6 Bulan Koma Akibat Kemalangan

6 Bulan Koma Akibat Kemalangan..Malang tidak berbau dn Tiada sesiapa menduga ianya boleh berlaku.Begitulah kejadiaan yang menimpa seorang remnaja berumur 15 tahun koma selama 6 bulan akibat kemalangan dan akhirnya menemui ajal.Pasti perisiwa ini banyak menginsafkan kita bahawa ajal dan maut boleh datang tiba-tiba tanpa diundang.

Kredit Google imej


Jom kita ikut laporan berita seterusnya:

KUALA SELANGOR 16 April - Seorang remaja berusia 15 tahun yang koma selama enam bulan akibat kemalangan jalan raya pada 30 Oktober tahun lepas meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Khamis lalu.

Mangsa, Muhammad Afif Syazwi yang berasal dari Tali Air 2, Sungai Burong di sini menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 9.31 malam selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan menerima rawatan di hospital itu sepanjang tempoh berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ruslan Abdullah ketika dihubungi hari ini mengesahkan kematian mangsa selain menyatakan pihaknya telah menerima laporan mengenai perkara itu.  

Mengulas lanjut mengenai kejadian kemalangan itu, Ruslan memaklumkan bahawa berdasarkan siasatan, mangsa dipercayai telah melanggar sisi kanan sebuah motosikal lain jenis Honda Wave yang dinaiki dua remaja masing-masing berusia 15 tahun yang datang dari Sungai Sireh menghala ke Ban Kenal di sini.

Mangsa ketika itu katanya, menunggang motosikal jenis Yamaha Sport dari arah yang sama.
"Motosikal yang dinaiki dua remaja itu kemudiannya membelok ke kanan untuk masuk ke Lorong 9 Sungai Sireh. Bagaimanapun, mangsa dikatakan gagal memberhentikan motosikalnya dan melanggar bahagian kanan motosikal yang dinaiki dua remaja terbabit.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah koma di Hospital Sungai Buloh. Sementara itu, penunggang motosikal Honda Wave mengalami patah tangan kanan manakala pemboncengnya patah kaki sebelah kanan dan kiri," ujar Roslan.

Dalam pada itu, Ruslan memberitahu kes itu pada awalnya disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 namun selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kematian mangsa, siasatan ditukar di bawah Seksyen 41(1) akta sama iaitu memandu secara melulu dan menyebabkan kematian. - UTUSAN ONLINE.

[nota admin]

Saya merakam salam takziah dan al Fatihah kepada arwah.Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh

Berita ini memang kurang enak.Namun kita tidak mampu berbuat apa- apa lagi setelah berlakunya kejadian.Kalau belum berlaku sekurang-kurang ada perlindungan pendapatan kepada kita.


Nak tambah pendapatan boleh belajar dengan Orang Kaya Samarahan.


Sebagai perunding eTiQa Takaful penyebaran informasi ini adalah untuk mendidik masyarakat supaya sedar untuk mengambil takaful kepada diri sendiri.

Saya berbesar hati untuk mendengar permasalahan atau pencerahan minda tentang takaful.Saya boleh dihubungi melalui www.wasap.my/601134646975
 

p/s : Baca untuk Belajar Buat Blog

26 ulasan

Malang memang tidak pernah berbau kan? Sebab itu mesti sediakan 'payung sebelum hujan'

innalillahi wainna ilaihi rajiun.. Simpati dengan kisah mangsa.. Semoga ditempatkan dengan orang-orang yang beriman..

innalillahiwainna ilaihi raajiunn...

Dari Allah kita datang, kapada Nya juga kita kembali.
Al fatihah

Sayang... usia masih muda... namun tuhan lebih sayang padanya... salam takziah.

salam takziah pada keluarga arwah... al-fatihah buat arwah...

semoga dipermudahkan urusan semua

sentiasa berhati2..tp kalau sudah tertulis macam gitu jadinya..tak boleh buat apa juga

insyallah korban sudah tenang disisi pencipta nya

Tiada siapa tahu bagaimana cara kita bertemu Yang Esa, semoga keluarga mangsa tabah.

6 bulan koma, duit takda sebab tak kerja..

cuma kalau dah terkena malang..baunya kan terasa juga

Al fatihah..semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..

al Fatihah....semoga memberi pengajaran juga kepada kita

ajal tidak kira umur muda atau tua..kasihan sungguh ..

salam takziah..

Al Fatihah..semoga rohnya ditempatan bersama orang yang beriman..

Aamiin dan terima kasih..

tulah bro..takdir yang teramat sukar untuk kita elak..

in shaa Allah semuga ketabahan itu tetap berada di pihak kita

dalam keadan begitu nyawa lebih penting..

Al Fatihah buat arwah


EmoticonEmoticon