Cara Dapat Wang Dengan Kuasa Minda

Dalam artikel ini saya nak kongsikan Cara Dapat Wang Dengan Kuasa Minda.Terus terang saya katakan informasi saya salin semula dan ubahsuai sedikit supaya sejajar dengan blog saya pula.Saya amat berterima kasih dengan sebab itu saya telah menyatakan sumber serta kredit kepada penulis asalnya yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Hidup Bebas’

Sumber gambar : Facebook

Wang adalah bahan mentah untuk mendapatkan benda-benda lain. Wang juga adalah alat untuk kita alirkan kelimpahan nikmat kepada lebih ramai orang.

Allah SWT amat menyayangi kita, malah lebih daripada kita menyayangi diri kita sendiri.Dan untuk menunjukkan yang Allah SWT sayang kepada kita, Allah SWT telah sediakan WANG, EMAS, PERMATA dan SERIBU KEKAYAAN di perut bumi untuk kita. Apa yang Allah SWT minta, adalah kita berusaha untuk mendapatkannya dalam bentuk yang kita suka. Jika kita suka kereta, Allah SWT bagi kita kereta. Jika kita suka rumah, Allah SWT akan bagi kita rumah. Dengan syarat, usaha untuk mendapatnya.Boleh dicuba menggunakan Aplikasi Duit.

Kita juga begitu. Jika kita sayang seseorang, contohnya ibu-bapa, isteri dan anak-anak, setakat ucapan sayang sahaja tidak cukup. Kita perlu beri mereka makan, tempat berteduh, dan hidup selesa. Kita perlu beri mereka kekayaan, kekayaan yang Allah SWT bagi.
untuk kita ada yang berupa wang? Apakah kaitan wang dalam semua ini?

Wang  alat ciptaan manusia yang memudahkan kita memindahkan dan mengagih-agihkan kekayaan yang telah Allah SWT berikan kepada kita. Wang bukan segala-galanya, tetapi wang adalah alat yang memudahkan kita memindahkan kekayaan Allah SWT dari seorang kepada seorang yang lain. Sebab itulah, bagi orang yang faham perkara ini, mereka akan berusaha menjadi kaya dengan menarik banyak wang ke dalam hidup mereka.

Mereka tidak pernah sekali-kali menghina wang atau orang yang berusaha keras dalam mencari wang. Kerana mereka tahu, hanya orang yang mengenal Allah SWT dan kekayaan Allah SWT sahaja akan berusaha mendapatkan seberapa banyak wang. Kemudian, sesudah mendapat banyak wang, akan mereka gunakan ke jalan kebaikan. Jalan mulia dengan mengagih-agihkan kekayaan Allah SWT di muka bumi ini kepada ramai orang melalui WANG.

Untuk dapatkan wang, kita boleh bekerja keras menggunakan tulang empat kerat. Atau, kita boleh mendapatkannya menggunakan satu lagi kekuatan yang juga datang dari Allah SWT, tetapi jarang didengari - iaitu MINDA.

Hanya segelintir orang terpilih sahaja akan tergerak untuk mempelajarinya. Namun, masih ramai yang belum betul-betul fahami kehebatannya, apa lagi menggunakannya dengan berkesan untuk menarik wang ke dalam hidup mereka.

Masih belum terjawap, kenapa artikel  ini fokus kepada wang?

Ini jawapannya: Wang adalah alat ciptaan manusia untuk memindah dan mengagihkan kekayaan Tuhan di kalangan manusia. Kekayaan yang dimaksudkan bukan sekadar CINTA Allah SWT kepada manusia. Tetapi HARTA dan KEKAYAAN Allah SWT di perut bumi dan permukaan bumi. Wang boleh digunakan untuk mengeluarkan kekayaan ini, dan dipindahkan dan diagihkan kepada ramai orang. Dengan adanya wang, semakin ramai orang boleh menikmati kekayaan Allah SWT.

