16 Mac 2017

Berhenti Kerja Makan Gaji Selepas 20 Tahun

Saya dah buat keputusan untuk Berhenti Kerja Makan Gaji Selepas 20 Tahun .Sekarang bermula zaman menjadi usahawan.Tak de gaji.Yang ada komisyen yang sifatnya tidak tetap seperti kerja makan gaji.Bagi mereka yang bukan berjiwa usahawan keputusan tersebut kurang bijak.

Sekadar gambar hiasan


Keputusan yang bijak ialah letak jawatan ketika ada pendapatan dari komisyen tetap 5 angka sebulan atau simpanan sudah ada 24 bulan.Wow itulah senario paling sempurna bagi seseorang makan gaji sebelum menceburi dunia keusahawanan.

Kenyataan ini tidak semestinya tepat kerana soal rezeki yang selamat dan terjamin bukan terletak kepada berapa banyak simpanan duit yang kita ada.Semuanya dalam Qadak dan Qadar Allah SWT. Kalau nak ketenangan masa depan boleh mencarum dalam takaful.Sebab takaful ada tiga dalam satu.Perlindungan,simpanan dan pelaburan.

Tool promosi cari duit ialah Aplikasi Duit.

Sekarang saya berada dalam zon tidak selesa.Dulu makan gaji berada dalam zon hampir selesa.Hujung bulan ada gaji.Tak banyak namun mencukupi untuk keperluan dua minggu.Baki dua minggu terpaksa macam kebanyakkan orang.

Dalam keadaan mencabar memaksa saya berdoa lebih banyak,berusaha berkali ganda dan bersedekah apa sahaja untuk memastikan kecukupan rezeki.Biasanya bersedekah ketika masih kekurangan lebih nikmat dan mengegarkan ulu hati.hehehe

Namun saya sangat percaya dengan meletakkan Allah SWT pada tempat yang paling tinggi In shaa Allah rezeki pasti mencukupi.Soalnya lambat atau cepat.Itu terpulang kerana saya cuma ada kudrat berikhtiar dan bertawakal.Allah SWT sahaja yang meluaskan atau menyempit rezeki seseorang ikut aturanNYA.

Bayangkan dengan pekerjaan yang pendapatannya  tidak mencukupi dan memilih  pula dengan pekerjaan yang berbentuk komisyen.Jika difikirkan dengan prasangka baik maka akan ada rezeki  yang jauh lebih baik.

Sekiranya difikirkan logik didapati dua senario.Boleh jadi dapat dan boleh jadi tidak dapat.Bermain risiko begini boleh mendebarkan jantung dan mengocakkan emosi.

[nota admin]

Setelah puas bekerja selama lebih 20 tahun,saya betul-betul nekad.Dah tak nak makan gaji demi memenuhi aspirasi hati untuk menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang takaful.

Apapun terjadi selepas ini saya redha sahaja kerana saya menjadi Perunding Takaful bukan untuk suka-suka atau cuba-cuba.

Saya melakukan semua ini kerana niat kepada Allah SWT untuk membantu orang lain mendapat ketenangan fikiran jika dilanda musibah dikemudian hari atau membantu merancang kewangan mereka supaya lebih baik pada masa yang akan datang.

Semoga perjalanan saya sebagai Perunding Takaful mendapat redha,rahmat dan pertolongan Allah SWT agar usaha yang kerdil ini memberi manfaat kepada insan yang memerlukan.

Paling tidakpun sebagai amal ibadah dalam menegak syiar Islam dalam mu’amalah dan ekonomi masyarakat serta negara tercinta.


Jangan segan untuk sambung bacaan  Ebook Cara Dapat Kerja di Singapura

10 ulasan

menjadi impian setiap orang untuk berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi, semoga usaha tuan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki

Terima kasih dan semoga kita sama samq berjaya mencapai impian

Keputusan yang besar tu ya...Semoga terus maju jaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

kalau dah nekad itulah jadinya...

rileks sahaja dan terus berusaha..

terima kasih kerana bagi sokongan moral

Rindunya nak kerja makan gaji

saya baru 4 bulan berhenti makan gaji

Keja makan gaji tak best bro

Hanafi Abdullah delete 18:00

Selamat menempuh alam bisnes yg 100 peratus

Saya berenti kerja start umur 30 tahun.. :-) ..Rezeki ada..Allah dah aturkan yang terbaik..Yang penting usaha .. Jangan risau sangat , jika ada simpanan dan dah ada back up income,sila kan berenti makan gaji dengan gembira .

ya..terima kasih bro kerana bagi pandangan yang begitu baik..


EmoticonEmoticon