Viralkan Kisah Pembancuh Air Seperti Nasi Lemak Anak Dara

Boleh tak Viralkan Kisah Pembancuh Air Seperti Nasi Lemak Anak Dara.Semua orang ada kisah tersendiri dalam alam pekerjaan.Ada yang manis ,semanis senyuman gadis penjual nasi lemak anak dara.Tak kurang juga pahit sepahit kopi tanpa gula.Yang pasti ada juga rasa hambar bagaikan masakan gulai tanpa rempah dan perisa yang dibenarkan.Jika faham baguslah.Tak faham sila buat buat faham jelah.


Kerjaya pembancuh air ramai tidak dipandang tinggi dan disegani.Sebab  untuk menjadi pekerja pembancuh air amat mudah.Tak perlu sekolah tinggi.Tak perlu lulusan universiti.Syarat mudah mesti rajin dan tangkas bergerak mengerah tulang empat kerat.

Sikap pembersih mesti diutamakan kerana air minuman yang disediakan oleh mereka yang pengotor bakal meloyakan tegak si peminum air.Misalnya selepas pergi ke tandas dan tangan tidak dicuci dengan sempurna maka menghasilkan sentuhan resepi ajaib ke dalam minuman.

Tentu wajar juga kalau si pembancuh air seorang lelaki tampan seperti artis korea  agar pelanggan wanita tak serik minum  minuman hasil tangan mereka.Hari-hari pasti mau minum.Tak minum maka tak boleh tidur malam.Hebatkan jika ada si pembancuh air mempunyai tarikan sedemikian.Tauke pasti suka.

Begitu juga kalau si pembancuh air seorang gadis cantik sudah pasti golongan lelaki yang berhidung belang akan menjadi pelanggan setia kedai atau restoran tersebut.Minuman yang terlupa letak gula akan rasa  manis tatkala  melihat gadis cantik pembancuh air tersebut.

Oh ya.Itu cuma pengenalan artikel sahaja.

Dalam beberapa minggu ini HB diberi peluang untuk merasai sendiri bagaimana pengalaman bekerja sebagai si pembancuh air.Dua perkataan yang boleh menerangkan perasaan HB iaitu bosannya kerja.Itulah pengakuan berani yang HB sanggup katakan secara jujurnya.

Namun demikian HB masih sanggup untuk bekerja sebagai pembancuh air biarpun tiada minat dalam bidang ini.Antara mahu dengan tidak mahu, terpaksalah menahan derita hati dan sengsara jiwa selama 8 jam bertugas dalam sehari.Perlu HB ingatkan jika tiada minat dan keikhlasan dalam bekerja maka nilai kesabaran sahaja yang boleh membantu.

Katakan pada diri sendiri, bersabarlah wahai hati yang sedang derita.Laungkan dalam hati bersabarlah wahai jiwa yang sedang sengsara.Orang lain pun bosan juga dan mengapa tidak boleh bersabar sebagaimana perasaan orang lain yang berhadapan dengan situasi yang sama.Sabar dan terus sabar sehingga bertemu peluang terindah sebagaimana yang diceritakan  dalam laman mini ANDA BERIMPIAN KAMI LAKSANAKAN.

[admin]

HB mengakui selama 20 tahun bekerja makan gaji belum menjumpai pekerjaan yang ada ‘jodoh serasi’ dengan jiwa HB.Adakah tempoh 20 tahun bekerja itu memberi petanda bahawa cukup setakat di sini sebagai pekerja tetapi bakal menjadi majikan yang memberi gaji kepada pekerja pula sedikit masa lagi.Jom sama-sama kita doakan untuk kejayaan HB.Aamin.

Sekian.Jumpa lagi dan salam ceria selalu.

23 ulasan

Cik akak pernah jadi pembancuh air dolok eh..haha...sebelum kerja ngan org kerajaan tok...macam2 cik akak polah..

Boleh saje kita viralkan HB.. ambil gambar dari angle yg menarik, dan pastikan si pembancuh air tadi hensem ala hero korea, hehehe.. kompem viral!

Selalu bancuh air untuk famili je. Haha! Bukan sekadar nasi lemak anak dara, penebar roti canai cute pun boleh viral. Sebab apa? Sebab rupa mereka :)

hahaha...mahir tu yang penting kan

Cer bancuh air tu sebelah penjual nasi lemak anak dara,mesti ramai orang yang beli..hehe gurau ye HB

baguslah kan..banyak pengalaman dapat

sekarang ini nak buat dengan tidak sahaja lagi

bukan semua orang (terutamanya pembancuh air di kedai makan) yang boleh buat air tu sedap. kalau pelanggan tetap macam saya, saya boleh tahu samada pembuat air tu orang yang sama atau orang yang lain

Minat mmg penting supaya kita terus konsisten melakukannya...
kalau tak.... hilang fokus.. dan akan hilang segalanya...

sebagai pengalaman ia pasti sgt beharga kan..

betul dlm kita bekerja bila xde minat ikhlas tu agak susah sikit la nak pupuk...sabar itu sgt la perlu..klu xsabar mana nak blh tahan sampai 8 jam...huhu

anak dara biasalah memang la ramai yg minat. HB kena cari point yang menarik untuk kasi viral.

nanti HB mesti lebih popular

lagi bagus...

tulah kelebihan mempunyai rupa yang elok

mahir adalah keperluan yang tidak dapat disangkal lagi..

yalah tu...harap tak popular sangat..cukup cukup ok la

Sukatan betul.. Air sedap la. Kesungguhan juga penting

Minat adalah perkara yang subjektif

Tahu tak pe.. 8 jam bukan tempoh yang singkat

kita tukar mak dara lah pulak...hihi

In shaa Allah... semoga terus sukses... aamiin.. :)

aamiin dan terima kasih bro

boleh juga tu..pastikan Mak dara cantik orangnya


EmoticonEmoticon