Semakin banyak wang yang anda kumpul, semakin banyak KEKAYAAN Allah SWT yang anda dapat. Kemudian terpulang bagaimana anda menggunakannya. Adakah ke arah kebaikan, atau ke arah keburukan. Apa yang penting, wang amat berguna kepada anda, jika anda tahu bagaimana untuk menggunakannya dalam melakukan kebaikan, anda boleh melakukan kebaikan yang lebih besar dan kepada lebih ramai orang.

Bagaimana untuk tarik wang dengan kuasa minda? Apa itu minda? Apa itu kuasa? Apa itu kuasa minda?

Adakah kuasa minda bertindak seperti tangan ghaib yang menarik duit dari poket setiap orang? Adakah kuasa minda itu berfungsi dengan bantuan jin atau toyol untuk mencuri duit dalam peti simpanan orang di rumah? Adakah kuasa minda itu malaikat yang membantu anda memindahkan wang berjuta dari alam ghaib ke rumah anda sekelip mata? Teruskan tertanya-tanya.

Sebelum saya menjawap soalan-soalan tersebut, saya ingin meneruskan bercerita mengenai wang lagi.
Wang adalah bahan mentah yang berbentuk fizikal. Itulah yang saya katakan dalam post sebelum ini.

Sebenarnya ada satu lagi sebab kenapa kita lebih fokus menarik wang, berbanding terus menarik benda yang kita inginkan contohnya kereta Ferrari, Rumah banglo 3 tingkat, Samsung Notes II, atau lain-lain secara khusus.

Ini ada kaitan dengan TAKDIR. Sekiranya kita menarik wang, kita selamat kerana wang hanyalah bahan mentah untuk memudahkan kita mendapatkan apa yang benda yang telah ditakdirkan untuk kita.

Bayangkan begini. Katakan anda berkeras ingin menarik kereta Axia. Tetapi anda tidak mendapatnya. Kemudian anda rasa sangat kecewa kerana tidak mendapatnya. Kemudian, apabila ditakdirkan anda mendapat Bezza, anda terasa sangat sedih dan menerima dengan rasa terpaksa... kerana yang anda mahu adalah Axia. Apabila ini berlaku, anda sebenarnya telah tidak bersyukur, malah merungut terhadap nikmat takdir yang Allah SWT telah beri kepada anda.

Tetapi bayangkan jika anda berjaya menarik banyak wang, dan dengan wang yang ada, anda boleh mengidamkan kereta best. Kemudian anda berdoa, agar Allah SWT beri anda kereta mewah kerana anda mampu. Selepas sabar menunggu, akhirnya kereta takdir anda pun sampai. Wah, Ferrari lahhhh!! SYUKUR AMIN!!!

Sebab itulah, blog ini hanya fokus kepada wang, kerana wang adalah bahan mentah yang membolehkan kita mengagih-agihkan kekayaan Tuhan kepada ramai orang dan diri sendiri.

Sekarang apa pula ceritanya dengan minda ni?

Betulkah minda ni mempunyai kuasa?

Eh, apa itu kuasa?

Minda tu pulak, apa?

Sabar. Sabarrrrr.

Kuasa, amat rapat dengan tenaga. Tenaga pula, amat rapat dengan KERJA.

Saya akan ceritakan satu persatu mengenai kuasa, tenaga dan kerja.

Kerja membawa maksud, suatu tindakan untuk memindahkan sesuatu, sama ada menolak atau menarik sesuatu itu dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Dalam blog ini, kerja yang dimaksudkan adalah MENARIK WANG dari pelbagai arah dan sudut, ke dalam simpanan anda.

Sekali lagi, baca betul-betul.

KERJA yang dimaksudkan dalam artikel ini adalah tindakan MENARIK WANG dari pelbagai arah dan sudut, ke dalam simpanan anda.

Untuk melakukan KERJA, anda perlukan TENAGA.

