Jururawat Menemui Ajal Akibat Kemalangan

Jururawat Menemui Ajal Akibat Kemalangan...Sedih memang sedih.Begitulah kejadian manusia pada hari ini.Bila-bila sahaja boleh menemui ajal.Sudah tentu kita tidak boleh menyalahkan ajal kerana perkara tersebut adalah confirm akan berlaku.Persoalannya ialah kita ada tak membuat perlindungan pendapatan sewaktu masih hidup.Kalau meninggalkan pun (tak minta ) kita sekurang-kurang kita ada meninggalkan sesuatu yang berharga buat pewaris.

Kredit : Google

Jom kita baca tragedi berikut agar menjadi iktibar supaya lebih berhati-hati ketika melintas jalan.

KUALA LUMPUR 10 April - Seorang jururawat wanita Hospital Melaka maut ketika melintas di Jalan Sultan Ismail menghala Jalan Kuching berhampiran Maju Junction di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa Salbiah Ab. Raman, 33, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pegawai Turus Jabatan Siasatan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintenden Shafie Daud berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa sedang melintas jalan daripada kiri ke kanan sebelum dia dilanggar kereta dipandu lelaki berusia 24 tahun yang bergerak di lorong ketiga.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang beralamat di Jalan Seri Krubong 3, Taman Seri Krubong, Melaka maut.

“Kita telah menghubungi waris mangsa dan bedah siasat dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi hari ini manakala kereta terbabit di bawa ke balai untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shafie memberitahu, pemeriksaan lanjut mendapati lokasi kejadian tiada kamera litar tertutup (cctv) dan tiada saksi bebas tampil membuat laporan.

Jelas beliau, pihaknya mendapati terdapat tempat melintas bagi penjalan kaki yang berada kira-kira 100 meter daripada lokasi kemalangan.


Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Sumber : UTUSAN ONLINE

[Nota Admin]

Sebagai perunding takaful saya bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat betapa pentingnya perlindungan pendapatan melalui caruman takaful.Perkara tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk menunggu gaji lebih,bisnes berkembang atau fikir dahulu.

Musibah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa  mengira umur,jantina dan status.Tak kira sama ada duit atau tidak.Yang pentingnya sebelum berlaku apa-apa musibah, sila bersedia dengan Pelindungan Pendapatan melalui caruman takaful.

Sekia.Salam Sayang dan jumpa lagi.
 
Mohd Hanafi Abdullah
Perunding eTiQa Takaful
“ Membina Ukhuwah Dalam Mua’malah ”
















10 ulasan

letih sangat kerja tu kadang jadi kemalangan. al fatihah

Itulah.. Mungkin kereta dibawa terlalu laju sehingga tidak mampu untuk mengelak

innalillahi wainna ilaihi raajiun kpd mangsa...

Kesiannya, Takziah. Teruskan mendidik masyarakat tentang kepentingan takaful.

in shaa Allah..itulah kerjaya utama saya

Aduhhh, ngeri 😱

tak pe..fikirkan yang baik-baik sahaja

innalillahi wainna ilaihi raajiu

nnalillahi wainna ilaihi raajiun


EmoticonEmoticon