Landing Page Sementara Hero Borneo Team

HBT atau merujuk kepada Hero Borneo Team  mempunyai satu landing page untuk melengkapkan senjata promosi kami.Sebelum ini kami ada Fan Page Facebook yang dicipta untuk menarik pengguna media sosial dan juga tool hebahan yang berkesan juga.



Melihat kepada sambutan yang agak suram, tercetus idea untuk membuat landing page atau website mini secara percuma sebagai platform sementara.Biasalah kami bermula dengan apa yang ada terlebih dahulu.Biar perlahan namun ada pergerakan demi pergerakan.Ada kemajuan demi kemajuan.

Tujuan utama Landing Page ini untuk menggumpul link artikel promosi dari blog para ahli dalam pasukan kami.Daripada link tersebut akan dijadikan testimonial dan rujukan para klien atau bakal klien yang akan menggunakan perkhidmatan kami.

Sehingga ke  artikel ini ditulis,usia HBT baru mencecah sebulan lebih.Sepanjang tempoh itu belum ada sambutan lagi.Namun HB selaku penggerak HBT tidak akan berputus asa.Pelbagai strategi akan diimplimentasi.

Yang terbaru adalah pelancaran landing page yang pengkalan di blogspot.Maaflah ya le.Kami bermula dengan yang percuma.Malah artikel promosi yang sulung juga dulu pun percuma.

HB percaya dengan gabungan kekuatan  4 blogger yang mengganggotai Hero Borneo Team memang padu untuk mengerak misi kami pada landasan yang benar dan tepat.Bekerja keras  pada permulaan untuk memastikan perjalanan pasukan kami lebih lancar dan bersistematik.

[admin]

Sejujurnya landing page ini masih menggunakan medium percuma kerana sifatnya sementara.Ia lebih baik daripada ada dan bergerak apabila semua semua ada..

Landimg page kami boleh ditemui di heroborneoteam.blogspot.my.

7 ulasan

Biasalah tu, mula dengan apa yang ada dulu. Buktikan kemampuan. Nanti-nanti akan ada ramai klien la tu. Tak menang tangan jadinya :D

terima kasih bro atas sokongan moral..

Semoga terus sukses... berkat usaha dan kesepakatan, pasti membuahkan hasil... aamiin.. :)

aamiin dan terima kasih tuan bagi sokongan yang terbaik

Salam bro MrHanafi.... Semoga Hero Borneo Team terus maju dan berjaya dan dapat mengumpul ahli yang ramai.

wsalam bro..terima kasih bagi sokongan moral...HBT tidak menggunakan ahli yang ramai kerana ia pasukan..

BBN ada berbeza sedikit

wsalam bro..terima kasih bagi sokongan moral...HBT tidak menggunakan ahli yang ramai kerana ia pasukan..

BBN ada berbeza sedikit


EmoticonEmoticon