5 Sebab Saya Suka Blog Denaihati

5 Sebab Saya Suka Blog Denaihati…Macam kontes la pulak.Sebenarnya tidak.Saya bagi sebab kenapa saya suka blog denaihati.Sebab saya mungkin berbeza dengan sebab orang lain.Cita rasa kita berbeza beza.

Berikut adalah sebab-sebab saya suka blog denaihati.Saya tulis ringkas dan santai.Yang penting mesej sampai.



1.Blog popular

Tidak dinafikan saya telah mengikuti blog denaihati sejak dari tahun 2013 lagi.Ramai juga blogger yang lahir dan seangkatan pada masa itu sudah hilang dari radar ketika kini.Sekurang-kurangnya apabila selalu membaca dan memberi komen dalam blog denaihati boleh la tumpang popular.

2.Artikel yang ringan

Saya suka membaca artikel yang ringan.Suka perkara yang santai.Sebab itu blog denaihati pilihan yang tepat kerana banyak menyajikan informasi yang sebegitu.Saya sarankan blogger-blogger yang baru tu jangan tinggalkan blog Denaihati sebagai destinasi blogwalking.

3.Platform Wordpress

Tak boleh saya menipu diri sendiri.Saya suka blog yang ada Luv Comment.Biasanya plug in untuk blog Wordpress.Kalau blogspot pun boleh juga pasang.Cuma kecil sahaja hurufnya.Dulu popular.Sekarang dah kurang.

4.Ramai orang komen

Jika dibandingkan dengan blog saya sendiri memang saya kalah.Blog Denaihati ramai pengomen termasuk top komentar.Agak-agak siapalah yang mengungguli taktha komentar tertinggi sekarang ini.

5.Nak jumpa pemiliknya

Entah mengapa saya suka nak jumpa blogger secara offline.Ada kesempatan nak welfie dengan pengasasnya iaitu Tuan Haji Amir Hasan.In shaa Allah saya akan jumpa beliau suatu hari nanti.Saya tunggu saat-saat itu.

Bonus

Dalam ruangan bonus ini saya memilih satu artikel yang menjadi pilihan nombor satu saya dalam blog Denaihati.Artikel tersebut saya pilih khas kerana memberi kesan mendalam ke dalam minda dan jiwa saya.Artikel tersebut bertajuk Tip Selesaikan Masalah Dan Berjaya Dalam Hidup memang terbaik.

Saya menyarankan kepada pembaca diluar sana untuk membaca artikel tersebut.Baca dengan hati yang tenang,fikiran yang jernih dan amalkan pesanan yang ditinggal.In shaa Allah anda mampu mengubahnya dari hidup bermasalah kepada kehidupan yang sukses dan bahagia.

[ Nota admin ]

Saya rasa cukup setakat ini penulisan saya tentang sebab saya suka blog Denaihati.Kini terpulanglah kepada pembaca atau rakan blogger untuk mengiyakan sebab yang saya jelaskan tersebut.

Kini saya tengah mengintai satu lagi blog untuk saya beri sebab kenapa saya suka blog tersebut.Sama-sama kita tunggu.

Sekian.Salam sayang dan jangan lupa untuk baca pesanan idola saya tentang ilmu  kekayaan dan magnet wang dipautan >>> SAYA NAK SANGAT KAYA

14 ulasan

Best baca topik-topik yang santai. Kalau topik berat, ambil masa nak hadam topik yang disampaikan.

Salam kenal HB....
Mula mula saya join dunia blog ni ada jugak terdengar nama Denai Hati ni. Tapi tak berapa ingat sama ada saya dah terjah ke belum. Nantilah saya ke sana.

Saya pun sebenarnya suka baca entri yg ringan ringan....tak penat otak nak memikir hihi

Bila baca topik santai rasa ringan siket kepala kan. Hilang kejap nak fikir masalah yang ada 😊

wah semoga bisa ketemuan ya sama admin denaihatinya.... siip

sekali sekala bagus tulis secara santai

kalau dah tahu..jom la ke blog denaihati

memang best kerana ramai blogger lepak kat sana

itulah namanya bacaan penghilang stress..

in shaa Allah ..kalau semuanya sudah ok

Mrs. A pun suka singgah blog Denaihati tapi itulah kekadang tak tahu nak komen apa singgah baca entry jer...

saya balas balik komen blogger lain..itulah dijadikan modal untuk membuat komen

Memang best baca blog yang dah menapak lama di malaysia ni kan. Lama juga mencipta nama untuk dikenali. Teringin juga nak bertemu pemiliknya. Tahun lepas ada jemputan, namun atas sebab peribadi mungkin belum rezeki untuk bertemu mesra

tahun ini boleh cuba untuk SBB2017..ada rezeki lebih saya akan pergi...in shaa Allah

Denai hati antara blog yang santai dan isi mudah nak hadam.. mmg respect habis dgn tuan punya blog ni..

itu sebab ramai pembaca lepak kat sana..


EmoticonEmoticon