4 Petua Power Untuk Elak Muflis

4 Petua Power Untuk Elak Muflis…Sejujurnya HB tak gemar membicarakan hal begini.Namun terpaksa juga untuk kongsikan  dalam artikel blog ini agar menjadi panduan dan rujukan kepada kita supaya tidak terjebak dalam musibah muflis.Istilah muflis atau bahasa lainnya ialah bangkrap boleh menjadi mimpi ngeri kepada mereka yang berhadapan dengan ujian yang berat ini.Tak kira kepada diri sendiri,pasangan hidup maupun kedua ibubapa.

Elakkan hutang yang tidak perlu

Punca utama muflis kerana pinjaman di bank tidak mampu dibayar dalam masa yang ditetapkan.Ramai yang muflis kerana pinjaman kereta,peribadi,perniagaan atau teraniaya sebagai penjamin kepada peminjam yang tidak bertanggungjawab.

Kesan muflis sangat dahsyat kepada tahap kewangan seseorang.Mereka tidak dibenarkan ke luar negeri.Tidak layak untuk menerima kenaikan pangkat atau menjadi pengarah kepada sesebuah syarikat.Malah lebih tragis jika dilucut hak untuk menerima pencen dan ganjaran dalam  KWSP.

Oleh hal demikan mari kita sedaya upaya untuk tidak terkena muflis sekiranya ada masalah dalam hutang piutang bank.HB suka nak kongsikan info ini untuk manfaat kita bersama.HB perolehi info ini dari majalah Keluarga  Harmoni yang bersiaran pada April 2011.

Berikut ialah 4 petua power untuk elak muflis daripada terjadi:

1.Berbelanja mengikut kemampuan

Apa yang peliknya ada yang tidak dapat membezakan keperluan dan kehendak.Apabila keperluan diketepikan manakala kehendak diutamakan maka akan berlaku perbelanjaan melebihi pendapatan.Ditambah pula dengan cara pengurusan kewangan yang lemah.Akhir cerita, ada yang terpaksa berhutang sana dan sini untuk menyara hidup.Potensi untuk tidak mampu untuk membayar hutang sangat tinggi.

2.Jangan terpengaruh

Manusia mudah dikuasai oleh nafsu terutama nafsu untuk berbelanja dan membeli belah.Akibat yang jelas mereka boleh berbelanja besar dan lebih dari keperluan.Tambahan pula jsekarang terlalu banyak iklan yang mengoda jiwa dan perasaan.Kalau dapat cuba elakkan sedaya upaya

3.Dapatkan khidmat AKPK

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit adalah agensi yang diiktiraf.Kita tidak patut rasa khuatir atau rasa sangsi dengan kepakaran dam pengalaman mereka dalam memberi nasihat untuk pengurusan kewangan kita.

4.Kempen Kesedaran

Tidak dapat tidak masyarakat mesti disedarkan betapa bahayanya berhutang.Jika dah berhutang cuba sedaya untuk membayar balik.Tak bayar maka bahaya yang menimpa seperti boleh dikenakan muflis.Oh.Memang sedah sangat tu,

[Nota admin]

Hutang mesti kena bayar.Tak bayar maka boleh dikenakan muflis sekiranya jumlah hutang kita di institusi kewangan melebihi RM30 ribu.

Seandainya ada sesiapa yang sudah menghampiri keadaan begini HB boleh sarankan anda untuk mencari duit lebih seperti dalam artikel >>>>>INI


20 ulasan

Kad kredit punca muflis

kad kredit memang berhantu. ramai gagal berbelanja dgn bijak

yup..kena barhati2 dgn tawaran istimewa yg ditawarkan oleh peminjam..kena ikut kemampuan..

ada yang menjadikan kad kredit sebagai kemudahan terbaik

kasihan kad kredit...orang yang bermasalah sebenarnya

batul kan..itu yang terbaik

berbelanja ikut kemampuan.. kita selalu leka pasal hal ni

Mampu beli, tak mampu jangan beli, simple ☺

harus berhati jika sdh menggunakan kartu kredit

Hutangsampai mati kena bayar..berhati hati kalau nak buat hutang.

banyak terjadi kes begini.. terpengaruh hingga tidak sedar betul atau tidak..hati2

itulah kesilapan ramai manusia sekarang ini.

buat sesuatu supaya hutang tidak berlambak

semoga kita tidak tergolong dalam kategori tersebut

ya..betul..saya setuju

kalau boleh dielakkan penggunaannya

Macam cerita P Ramlee dalam Ali Baba Bujang Lapok, bini kuat sangat berbelanja nak ikut orang, last2 mintak ketua penyamun kidnap hehe

rm30k dah boleh diisytihar muflis...semuanya gara gara syok berhutang..tiada hutang idup aman haha

bahaya hutang tu..nak berhutang senang dan nak bayar memang payah benar la jawapnya

kisah begitu memang ada berlaku dalam dunia sebenar


EmoticonEmoticon