Bongkar 8 Rahsia Bebas Hutang

Sejujurnya saya kurang suka dengan hutang.Namun baru-baru ini saya  jumpa dan temui info tentang 8 rahsia bebas hutang.Info ini saya perolehi  dari majalah Keluarga Harmoni keluaran Oktober 2011 hasil penulisan Nurul Huda Zulkifli.Saya berharap penulisan artikel yang saya ubahsuai ini memberi manfaat kepada pembaca dalam menangani hutang piutang mereka.

Duit akan berkat jika buat takaful

Hutang wajib kena bayar kecuali si pemberi hutang telah meredhakan wang yang dipinjam itu sebagai sedekah.Namun jangan harap kalau ada yang berbuat demikian.Ingat kerana hutang juga adik beradik boleh putus persaudaraan.Apatah lagi kalau dengan kawan-kawan maupun sahabat karib kita sendiri.Risiko putus kawan sangat tinggi.Jadi lebih baik jangan berhutang atau memberi hutang jika tersimpan niat untuk tidak membayar hutang tersebut.

Seandainya terpaksa berhutang yakni meminjam dari institusi kewangan maka  amalkan 8 rahsia yang saya akan kongsikan dalam point-point dibawah.Rahsia ini boleh membebas kita dari hutang jika kena dengan caranya.

1.Sedar diri kita berhutang

Kalau tak sedar diri tu tengah berhutang maka segeralah bertaubat.Sebab orang yang berhutang mesti sedar bahawa dirinya tengah berhutang dan berusaha untuk mencari jalan keluar untuk mengatasinya.Kalau dah lama sedar Alhamdullilah.Selepas ini rutinkan diri untuk solat subuh berjemaah di masjid supaya rezeki lancar dan luas.

2.Kira jumlah hutang yang ada

Catatkan keseluruhan jumlah hutang yang kita milki.Semak dan rekodkan terperinci bersama caj faedah.Cara ini memudahkan kita pelan bajet untuk memnbayarkannya sebaik yang mungin.Malah sebelum mencarum takaful pun jumlah hutang mesti disenaraikan agar wakil takaful boleh mencadangkan berapa premium yang boleh disumbangkan.

3.Buat anggaran pendapatan

Paling ideal kalau 30 peratus jumlah pendapatan  untuk membayar hutang.Misalnya kalau pendapatan RM1000 maka jumlah untuk membayar hutang adalah RM300 sebulan.Jumlah ini boleh ditambah atau dikurangkan mengikut keadaan.Jika sebahagian besar jumlah hutang sudah dilangsaikan maka buat bajet baru untuk tabungan berbentuk Pelan Perlindungan Pendapatan pula.Maklumat lanjut boleh didapati dari perunding kewangan yang berdekatan anda.

4.Bertindak untuk bayar segera

Tidak kira apa jenis hutang pun jika ada berkemampuan tolonglah bayar dengan segera.Tindakan membayar hutang boleh mengundang kemurahan dan keberkatan rezeki.Apatah lagi  kalau semua hutang sudah langsai maka ketenangan fikiran dan perasaan akan lebih terasa.Jangan sesekali menangguh tempoh membayar hutang terutama melibatkan liabiliti tinggi seperti pinjaman rumah dan kereta.

5.Cari pendapatan tambahan

Pada hari ini kita sudah tiada pilihan jika pendapatan asyik tidak mencukupi.Buatlah apa-apa perniagaan sampingan.Jika tidak pun cari kerja Part Time untuk menampung ketirisan pendapatan.Lebihlabih lagi jika kita menanggung hutang yang banyak dan bertimbun.Kerjaya utama jangan pulak diabaikan.Saya cuma galakkan anda untuk mencari alternatif agar pendapatan yang kita miliki itu tidak menyesak nafas selepas membayar hutang.

6.Menahan nafsu berbelanja

Saya pasti ramai yang kalah dalam bab ini.Sebut nak shopping mesti seronok tak terkata.Namun perlu ingat bahawa matlamat utama kita pada ketika ini ialah untuk melangsaikan hutang sebaik mungkin.Boleh berbelanja namun jangan keterlaluan sehingga terlebih bajet dan hilang kemampuan untuk membayar hutang.Dalam tempoh ini tahan dahulu nafsu untuk membeli perkara yang bersifat kehendak.

7.Menurunkann taraf hidup

Kita mahu atau tidak mahu, langkah menurunkan taraf hidup mesti dilakukan.Jika dahulu ada dua buah kereta maka sekarang hanya guna  satu sahaja kereta.Seandainya dulu menyewa rumah dua tingkat maka sekarang duduk pula rumah setingkat sahaja.Begitu tabiat makan diluar.Pada masa sekarang kurangkan atau tiadakan terus.Memang cara ini sangat mencabar terutama ego orang yang pernah hidup senang.

8.Terus hentikan tabiat berhutang

Jika ada kad kredit serah kembali pada bank atau campak sahaja dalam sungai Sarawak.Alternatif yang ada guna kad ATM yang ada fungsi debit kad pun memadai.Tutup peluang untuk membuat hutang yang baharu.Katakan kepada diri bahawa selepas ini berbelanja mengikut kemampuan dan memberi komitmen untuk mencarum dalam Pelan Kad Perubatan lagi bagus.Kita tak minta masuk hospital  namun jika dah ditakdirkan juga kita sudah bersedia dan mendapat layanan kelas pertama di pusat panel perubatan.Malah tidak menyusah anggota keluarga yang lain pula.

[admin]

Penulisan artikel ini hasil sumbangan saya sebagai pelatih Perunding Kewangan atau usahawan takaful dari Agensi Nur Ikhwan.Sifu saya ialah Tuan Ahwan Bin Haji Wahab merupakan Group Agency Manager eTiqa Takaful Sarawak.

Sekiranya ada pembaca yang ingin mengetahui perkhidmatan takaful dengan lebih lanjut atau ingin menjadi usahawan takaful dengan bimbingan dan seliaan “from zero to hero” boleh hubungi nombor telefon 011-34646975 atau 012-8227741.

18 ulasan

saya suka point nombor 1 hehe

apa-apa pun, hutang mesti di bayar

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang duit pun kena bayar jugak..:D

hutang memang menakutkan..

Hutang mesti diselesaikan.. moga menjadi panduan kpd yg berhasrat melunaskan hutang.

kena tanamkan tak suka hutang banyak.

entry bermanfaat bro hanafi..

ikutkan jie pun tak suka dengan hutang..

memang tak suka orang yang tak nak bayar hutang. Kadang kita yang bagi pinjam, kita pulak yang menagih untuk wang kita.

Betul tu.. Harap kita ada kekuatan untuk amalkannya

Wow pantun klasik.. Terbaik la

Kalau takut basah.. DuDuk rah jak laa

Tulah bro.. Hutang mesti diutamakan dalam pembayaran bajet harian

Elak kan hutang sedaya upaya

Proses menagih hutang sangat mencabar

hutang wajib dibayar kan =)

https://at-tarmizi.blogspot.my/

sudah semestinya..hutang memang wajib kena bayar tu.

nice sharing. siapa je suka hutang kan.

cara terbaik ..jangan berhutang


EmoticonEmoticon