berlaku. yang baik dariNYA yang x baik dr kita juga

terima kasih banyak-banyak..

sebagai balasan saya doakan tuan sentiasa dirahmati Allah setiap masa dan ketika..

aamiin

Kita minta yang baik baik sahaja...

in shaa Allah


EmoticonEmoticon