4 Teknik Lejen Perunding Takaful Dapat Jualan

Tak sangka saya baru jumpa 4 Cara Lejen Perunding Takaful Dapat Jualan.Informasi ini saya godek dari forum internet carigold sekitar tahun 2007.Ia sangat relevan walaupun kita kini sudah berada di alam media sosial yang sangat meluas penggunaannya.

Saya pasti ramai yang dah mencuba dan ingin mencuba.Saya tak nak cakap panjang,Kita hadam bersama-sama apa yang telah dikongsikan oleh lejen Perunding Takaful tersebut.Saya cuma tambah dan ubahsuai agar penulisan lebih santai serta tidak lupa kredit kepada penulis asal atas perkongsian pengalamannya.

Ada sales ada duit

1).Teknik kenali siapa prospek

Tak kenal maka tak cinta.Memang betul la.Kita wajib tahu siapa prospek.Apa pekerjaan dan gaya hidup mereka.Ada prospek yang bekerja dalam perkhidmatan awam dan swasta.

Dua golongan ini pula terbahagi kepada orang yang kita kenal dan orang yang kita tidak kenal.Kecenderungan pasaran pula 1 peratus kepada orang yang dikenali dan 99 peratus untuk orang tidak dikenali.Sebab itu carilah orang yang tidak dikenali kerana di situlah ada lubuk emas.

Nak ke  Belajar Buat Blog

Selain itu prospek pula terbahagi kepada 4 peringkat umur.Mereka terdiri dari Kanak-kanak,remaja,dewasa dan usia emas.Prospek yang kita nak cari  adalah cari golongan dewasa yang ada kemampuan kewangan.

2.Teknik personal (table talk)

Kebanyakan prospek terdiri dari saudara mara,kawan kawan dan senarai nama kenalan  yang kita miliki.Kita buat temujanji dan dapatkan fakta kewangan mereka untuk menilai sama ada  layak atau tidak  mereka mencarum dalam takaful.Kelebihan cara ini mudah untuk dapat jualan jika persembahan untuk produk menyakinkan,jelas dan difahami oleh prospek.

Teknik ini wajib dikuasai oleh perunding takaful yang baru dan yang lama mesti konsisten untuk melakukankannya.Seorang perunding takaful yang bagus mestilah ada 3 temujanji setiap hari.Dalam seminggu boleh jumpa 21 orang prospek dan sebulan dah cecah 84 orang prospek. Kalau dah jumpa 84 orang prospek in shaa Allah boleh dapat 10 jualan yang bernilai RM10 Ribu (bayaran tahunan).

Kelemahan teknik ini adalah  modal berbentuk duit  kerana untuk berjumpa orang memerlukan duit untuk minum,minyak kereta,bayaran parking dan bil telefon.Selain itu ada juga prospek berubah fikiran saat akhir dan banyak alasan untuk tidak berjumpa dengan kita.Dengar khabar ada juga yang putus kawan semata-mata kita menjadi perunding takaful.

3.Teknik buka kuanter

Kaunter boleh dibuka dimana-mana janji ada orang.Kalau tak ada orang tak ada mananya juga.Teknik ini sangat sesuai kepada mereka yang ada muka tembok (kalis malu) dan hati kering ( never give up person).Penolakan adalah nombor satu.Kisah tidak layan nombor dua.Malah kena marah mungkin nombor tiga kot.

Teknik buka kaunter  sangat bagus untuk mendekati prospek yang langsung tidak dikenali.Dalam banyak prospek yang lalu lalang pasti ada yang berminat dan berpotensi.Mereka mungkin satu dalam seribu.Sebab itu perunding takaful mesti tahan lasak untuk buat prospekting tanpa henti.

Kelemahan teknik ini adalah kos berbentuk duit.Nak buka kaunter mesti dibayar pengerasnya.Rata-rata pengeras memang mahal kecuali buka kaunter ditepi jalan.Lagi mahal kalau kaunter dibuka dalam shopping mall.

4.Teknik Soal selidik

Satu teknik yang bagus juga.Sediakan soalan soal selidik yang mudah difahami dan ringkas.Teknik ini memudahkan kita mendekati prospek.Kita boleh tahu status kewangan dan jenis pekerjaan mereka.

Teknik soal selidik sangat berkesan jika diguna melalui kaunter jualan.Bagi cenderahati yang menarik seperti pen atau buku nota.Setiap orang yang kena soal selidik akan dapat manfaat.Kata orang kampung saya  ‘win-win situation’.

Kelemahan teknik ini tak berkesan jika prospek ‘menipu’ kita.Mereka main-main tetapi kita buat yang serius.Prospek yang tidak dikenali ini pelbagai ragam dan soal selidik yang kita buat menepati sasaran jika mereka didekati dengan cara kurang selesa.

5.Teknik seminar ringkas

Dalam banyak-banyak teknik di atas  sudah tentu teknik seminar ringkas sangat powerful untuk dapat jualan.Semasa seminar ringkas yang mengambil masa 45  minit hingga 1 jam mampu membuka minda dan memberi memberi kesedaran tentang keperluan takaful dalam hidup seseorang.Lebih-lebih lagi penceramah tersebut ada aura dan kuasa mempengaruhi yang sangat tinggi.Jualan boleh dilakukan dalam kumpulan yang ramai.

Teknik ini berkesan kerana membolehkan prospek fokus dengan apa yang disampaikan.Bahkan mereka sudah meluangkan masa emas tersebut untuk kita.Jadi pergunakan masa emas itu untuk dapatkan emas juga.

Kelemahan teknik ini mengambil masa yang lama kerana perlu kelulusan dari pihak yang berkaitan.Selain itu tidak ramai perunding takaful yang berani untuk membuat pengucapan umum kepada sekelompok manusia.Sedangkan jumapa ‘one by one’ dah gelabah.Inikan pula kepada sekumpulan manusia yang ramai.

[admin]

Walau hebat manapun teknik lejen tersebut tiada guna kalau sekadar dibaca sahaja tetapi tidak diamalkan.Pernah saya terimaginasi sebagai orang yang sangat berjaya dalam dunia takaful.Pada ketika itu ada orang bertanya amalan saya sehingga boleh mencipta kejayaan tersebut.

Saya tersenyum seraya berkata ‘' jangan cakap sahaja tetapi buat apa yang dikata.”

Sekian.Salam sayang dan selamat  beramal serta jangan lupa untuk mencuba inovasi tool promosi  terhebat alaf ini iaitu APLIKASI DUIT.

Mohd Hanafi Abdullah
Perunding Takaful Bertauliah
WhatsApp : +6011-3464-6975
Hotline Care: 19-806-8007

“Membina Ukhwah Dalam Mu’malah”

10 ulasan

semoga berjaya tuan

Ierima kasih.. Kerana memberi sokongan moral.. In shaa Allah jika ada rezeki kat situ..

Semoga berjaya dan dimurahkan rezeki selalu :)

Aamiin dan terima kasih bro..

Bro hanafi dh jadi perunding takaful ke..terbaik..

Tq ya encik atas ulasan.

Saya beli insurans dari orang yang buka kaunter. Dari orang yang kita tidak kenal. Alhamdulillah ejen saya memang very helpful

terima kasih tuan..kerjaya blogger masih dikekalkan

sama-sama dan berharap memberi manfaat kepada kita semua..

memang betul..market yang sebenarnya ialah dari orang kita baru kenal atau tidak kenal


EmoticonEmoticon