Cara Dapat Duit Dari Blog

Cara Dapat Duit Dari Blog…Ada dua cara.Nak cara mudah atau cara susah.Rasanya dua-dua tidak semudah yang disangkakan.Sebab bukan senang nak dapatkan duit melalui blog jika belum ada skill dan teknik.Mahu tidak mahu perlukan masa juga.Bahkan bekerja pun perlukan masa untuk dapat upah.Kerja makan gaji selepas satu bulan baru dapat upah.


Biasa tu.Hukum alam.Untuk dapat duit blog perlu pastikan blog kita memang berkualiti dari segi penyampaian kandungan informasi dan ilmu yang sentiasa dicari oleh pencari maklumat.

Setakat ini saya belum mahir dalam bab ini.Boleh dikatakan perlu belajar dan masih belajar buat blog.Namun bersyukur juga dengan Aplikasi Duit yang selalu saya tulis dalam blog telah membuahkan hasil.Jumlah tak la banyak.Cukup untuk membeli apa yang terkurang.

Jika blog mempunyai  artikel yang bagus dan menarik maka secara tidak langsung mendatangkan penggunjung blog berduyun ke blog kita.Sekali lagi blog saya belum lagi mencapai taraf sedemikian.Akan datang in shaa Allah.

Dari mana datangnya penggunjung ke blog,Sudah tentu dari enjin carian seperti Google sekiranya sudah mahir bermain SEO.Misalnya blog ini selalu menerima kunjungan pembaca yang nak tahu informasi tentang isteri yang curang.Rimas juga saya dibuatnya kerana blog ini sudah disinonimkan dengan artikel yang menceritakan petanda isteri curang.Page view sahaja sudah mencecah 17K.

Dengan angka begini sudah tentu pembaca membeli apa yang saya promosikan dalam artikel tersebut.Rasionalnya mereka nak cari jalan penyelesaian dan saya juga telah mensyorkan untuk membaca seperti dalam banner yang tertera dibawah :



Saya menulis artikel berkaitan cara dapat duit dari blog kerana ramai yang bertanya.Mereka selalu bertanya blog dari sudut duit.Sebaliknya saya melihat blog dari sudut penjenamaan.Misalnya orang mudah mengenal dan mengingati saya sebagai Hero Borneo berbanding Mohd Hanafi.Terdetik juga dalam hati bagus tukar nama dalam kad pengenalan.hehehe.

[Nota Admin]

Cara dapat duit dari blog memang perlahan,Biarpun kerjaya saya sebagai Perunding Takaful semakin progress setiap hari tidak bermakna kerjaya blogger terus terpinggir.Blog adalah medium ampuh untuk saya dikenali dalam dunia online dan offline.

Dari blog saya boleh menjelajah ke segenap inci media sosial seperti Facebook dan Whatsapp.Cuma IG,Telegram dan Wechat saya abaikan kerana faktor masa.

Sekian.Salam sayang dan jumpa lagi.

Nak sembang mesra tentang TAKAFUL boleh je ke www.wasap.com/601134646975

20 ulasan

Salam Admin.

Blog 'ini' seems cannot be found after i click on it.

Blog yang itu ada masalah teknikal.. Nanti saya edit balik

Wah.... Dh tukar templat Bro. Kemas. Memang susah k dapat duit dgn blog. Perlukan masa, tenaga dan pengorbanan yang tinggi.

Apa pun selamat maju jaya buat Hero Borneo.

ada banyak cara.. ambil pendekatan yang senang2 jer dulu.. walaupun memang lambat sikit nak cashout tuh

terima kasih tuan..harap yang selalu bertanya boleh faham

orang kata..biar lambat asalkan dapat

setiap blogger kena belajar seo..

info menarik... DUIT!!!

ya..memang menarik terima kasih

ya..memang benar tu...

Nak dapatkan income dari menulis blog ni makan masa yang panjang. Tambah-tambah kalau kita start dari zero. Banyak benda yang nak kena study utk improve content.

wah 17K...banyak tu!

wahh nice tips ni.

Jom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

betul tu..susah untuk dinafikan

boleh la..tapi ada yang jauh lebih hebat..

kalau bagi url kat ruangan komen mesti detect by system sebagai spam

Bestnya buat duit dengan blog.

tidak dinafikan memang best..hehehe

Memang susah. Tapi kalau tak diusahakan, sampai bila-bila tak akan dapat pulak nanti

tuan beruntung la..sebab dah terrer bab cari duit online


EmoticonEmoticon