Fahami 3 Kepentingan Hibah Takaful

Mari kita fahami 3 Kepentingan Hibah dalam kehidupan.Memang diakui ada yang tersilap pandang perkara ini.Namun sebagai Perunding Takaful Bertauliah amat wajar saya mengupas serba ringkas tentang Hibah.Kupasan secara lanjut dan terperinci hanya hanya boleh dilakukan dengan berjumpa terus,personal mesej dan sebagainya.

Sekadar gambar hiasan

Hibah takaful adalah pemberian sejumlah duit (bukan Aplikasi Duit ) kepada seseorang yang setelah kita meninggal dunia tanpa pengiraan sistem faraid dan pembahagian harta pusaka.Sejumlah duit ini boleh dituntut oleh pewaris dengan mudah,cepat dan telus melalui kendalian pihak takaful.Proses tersebut hendaklah lengkap dengan dokumen yang diperlukan.

Kredit kepada pemilik asalnya

Berikut adalah 3 kepentingan Hibah Takaful.Tolong baca dengan hati yang ikhlas.Baca dengan fikiran yang tenang agar lebih mudah faham.Tak faham tak pe.Boleh jumpa saya secara peribadi.Khidmat nasihat dan perkongsian ilmu percuma sahaja.Kalau nak belanja secawan kopi amatlah digalakkan.(gurau sahaja)

Kredit kepada pemilik asalnya


1.Selesaikan hutang si peminjam

Orang kata tak berhutang tak ada barang.Barangkali cara pemikiran ini kurang bijak.Ya memang betul.Sebab kemampuan duit tunai kita amat terhad.Kita terpaksa bekerja dan menunggu hujung bulan untuk menerima gaji sama ada kepada pekerja sektor awam atau swasta.Kita berhutang untuk membeli rumah,kereta,kahwin dan sebagainya.Ditakdirkan kita meninggal dunia lebih awal.Tak minta tetapi itulah ajalnya.Kita meninggalkan hutang RM300 ribu.Namun oleh sebab kita sudah mencarum dalam takaful maka pewaris dapat RM700 ribu.Duit tersebut boleh digunakan untuk membayar hutang dan pewaris kita pula ada duit tunai untuk meneruskan kehidupan.

Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan hutang

2.Tiada kos guaman dan mahkamah

Dalam takaful segala proses menuntut duit yang dihibahkan tidak rumit.Borang yang diisi perlu lengkap dengan dokumen yang diperlukan.Tidak perlu kos tambahan kerana tidak perlukan peguam dan pihak makhamah.Sesiapa yang faham dan sedar perkara ini tentunya tidak sabar untuk berjumpa HB atau menunggu panggilan HB supaya cepat-cepat mencarum dalam takaful dan membuat hibah kepada pihak pewaris.Perlu HB war-warkan juga bahawa Hibah bukan untuk orang Islam semata-mata.Sistem hibah adalah untuk semua dan salah satu kebaikan dalam muamalah Islam untuk masyarakat secara keseluruhannya.

3.Mengelak perebutan harta ( duit )

Sifat semulajadi manusia adalah tamak.Atas perasaan tamak mereka sanggup berebut harta tinggalan ibubapa dan bersengketa antara adik beradik.Penyelesaian terdekat menggunakan sistem Hibah.Namun jangan terlambat.Hibah dibuat ketika pemilik masih hidup dan menamakan siapa sahaja yang diingininya.Tak kira seorang pewaris atau orang yang diyakini untuk menerima sejumlah duit yang dihibahkan.Duit tersebut sah milik penama yang dihibahkan.Sah dalam undang-undang.Sebab itu jangan lukakan perasaan orang yang banyak duit ini.Takut mereka tidak hibahkan duit mereka untuk kita.

[ Baca juga >>>Belajar Buat Blog ]

Kredit kepada pemilik asal grafik tersebut


[admin]

Mungkin pada hari ini kita tak kisah akan kepentingan hibah.Namun setelah kita meninggal dunia ( tak minta tetapi confirm ) segala duit dalam akaun bank,ASB.Tabung Haji,Public Mutual,Bon Saham dan sebagainya akan dibekukan.Proses menuntut segala harta tersebut mengambil masa yang panjang.Paling cepat pun dua tahun.

Bayangkan dalam masa dua tahun pelbagai bayaran perlu dijelaskan setelah pencari rezeki utama tiada lagi dalam dunia ini.Dari mana untuk mendapatkan sumber duit tunai dalam masa yang singkat.


In shaa Allah jika pencari rezeki utama ada menghibahkan duit melalui caruman takaful maka kos hidup semasa tempoh tuntutan boleh ditampung sekiranya berlaku perkara yang kurang disukai tetapi pasti iaitu kematian.

Jadi mahu atau tidak mahu proses menghibahkan sejumlah duit mesti dilakukan untuk kebaikan orang yang kita sayang.Kita pergi mereka 'sayang'.Kita masih hidup lagilah mereka sayang.

Sebagai syarat dan bukti sayang kepada orang tersayang buat hibah hari ini juga.Jangan tunggu sampai esok.

ps: Anda boleh menghubungi Perunding EtiQa Takaful  seperti yang saya nyatakan dibawah :


1.Mohd Hanafi Abdullah (Kota Samarahan) = 011-34646975

2.Tuan Ahwan Haji Wahab (Kota Samarahan ) =  012-8227741

3.Ahmad Asyaf Senian (Kota Samarahan ) =  019-8942517

4.Nackles Sebi (Miri) = 013-8079360

5.Hisyamuddin Bin Nasir (Miri,Berkenu,Niah) = 014-6909462

6.Awangku Muhammad Usahamah ( Kuching) = 016-8001576

7.Nursharmila Adilla  (Kota Samarahan ) = 014-5587428

10 ulasan

bab hutang memnag agak sedikit takut, kalau boleh tak nak berhutang laa..

saya oun tak berhutang..cuma ada yang terdesak hiduop mereka terpaksa berhutang..

info yang menarik tuan. eloknya skarang ni kita guna hibah berbanding tunggu faraid

mudah-mudahan terbebas dari hutang
in sya allah

Perkara yg mmg perlu difahami ni.. klu berlaku apa2 yg tak baik, sekurangnya ada payung yang melindungi.

hibah lebih cepat..dan banyak membantu meringankan bebanan sesiapa yang sudah kena musibah

perkara itulah yang nak dalam hidup ini.....

bebas hutang dan bebas masa..

yalah tuan...sediakan payung sebelum hujan

Tak sanggup nak berhutang dengan orang kannn. memang penting untuk kita sediakan dulu payung untuk apa yang berlaku kemudian hari.

dalam hidup kalau boleh jangan berhutang..kecuali terpaksa..

kalau boleh paksakan diri untuk ambil perlindungan pendapatan supaya berguna ketika masa susah dan tak dijangka


EmoticonEmoticon