Kahwin Satu Lagi Keperluan Atau Kehendak

Topik Kahwin Satu Lagi Keperluan Atau Kehendak agak panas.Namun saya beranikan diri kerana apa yang saya tulis ini bukan merujuk kepada diri sendiri.Sasarannya umum dan pasti diminati oleh ramai suami namun digeruni oleh ramai isteri.Nampak tak saya nak bermain sentimen emosi dalam artikel ini.Diharap jangan sentap dan jangan pula kecam pandangan saya.

kredit : kahwinmall.com

Tujuan utama perkahwinan untuk tiga perkara yakni ketenangan,rahmat dan kasih sayang antara lelaki dan wanita dari Allah SWT.Jika salah satunya sangkut atau tersasar maka tujuan perkahwinan tidak kesampaian.

Kalau begitu bagus kahwin untuk seronok-seronok,suka-suka atau cuba-cuba antara pasangan yang bersetuju berbuat demikian.Pendek kata kahwin  untuk mendapatkan apa yang kita tiada dan begitu juga dengan pasangan kita.Baik bersifat material ataupun yang …….(sambung sendiri}

Bila dah dapat apa yang  kita nak, terfikir pula perkara yang lain pula.Andainya ada cara pemikiran demikian saya sarankan lebih baik jangan bercakap tentang perkahwinan.Ingatla perkahwinan adalah komitmen sepanjang hayat dan ikatan kepada pasangan kita itu terus berlangsung ke Jannah.

Berbalik kepada tajuk penulisan artikel ini.Memang benar jika kahwin satu lagi menjadi keperluan jika isteri sedia ada mempunyai masalah kesihatan yang sukar untuk sembuh selama-lamanya atau si suami ada keinginan nafsu yang besar tetapi tidak mampu diatasi oleh pasangan isteri yang sedia ada.

Perancangan Allah sangat cantik dan tepat.Rezeki yang dkirimkannNya tidak mungkin salah alamat.Sebab itu dengan kurniaan rezeki yang melimpah ruah dan tak habis makan tujuh keturunan wajar dikongsikan dalam keluarga yang besar.

Bahasa mudahnya kahwin satu lagi dengan kebenaran mahkamah serta restu isteri pertama.In shaa Allah keluarga bahagia akan tercapai secara total.Siapa kata kahwin dua,tiga atau empat tak best.

Yang pasti insan terpilih ini bukan calang-calang.Beliau adalah suami yang adil,romantik dan ketakwaaan yang tinggi kepada Allah.Kata-katanya penuh berhikmah dan nada emosi penuh motivasi.Para wanita yang memandang mereka segera teringat kepada Allah SWT.Lantas dalam hati mereka, berdoa agar disatukan dengan insan yang bakal menjadi imam kepada mereka di dunia dan akhirat.

Bagaimana pula kahwin satu lagi sebagai kehendak.Yang ini memang sah tak elok dan jangan dibanggakan.Mereka kahwin lebih kerana ingin dikatakan hebat,bergaya dan terer .Dalam erti kata lain kahwin lebih untuk manusia semata-mata.

Pendapatan mereka pula sekadar mencukupi untuk satu keluarga.Kualiti solat tidak terjaga malah hati dan fikiran asyik fikir dunia ana yang punya.Nafsu untuk kahwin lebih, sentiasa membara namun keinginan untuk menjana pendapatan luar biasa sekadar suam-suam suku.Kategori ini saya letakkan kahwin satu lagi kerana kehendak.

Rahsia untuk menjana pendapatan luarbiasa bermula dengan APLIKASI DUIT.


[Nota admin]

Pandangan saya tentang kahwin satu lagi antara keperluan atau kehendak bukan ilmiah.Boleh diperdebatkan  jika sudi berbuat demikian.Saya cuma menyatakan pandangan asas bahawa kehidupan ini satu pengembaraan misteri ke dalam tiga perkara iaitu rezeki,jodoh dan ajal.