Apa pula tenaga ini?

TENAGA adalah sumber bekalan yang boleh digunakan untuk melakukan KERJA.
Contohnya, sumber makanan memberi badan kita TENAGA untuk menarik dan menolak benda fizikal dari satu tempat ke tempat yang lain.

TENAGA elektrik boleh menggerakkan elektron untuk menghasilkan pelbagai kerja, contohnya menghasilkan cahaya, menghidupkan TV, laptop, handphone dan banyak lagi peralatan elektrik.

TENAGA minda pula, boleh digunakan untuk menggerakkan JIWA seseorang untuk membawa wang kepada kita.

Tenaga minda sangat kecil jika dibandingkan dengan tenaga badan dan tulang empat kerat kita. Kita boleh mengangkat sehingga 50kg benda menggunakan tenaga badan dan tulang empat kerat kita. Tetapi, dengan menggunakan tenaga minda, kita hanya mampu berfikir... tetapi di situlah KEHEBATANNYA!

Baca ini dengan teliti.

Semakin sikit tenaga yang diperlukan untuk menyiapkan kerja, maka semakin BESAR kuasa yang kita ada.Ini kerana, KUASA adalah kadar kecepatan melakukan kerja.

Dengan kuasa minda, dengan kuasa berfikir, kita boleh menyiapkan sesuatu kerja dengan lebih cepat, contohnya menarik wang yang banyak dalam masa singkat.

Minda adalah satu ruang aktiviti di mana fikiran dan perasaan kita berlaku. Fikirkan begini. Otak adalah hardware atau fizikal bagi bahagian dalam kepala kita, manakala minda adalah software yang bekerja di dalam kepala kita.

Minda adalah tempat di mana fikiran dan emosi berlaku. Kita boleh memikirkan fikiran dan merasakan emosi di minda kita.

Kita mempunyai dua minda, iaitu minda sedar, dan minda bawah sedar. Aktiviti minda yang kita lakukan secara sedar, seperti membandingkan baik buruk, memilih antara dua, memberikan alasan, mencari sebab dan bukti... kesemua itu adalah aktiviti minda sedar. Tujuan kita ke sekolah dari umur 7 tahun hingga 17 tahun, tujuannya adalah untuk melatih kecekapan minda sedar kita untuk berfikir - mengingat, memahami, dan menganalisis sesuatu perkara, iaitu memilih, membanding, menyusun, mencari persamaan dan sebagainya.

Minda bawah sedar pula adalah aktiviti yang berlaku secara bawah sedar contohnya bernafas. Di dalam keadaan yang busuk, kita secara automatik menahan nafas dan menutup hidung. Semasa kepenatan, kita secara automatik bernafas dengan tercungap-cungap. Semua ini dilakukan tanpa kita sedari. Semasa kita tidur, kita tetap bernafas. Dan ini juga merupakan aktiviti minda bawah sedar.

Minda bawah sedar bersambung dengan seluruh anggota badan kita. Ini kerana sejak kita lahir, minda bawah sedar wujud terlebih dahulu berbanding minda sedar. Keseluruhan badan kita pada mulanya sejak kita lahir adalah dikawal minda bawah sedar.

Sehinggalah kita berumur 8 hingga 12 bulan, barulah kita mulai berfikir. Dan pada waktu itulah minda sedar kita mulai terbentuk.Minda bawah sedar juga tempat berlakunya emosi. Minda bawah sedar sangat cekap menggunakan emosi untuk mendapatkan apa yang badan kita perlukan. Semasa ketiadaan minda sedar, minda bawah sedar melakukan tugasnya dengan sangat cekap untuk mempengaruhi emosi orang lain untuk memberi kita apa yang kita inginkan.

