Iktibar Dari Jutawan Kantau Luar [Edisi Kemaskini]

Sengnaja saya nak kongsikan satu iktibar dari jutawan kantau luar.Ia kisah benar yang berlaku di Sibu Sarawak.Semoga pendedahan ini juga memberi maksud kantau luar kepada mereka yang baru mengetahuinya.Selain itu memberi iktibar dan pengajaran.


jutawan kantau luar

Bot untuk jutawan

Ada satu kes seorang pekerja telah menggelapkan wang syarikat selama 4 ke 5 tahun tanpa sedari oleh tauke.Perkara ini baru terbongkar setelah pihak syarikat membuat audit.

Sebelum ini si pekerja  telah berjaya melakukan senyap-senyap.Dikatakan dia telah melakukan penjualan haiwan ternakan milik taukenya secara kantau luar.

Masyarakat tempatan faham apa maksud kantau luar.Istilah standardnya merujuk kepada pendapatan sampingan.Masalahnya pendapatan sampingan ini melalui cara yang salah.

Dalam kisah ini tak perlu kita fikir sangat sahih atau tidak  berita tersebut.

Bagi saya mudah sahaja.Apa-apa yang kita lakukan secara pecah amanah walaupun sepuluh sen tetap dosa.Wang tidak berkat dan hidup anda akan panas sepanjang masa.


Wang bukanlah segala-galanya walaupun segala-galanya memerlukan wang.Secara realistiknya wang cuma alat untuk memudahkan kehidupan.

Ada wang hati senang.Tak ada wang perasaan resah gelisah.Besarnya pengaruh wang usah cakap.Cerita tadi boleh menyokong pendapatan saya tentang wang.

Jadi apa iktibarnya?

Kepada saya dan juga anda semua jadikan amanah dan jujur itu satu sikap terbaik ketika mencari rezeki.Jika nak rezeki kaw-kaw baca ilmu yang dipesan oleh Orang Kaya Samarahan.Lagi bagus.

[nota admin]

Banyak cara untuk kaya.Namun pilihlah cara yang baik dan bukan cara kantau luar biarpun cara terrsebut boleh menyebabkan kita jadi Jutawan.Misalnya ada jutawan muda yang menjana kekayaan dengan menjual Sistem Rahsia Android

Buat makluman semua,kekayan yang berasal dari sumber yang baik akan membawa keberkatan,

Sekian.Salam sayang dan jumpa lagi.

p/s :Artikel asal ditulis pada April 2014

8 ulasan

wow perkongsian yang sgt menarik sebagai rujukan masa hadapan.Thank you!

bolehla..semoga iannya bermanfaat

Setuju dengan statement ni " Wang bukanlah segala-galanya walaupun segala-galanya memerlukan wang. Secara realistiknya wang cuma alat untuk memudahkan kehidupan."

Kita yang memberi nilai kepada wang.. tapi kadang-kadang kita yang menjadi alat kepada wang..

sy x bersimpati kalu dia kena tangkap tp sy bersimpati kat anak2 dan keluarganya sbb sumber yg diorang mkn tu dari sumber yg x halal...

Jujur dan amanah sangat penting dalam menjalankan tugas. Kalau dah dihasut dengan syaitan memang sanggup berbuat apa saja

hehehe..ramai juga yang dah jadi hamba wang

yalah kan...kasihan kepada keluarganya

semoga kita dielakkan dari musibah begini


EmoticonEmoticon