Kedai Pakaian Ihram Dan Umrah Di Samarahan

Hero Borneo Team ( HBT)  berjaya menemui kedai di Samarahan yang menjual pakaian untuk mereka yang nak menunaikan umrah.Produk utama mereka adalah pakaian muslimah dan muslim.Lokasi tepatnya di kedai Yahaira Enterprise (sebelumnya Twinkle) dalam pusat membeli belah Summer Mall.Infomasi ini pasti mengembirakan penduduk di sekitar Samarahan dan Asajaya.Tak la perlu pergi ke Bandaraya Kuching lagi.Jimat masa dan wang anda.

Kedai Pakaian Yahaira

Kedai Yahaira dimiliki oleh sepasang suami isteri.Kini mengajikan dua pembantu kedai.Kami dimaklumkan kedai tersebut didaftarkan atas nama Hajah Sapiah Abu Samah yang berasal dari Kampung Semerak Ulu.Ternyata Hajah Sapiah bukan orang baru dalam dunia perniagaan.Beliau juga terkenal dengan kek dan tempe yang dijual dari rumah.Pernah menjual barangan kemas dan jatuh bangun dalam perniagaan menjadi mainan dalam hidup mereka.

Cabaran utama mereka dalam mengusahakan perniagaan ini ialah para penggunjung yang sangat kurang terutama pada hari bekerja.Jualan yang memberangsangkan cuma datang ketika hujung minggu dan ada event besar yang diadakan dalam Summer Mall.Agak pening juga kami di HBT memikirkan perkara ini.Maklum sahajalah senario ini sudah biasa dilalui oleh rata-rata penyewa di pusat membeli belah tersebut.

pemandangan pada bahagian luar

Dalam pengamatan HBT, ternyata kedai ini berpotensi untuk bertahan dan berkembang maju.Mereka menjual pakaian yang ada fesyen terkini dengan kualiiti original dan diakui bagus oleh Puan Hajah sendiri.Harga pula yang kompetitif dan boleh dirunding untuk kepuasan para pelanggan.Misalnya ada tudung,songkok,Kurtha dan baju kurung moden.

Pakaian Ihram dan Umrah

Menurut suami kepada puan Hajah Sapiah,mereka berimpian untuk membuka cawangan baru sekiranya kedai Yahaira Enterprise semakin maju.Memang itu harapan dan doa HBT terhadap mereka.Bisnes maju pasti menyumbang sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat.

[admin]

Para pembaca yang ingin tahu lebih lanjut tentang pakaian Ikhram dan Umrah yang dijual oleh kedai Yahaira Enterprise boleh menghubungi Puan Hajah Sapiah di talian 011-1601-5118

HBT yakin para pembeli akan berpuas hati dan tidak menyesal ke kedai tersebut.Untuk memudahkan pencarian cuba lihat kedai Pakaian Hari-Hari.Kedai Yahaira berada pada tingkat yang sama dengan Kedai sukan Corneli dan kedai pakaian Hari-hari.

Jika ada yang sesiapa yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan kami di Hero Borneo Team boleh email ke heroborneoteam@gmail.com atau ke Fanpage kami di Hero Borneo Team maupun  layari mana-mana laman blog di bawah ini untuk melihat potensi pasukan kami.
1.Cik Akak penulis blog : sweetyzhanieyz83.blogspot.my
2.Mr Ishak penulis blog : www.ishaksimi .com
3.Mr Elih penulis blog : www.elihjapahar.com

6 ulasan

Semoga yuhaira ent akan bertambah pelanggan, amin

Amin semoga kedai ini bertambah maju..amin

aamiin dan semoga bisnes mereka maju jaya

aamiin dan itulah harapan kami di HBT

Bagus ada kedai spt ini... memudahkan org ramai utk mendapatkan pakaian yg betul2 sesuai untuk ibadah... thanks sharing HB.

itulah harapan kami sebenarnya..nak bagi kemudahan untuk orang lain..


EmoticonEmoticon