Pada sekitar umur 12 tahun, minda sedar kita telah mulai berfungsi sepenuhnya... dan kita telah boleh mengawal emosi, contohnya menyembunyikan perasaan sakit dan menahan air mata apabila dimarahi ibu. Tetapi, walaupun minda sedar telah berfungsi, ianya masih mentah, dan sebab itu remaja di bawah 17 tahun sangat mudah dipengaruhi. Minda sedarnya masih belum cukup kuat untuk mengelak pengaruh emosi jahat.

Selepas umur 17, sekiranya sesorang itu mempunyai minda sedar yang lemah, dia akan sangat mudah dipengaruhi walaupun usianya makin bertambah.

Di sinilah letaknya kuasa minda sebenar!

Sekejap. Jangan salah faham. Kuasa minda yang saya maksudkan bukanlah minda bawah sedar semata-mata.Tetapi, kuasa sebenar minda adalah terletak pada CARA kita menggunakan gabungan minda sedar dan minda bawah sedar secara harmoni dan bersama.

Dengan menggunakan minda sedar kita sepenuhnya, kita boleh memanfaatkan minda bawah sedar kita dengan baik.

Dengan kebolehan menggunakan minda bawah sedar kita sendiri, kita boleh mempengaruhi minda bawah sedar orang lain, untuk membawa wang kepada kita!

Di sinilah letaknya KUASA SEBENAR minda kita. Ianya bergantung kepada sejauh mana kita mampu memanfaatkan minda bawah sedar kita, dan sebaik mana kita mampu mengawal aktiviti minda sedar kita.

Kita tiadak pilihan selain melatih dan mengaktifkan minda untuk mendapatkan kekayaan.Segala teknik dan arahan spesifiek tesebut boleh didapati dalam pautan SAYA NAK SANGAT KAYA.

Sumber  dan kredit kepada : http://wangminda.blogspot.my/

16 ulasan

ada betulnya juga dengan minda positif.

positive vibes + positive actions..

Yesss.. saya nak sangat jadi kaya

byk nya duit nak sikit...hihi
kekayaan juga rezeki,in sya allah
satu hari nanti allah kasi credit pada kita
biar kaya didunia&akhirat
amin...

Dengan minda positif dan perancangan yg positif, pasti menghasilkan perkara yg positif dan sukses... aamiin.

Bila kita positif semua yang ada disekeliling hanya yang baik-baik saja 😊 termasuk rezeki kan. Nak hati tenang banyakkan istighfar rezeki pun masuk senang sangat.

memang betul ..

percaya atau tidak sahaja lagi

In shaa Allah..

itu yang terbaik

Aamiin dan semoga dimakbulkan..

boleh..saya kasi gambar tu dan tenung lama-lama..

bayangkan duit itu masuk bank tanpa putus-putus..

ada berani..

sebab itu sentiasa mahu positif tuan..

in shaa Allah..itu yang terbaik

hebat kuasa minda kita ni sebenarnya kan? macam saya sendiri pun belum optimize penggunaannya

hampir semua kita begitu...

kalau ada memang macam Albert Einstin la jadinya

Minda dan akal merupakan anugerah berharga buat kita.

Duit juga merupakan idea.

Contohnya, “Mari kita gunakan secebis kertas ini sebagai medium pertukaran”

Medium pertukaran ini menjadi collective believe system ( sistem kepercayaan ) yang dipersetujui ramai dan ianya menjadi sebahagian dari realiti. Apabila sistem barter menjadi tidak releven, syiling dan emas pula berat di bawa dalam kuantiti yang banyak, mengunakan wang kertas merupakan alternatif yang terbaik.

Duit bukan la sesuatu yang positif mahu pun negatif.. Tapi pendapat anda tentang duit tu menjadikan duit itu boleh menjadikan ianya positif atau negatif. Bagaimana tindak balas anda terhadap duit, begitulah tindak balas duit terhadap anda.

senang cerita...kita suka duit dan duit pun suka kita.hehehe

suka bukan bermaksud kedekut..suka lebih kepada sifat mensyukuri..


EmoticonEmoticon