Pendaftaran Tahun Satu 2018 Sk Dato Mohd Musa Kota Samarahan

Alhamdullilah saya selesai buat pendaftaran Tahun Satu 2018 di SK Dato Kota Samarahan.Sejujurnya saya agak terlambat.Informasi untuk kemasukan tahun satu 2018 sudah lama diwar-warkan.Oleh sebab sikap berlengah dan suka menunggu saat akhir  menyebab permohonan hanya dihantar hari pada ini.Nasib baik masih sempat kerana tarikh tutup menghantar adalah pada penghujung bulan ini.Nyawa nyawa ikan juga tu.

kredit :  Kementerian Pendidikan Malaysia


Pada mulanya saya menyangka cuma mengisi borang dan salinan sijil lahir.Rupa-rupanya ada beberapa dokumen lain yang perlu disertakan.Jadi terpaksa saya balik semula ke rumah selepas beberapa minit tiba di pejabat am SK Dato Mohd Musa.

Dari sekolah saya bergegas ke pejabat pos untuk membeli setem yang bernilai RM1.Dalam hati menyesal juga tak telefon dulu bertanyakan prosedur dan dokumen yang disertakan.Paling tidak pun ‘Google’ kan sahaja apa yang perlu dibuat.

Apa boleh buat.Zaman dahulu lain.Hari pertama  sekolah maka pada hari itulah mendaftar di sekolah yang berdekatan dengan rumah.Pada ketika itu tahun 1980-an.Ayah yang daftar dan saya pun dah ingat-ingat lupa sahaja.

Berikut ialah dokumen yang perlu disertakan ketika mendaftar secara walk in di sekolah dekat Sarawak.Tempat lain seperti semenanjung perlukan permohonan secara online.Maklumat lanjut boleh diperolehi di >>>>>>>Blog Malaysia Tercinta



1.Salinan Sijil anak
2.Kad Pengenalan Ibu
3.Kad Pengenalan Ayah
4.Sijil perkahwinan/perceraian
5.Sampul surat beralamat sendiri
6.Setem bernilai RM1
7.Borang permohonan

Setelah siap diisi barulah dihantar ke pejabat sekolah untuk diproses.Ini bermakna permohon sudah siap dan keputusan penempatan anak-anak berdasarkan keputusan pihak Jabatan Pendidikan.

Tugas saya selesai.Namun keperluan untuk membuat persiapan seperti baju sekolah,yuran sekolah dan sebagainya perlukan dilakukan dari sekarang.Jika anak ramai maka perbelanjaan pun besar.Oleh itu sesiapa yang perlukan pendapatan tambahan boleh membaca artikel 3 Sumber Untuk mendapat Duit Tambahan

[nota admin]

Kepada ibubapa yang ada anak yang akan masuk tahun satu 2018 jangan berlengah lagi untuk membuat pendaftaran.Tarikh tutup tak lama lagi dan jangan buat masa-masa akhir.

Sekian.Salam sayang dan jumpa lagi.

p/s   :Sebagai perunding takaful saya bertanggunhjawab untuk memaklumkan bahawa persiapan yang terbaik untuk anak-anak ialah mencarum dalam  plan takaful pendidikan.Simpan dalam masa 20 tahun pasti memberi pelindungan,simpanan dan pelaburan yang memberangsangkan.Maklumat lanjut boleh mesej saya melalui www.wasap.com/601134646975

6 ulasan

terima kasih sharing
tapi ank semua dah sek

baguslah..anak saya dah dua orang sekolah menengah

informasi yang bermanfaat, 3 org anak saya dah sekolah, tunggu lagi 3 tahun untuk daftarkan darjah 1 anak yg ke 4

3 tahun tak la lama lagi..

bagus tu..

anak saya juga perlu mendaftar .terima kasih info ini berguna sekali

kalau macam tu..sama-sama la kita update untuk kisah tahun satu nanti..

in shaa Allah


EmoticonEmoticon