Bila Kerak Lebih Besar Dari Periuk

Izinkan saya untuk mengupas topik bila kerak lebih besar dari periuk.Peribahasa ini mudah difahami.Ia berkaitan rapat dengan cara pengurusan wang atau cara kita mengendali perbelanjaan secara harian,mingguan atau bulanan.Kebetulan pula sekarang hangat diperkatakan iaitu minyak naik dan ramai pula dah diberhentikan kerja.Pasti merisaukan  benak fikiran kita semua.

Saya andaikan ada dua orang pemuda yang baru berumur 20 tahun.Kedua-duanya baru mendapat kerjaya tetap.Syukur alhamdulilah.Sebab bukan senang nak dapat kerja tetap sekarang ini.Kalau  musim gawat ekonomi,ramai pula dah kena buang kerja.Nasib saya tak tahulah pula.Namun saya dah bersedia dengan plan B dan plan C.Orang kata,tahu tak pe.

Pemuda A (andaian sahaja) diberi upah gaji permulaan RM2500 sebulan.Dia sudah terdidik dengan cara hidup berhemah dan berjimat cermat.Dalam pemikirannya susah-susah mencari wang mengapa pulak senang nak dihabiskan begitu sahaja.Dia merancang kewangan.Dia mencari Perunding Kewangan untuk mendapat khidmat nasihatnya.Orang yang dicarinya ialah saya.Eh bukanlah.Mereka ialah wakil takaful.

Pemuda B (andaian sahaja) sama seperti pemuda A.Mereka mendapat pendapatan dan kerjaya yang sama.Namun  pemuda B mempunyai tabiat kurang elok.Pemuda B suka melaram dan berkira-kira untuk membeli kereta idamannya.Dalam pemikirannya senang sahaja.Dah ada kerja tetap apa nak takut berhutang.Dia pun mencari kereta idaman untuk dibeli dengan konsep sewa beli.Tentunya dia akan mencari agen penjual kereta.Mereka akan mengurus pinjaman kereta kita.Yang penting sediakan 3 bulan slip gaji,lesen memandu dan kad pengenalan.

Masa terus berlalu.Pergi dan pergi tanpa disedari.Pemuda A menjalani kehidupan biasa biasa sahaja.Corak perbelanjaannya sangat minimum dan aliran pendapatannya pula sangat bagus.Wang tunai dalam tangan sentiasa ada.Jarang-jarang kesempitan wang walaupun telah mencarum dalam Pelan Perlindungan Pendapatan dan Pelan Kad Perubatan.Pendek kata ketenangan fikiran yang dia dapat.Dengar khabar nak melangsungkan perkahwinan dengan gadis idaman hati tak lama lagi.

Sebaliknya kisah pemuda B agak meyayat hati.Kehidupan agak mencabar.Pinjaman kereta idamannya agak tinggi.Lebih 50 peratus pendapatannya digunakan untuk membiayai pinjaman kereta idaman.Biasalah kalau dah sebut kereta idaman mana ada kereta kecil macam Viva atau Axia.Fikiran pemuda B sentiasa runsing.Mana taknya keinginan nak kahwin apabila berjumpa dengan gadis menawan tak kesampaian.Wang simpanan tiada dan gaya kehidupan gaya boros menyebabkan dia terjebak dengan hutang kad kredit.

Saya tinggalkan pembaca dengan cerita ini tanpa kesudahan.Lagipun ianya bukan kisah benar.Ia cuma kisah rekaan  yang saya nak kaitkan dengan konsep bila kerak lebih besar dari periuk.Sebagai pengajaran bahawa pengurusan kewangan  yang bijak,berhemah dan berhati-hati membawa kebahagiaan jangka panjang.Memang betul la kata orang tua tua, bersakit-sakit dahulu maka bersenang-senang kemudian.

Lubuk Segala Kekayaan >>>>>RAHSIA BESAR

[admin]

Penulis artikel ini merupakan seorang pelatih Perunding Kewangan eTiqa Takakul dari Agensi Nur Ikhwan.Mentornya ialah Tuan Ahwan Bin Haji Wahab.Beliau merupakan seorang usahawan  takaful yang telah berjaya menjadi Group Agency Director. (GAD)

Berita baik untuk mereka yang berminat untuk menjadi perunding kewangan atau usahawan takaful bawah seliaan dan kelolaan Tuan Ahwan Bin Haji Wahab boleh menghubungi beliau dengan Whatsapp ( 012-8227741)  atau datang ke pejabat di Kota Samarahan.

Untuk makluman semua Agensi Nur Ikhwan mempunyai bilik latihan yang lengkap,selesa dan menarik.Bukan itu sahaja pelatih perunding kewangan dibimbing secara profesional oleh jurulatih yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi.Apa tunggu lagi.Jomlah daftar segera kerana tempat adalah terhad.Jumpa anda sana.

Pejabat Rasmi 

Agensi Nur Ikhwan
No.5677,Sublot 28,1st Floor,
Uni Capital Centre,
Kuching/Kota Samarahan Expressway,
94300 Kota Samarahan, Sarawak.
Telepon Mobile : 012-8227741
Telefon Pejabat : 082-663741
Faks: 082-663741
email:ahwan@agent.etiga.com.my

8 ulasan

bila kerak lebih besar dari periuk >> mcm masuk sgt peribahasa ni dgn keadaan setengah masyarakat kita skrg ni..

Tulah jangan berbelanja lebih.. Income lebih tak oe

Moga sentiasa menjadi peringatan buat kita semua, in shaa Allah.

Ya.. Kita. Saling memgingati satu sama lain

ohh, baru tahu maksud peribahasa tuh. hehe. btw, thanks for sharing.

masa sekolah dulu peribahasa ini sangat popular

Sekarang masak dah tak berkerak lagi

sebab sekarang guna periuk elektrik kan..


EmoticonEmoticon