3 Kesilapan Komunikasi Dan Cara Penyelesaian

3 Kesilapan Komunikasi Dan Cara Penyelesaian…Komunikasi sangat penting.Tanpa komunikasi maka dunia ini akan terasa hambarnya.Pasti sunyi,perniagaan tidak berjalan dengan lancar dan tiada hubungan yang baik antara sesama manusia.Lihat betapa pentingnya komunikasi.

Sekadar gambar hiasan yang tiada kaitan

Berikut ialah beberapa kesilapan komunikasi yang sering dilakukan oleh kita.Semoga huraian ringkas ini memberi pencerahan minda kepada pembaca semua.Lebih-lebih lagi kepada saya sendiri selaku perunding takakul yang berusaha untuk menjadi lebih profesional dalam menjalankan perkhidmatan rundingan.

Seorang perunding takaful yang profesional wajib menyampaikan mesej dengan jelas dan tepat.Setiap butir bicara sedap didengar dan kata-kata sangat menjurus kepada perkara kebaikan.Agak-agak siapa orang tu ?

Jom kita baca dan fahamkan.Tak faham boleh diutarakan dalam ruangan komen.In shaa Allah jika pertanyaan yang selaras dengan aras pemikiran saya boleh jawap.Lebih dari itu kita bincangkan bersama.

1.Tidak fokus

Orang tanya lain kita jawap lain.Lama-kelamaan hubungan komunikasi begini kurang mesra dan kurang berkesan.Punca utama minda yang tidak fokus kerana tabiat kita yang suka memikirkan banyak perkara dalam satu masa.Memang untuk fokus tidak semudah mulut menyebutnya.Fokus berkaitan tabiat dan yag pasti tabiat boleh berubah ke arah yang lebih baik.

Penyelesaian:

Ketika orang bercakap kita membuat catatan.Jadi tidak, fikiran kita alkan menerawang terlalu jauh.Cara ini amat berguna ketika kita disuruh isteri-isteri  membeli barangan dapur,produk kesihatan ataupun produk penjagaan bayi.[ Teringat pulak kepada rakan blogger saya.Tahniah kepada blogger Hasrul Hassan ada new baby]

2.Pelupa

Satu implikasi yang besar jika ada tabiat pelupa.Saya selalu mengalami ketika bekerja dahulu.Sekarang pun masih bekerja cuma tiada ‘bos’ secara rasmi.Bos suruh itu dan ini.Tidak berapa lama selepas itu saya lupa apa yang diarah dan dipesan oleh bos.Akhirnya bos akan marah dan merungut kerana tidak menjalankan tugas dengn baik.Namun bos saya jenis baik hati.Dia tak jeruk kesalahan tersebut lama-lama.

Penyelesaian :

Jangan lupa untuk bertanya balik sekiranya sudah lupa.Untuk mengatasinya ialah jangan selalu sebut lupa.Kalau betul-betul lupa gantikan dengan kurang ingat.Wahai pembaca budiman ingat tu.Jika susah juga amalkan pemakanan sunnah seperti buah kurma.kismis,badam dan madu.Baca betul-betul la ye..bukan  bermadu hehehe.

3.Spontan

Spontan adalah tindakan bawah sedar seseorang.Mereka mudah untuk bertindak spontan terutama terutama ketika bercakap.Perkataan buruk boleh mengguris hati dan perasaan orang lain.Sebab itu orang yang bercakap tanpa berfikir atau cakap lepas kurang disenangi orang.Sehingga ada orang kata.Mulut sahaja jahat tetapi hati baik.Entah mengapa.Saya tidak mempercayai kebenaran kata-kata tersebut.Terlalu skema kerana apa yang terkeluar dari mulut maka itulah yang selalu bersarang dalam hati.

Penyelesaian :

Sentiasa meletakkan diri kita berwaspda ketika bersembang dengan orang lain.Selain cuba melatih diri untuk berfikir sebelum bercakap.Jangan main lepas sahaja.Dalam Facebook  kita boleh padam balik.Dalam hati orang ngak bisa tu kan.Betul la peribahasa ini..kerana pulut rosak susu sebelanga dan kerana mulut hati saya bisa terluka.Eh wah..hati tisu la tu.

[nota admin]

Sejujurnya saya suka mendengar dari bercakap kalau berada di dunia nyata.Sebab mendengar adalah komunikasi paling berkesan untuk memahami keperluan seseorang.

Sungguhpun begitu saya boleh bercakap lebih dari sejam jika keadaan mengizikan.Lebih-lebih lagi waktu sekarang ini saya bekerja sebagai perunding takaful.Tugas utama saya untuk menyampaikan ilmu takaful kepada masyarakat demi rasa sayang dan prihatin saya kepada pembaca semua.

Saya berharap ramai ada kesedaran tentang takaful yakni kepentingan perlindungan pendapatan kepada kehidupan kita pada masa kini dan masa akan datang.

Sekian.Salam sayang dan jumpa lagi.


'' Informasi Wajib Tahu ''


10 ulasan

saya kadang2 tu tak fokus juga

kadang2 tu individu ni jenis berkomunikasi satu hala je mana nak berjaya kan

Pelupa tu memang tak boleh nak dirlakkan lagi

Good tips..
Perlu skill komunikasi yang lebih baik untuk kita terus berjaya

tabiat tu boleh diperbaiki menjadi lebih baik

tulah..yang tak bagusnya

faktor usia kot..biasanya orang yang tak cukup tidur mudah jadi pelupa..

otak tak cukup rehat

saya tengah belajar dan terus belajar...

No 1, tu betul sangat.. kalaun tak fokus mmng orang tanya lain jawab lain... lagi satu tak fokus pastu orang tanya dia senyap je memang menyerap la jawabnya. silap2x boleh gaduh. hehe

jenis yang serius ..memang mudah gaduh apabila berlaku hal sedemikian.


EmoticonEmoticon