Nak Beli iPad Mini 4 Apple

Nak Beli iPad Mini 4 Apple…Tidak dinafikan saya perlu kepada gajet ini.Bukan nak ‘show off’ tetapi memang satu keperluan kepada kerjaya.Mulai sekarang perlu berfikir dan menjana idea untuk mendapatkannya.

Sebelum itu saya nak kongsikan dulu apa ciri-ciri  iPad Mini 4 ini yang telah mengetarkan tulang rusuk sebelah kanan.Kalau sebelah kiri mungkin terpandang gadis cantik kot.Opps itu gurau semata-mata.


1.Ringan

Kalau ringan mudah nak dibawa ke mana-mana.Nak jumpa prospek dan buat perbentangan lagi mudah dan menyenangkan.Tak perlulah saya bawa beg sandang yang berat-berat.Zaman sudah moden katakan.Dulu lain.Sekarang dah lain.

2.Nipis

Ciri-ciri yang nipis amat diperlukan oleh saya yang selalu berada diluar rumah.Selain nampak elegan sudah semestinya nampak lebih profesional dan menyakinkan.Imej dan pandangan pertama sangat perlu dijaga.

3.Berkuasa tinggi

Kecil-kecil cili padi namun gajet ini sangat berkuasa tinggi.Memang tidak dapat dinafikan kerana jenama Apple antara yang terbaik di dunia.Kuasanya ada pada A8 chip dengan kelas generasi kedua 64-bit desktop.Dijamin tidak akan ‘hang’ atau masalah yang senasib dengannya.

4.Tahap keselamatan tertinggi

Transaksi yang melibatkan duit perlu kepada keselamatan yang tinggi.Sebab itu saya memilih Apple Ipad Mini 4 yang tertinggi keselamatan setakat ini.Sistem operasi adalah iOS 9.Kalau aplikasi duit menggunakan sistem android.Untuk jenama Apple rata-rata sudah menggunakan Touch ID technology.

5.Sambungan WIFI dan telco yang terpantas

Senang cerita.Kalau guna iPad Mini4 Apple dah tak perlu guna telefon.Sebab fungsi sudah dua dalam satu.Jimat belanja dan jimat banyak perkara.Ciri-ciri beginilah yang amat dieprlukan oleh saya sebagai seorang perunding takaful yang profesional.

[admin ]

Dengan ciri-ciri dan pelbagai manfaat yang hebat begini saya sangat yakin dan meletakkkan sasaran untuk mendapatkan iPad Mini 4 Apple segera setelah kemampuan kewangan sudah berada pada landasannnya.

Semua ini tidak akan berlaku dan terjadi hanya  berharap seperti yang pipih tak akan datang melayang dan yang bulat tak akan datang melayang.Usaha perlu ada dan yang penting sekali pembaca perlu untuk pergi ke pautan Nak Dapat iPad Mini 4

14 ulasan

Salam kenal. Dari tahun lepas lagi teringin nak beli ipad mini untuk hendel bisnes tapi sampai sekarang masih x beli.

sekarang tengah ada less...boleh cuba untuk beli..

beli sahaja jika ia adalah satu keperluan

bestnya kalau dpt satu kan..

ya..memang best sebab ia satu gajet yang amat diperlukan oleh generasi pada masa kini..

Kalau memang akan guna untuk kerja atau kerjaya, beli je.

prosedur yang telah ditetapkan..mahu atau tidak mahu mesti dipatuhi juga

Mmg patut beli utk memudahkan kerja tuan. Senak nk bawa dan selesaikan kerja di mana2 asalkan internet line ok :)

Ada orang nak jual iPad mini 4 ini kalau tak silap

bestnya kalau dapat, good luck

kalau masih dibandar line masih ok...cuma ada sedkit kesulitan kalau berada di pendalaman

kalau bukan sekarang..boleh tengok tengok..

sekarang baru mula pasang impian dan strategi bro

in shaa Allah kalau diusahakan sungguh-sungguh..boleh berjaya

bestnya kalau dapat satu... huhu

ya..memang best..

lagi best jalu mampu untuk memilikiny dalam masa yang pantas dan cepat


EmoticonEmoticon