Persinggahan Rutin Di Pasar Balai Ringin

Persinggahan Rutin Di Pasar Balai Ringin…Macam biasa apabila cuti sekolah saya akan menjemput anak dari asrama MRSM Betong.Perjalanan dari Samarahan ke Serian dan seterusnya Sri Aman biasanya tiga jam.Saya suka singgah  ketika dalam perjalanan maka Pekan Balai Ringin sentiasa menjadi pilihan untuk singgah.


Pasar Balai Ringin kecil sahaja.Ada tempat berjual barangan hasil tani,kedai runcit,kedai makan,tandas awam dan balai polis.Sejujurnya saya memang suka pasar balai Ringin kerana rata-rata penduduk orang Melayu.Senang nak cari barang makan.Boleh makan tanpa was-was.


Sempat juga bersarapan pagi bersama anak perempuan.Saya tak makan.Sekadar minum teh tarik kerana sebelum pergi sudah bersarapan di rumah.Tulah dinamakan pakej jimat ketika ekonomi kurang memberangsangkan sekarang ini.


Perbelanjaan utama sekarang ini kepada keperluan asas seperti makan minum yang sederhana sifatnya.Bahkan mencarum takaful adalah satu perbelanjaan wajib.Ramai yang tak tahu sekarang ini.

[nota admin]

Saya dah mula sibuk.Atas sebab itu tak berkesempatan untuk tulis panjang panjang.Cukup la setakat ini dulu.

Sekian.Salam sayang dan jumpa pagi.Jangan lupa untuk membaca Ebook Cara Dapat Kerja Di Singapura.Gaji lumayan tau!

11 ulasan

Wah jauh jugak tuan hanafi berjalan-jalan ni. Anak sekolah dekat MRSM Betong kah pulak..jauh tu.

Sy sekali skala ada pergi out station di betong jugak.

ya..anak lelaki saya sekolah asrama di MRSM Betong..

tulah bila time cuti sekolah sibuk dengan kebajikan anak-anak

Alhamdulillah. Tn seorang ayah yang sangat dedikasi pada anak dan keluarga...Semoga tn dilimpahi rezeki yang dipermudahkan dari-NYA..ameen

aamiin dan terima kasih bro..atas doa dan sokongan

Semakin sibuk nampaknya HB ye sekarang ni?

ya...agak sibuk juga kebelakangan ini

owh anak sekolah kat betong, jadi kenalah selalu ke ringin. terbaiklah

best jugak bawak anak jalan2 keluar dari asrama sekali sekala

bestnya...boleh jalan2.. teh tarik tu macam sedap haha

ya..tidak dinafikan memang best

teh tarik tu...saya minum..

ya memang sedap tak terkata


EmoticonEmoticon