Soal ajal amat misteri kerana kita tidak pasti.Mungkin esok atau lusa ataupun selepas mencarum dalam takaful dengan saya.Jangan malu dan jangan segan.Perkhidmatan yang saya sediakan adalah profesional.Oleh itu jangan ragu-ragu kerana saya tidak kisah siapa anda waima lelaki biasa atau wanita biasa-biasa sahaja.

Sebab  saya nak membantu anda  menikmati pengembaraan kehidupan ini dengan ketenangan fikiran biar apapun risiko bakal mendatang.Bersyukur diberi nikmat.

Sebaliknya jika kita diuji dengan perkara yang tidak diingini sekalipun, kita perlu bersabar dan hendak la tenangkan fikiran kerana kita sudah bersedia dengan pelan pelindungan sama ada untuk   kematian,kemalangan dan penyakit kronik.

Bertindak hari ini untuk pertanyaan lanjut.Jom sembang takaful dengan saya melalui www.wasap.com/601134646975

16 ulasan

Sensitif nya tajuk :)
Sorry HB..lama dah tak singgah sini

tak pe..perkara biasa tu

soal sensitif terutama kepada mereka yang belum faham konsep poligami ..

Bagi saya kahwin satu lagi tu kehendak bukan lagi keperluan (melainkan kalau si lelaki memang betul2 nak menolong perempuan yang dia kahwini tu). Tapi kalau mampu dari segi nafkah dan juga tanggungjawab, soal keperluan atau kehendak tidak perlu diperdebatkan hehe.

Kahwin lebih dari satu takde masalah sebenarnya... yg penting sama-sama memahami..susah senang sama-sama.. dan sentiasa bahu-membahu dalam melayari kehidupan berumah tangga

tak semestinya kahwin lbh dari satu atas tujuan tuntutan nafsu je semata-mata..

Artikel yang mantap ni.. Kalau nak kahwin lebih dari satu kena fikir betul2. Sebab kadang2 ianya bukan hanya melibatkan anda (sesiapa) seorang.

Mungkin akan mempengaruhi anak2 atau orang lain (kalau ada anak). Sebab pasal kahwin ni dia jangka panjang bukan untuk seronok satu malam je.

Kena fikir betul2 dan pelbagai aspek seperti tanggungjawab dan nafkah serta persediaan yang tidak dijangka pada masa depan seperti pelan perlindungan ke.. apa2 simpanan ke.. macam tu la

untuk memudahkan pemikiran...terserah kepada takdir dan jodoh

hahaha..itulah yang sebetulnya bro

sebagai kesimpulan....berfikir sebelum bertindak

Sorang pun belum lagi. Hihi. Apapun bagi yang berkemampuan harus lihat dari semua sudut. Bukan setakat batin sahaja.

Kalau nak kahwin lagi satu sediakan paper yang akan di jadikan bukti suami tak abaikan rumah tangga. Nampak mengada tapi wanita atau isteri perlu tahu hak mereka.Kalau wanita sendiri buat sambil lewa hak wanita apatah lagi lelaki. Zaman sekarang tak sama macam dulu sebab dulu wanita ramai jadi surirumah sahaja.

satu cadangan yang bernas dan itulah yang sepatutnya..boleh hibahkan harta menjadi 50% atau yang sewajarnya agar kebajikan waris terpelihara dan keadilan yang berterusan

dah mampu zahir dan batin..silalah kahwin bro..

sekarang senang nak cari jodoh..media sosial pun cukup sebagai sumber utama untuk dapat calon isteri

kan saya dah cakap..

ramai yang khuatir dan risau..hehehe

Memang tajuk sensitif. Apa pun pilihannya, sang suami kenalah orang yang ada taqwa kepada Allah, dan ihsan serta bertanggungjawab kepada isteri (dan anak-anak). Banyak masalah dalam masyarakat timbul sebab tiada elemen ini pada lelaki yang berpoligami.

kadang-kadang satu isteri pun susah nak bimbing ..apatah lagi kalau dua orang..

belum campur anak-anak lagi tu..


EmoticonEmoticon