Kerjaya Mulia Sebagai Usahawan Takaful Di Agensi Nur Ikhwan

Kerjaya Mulia Sebagai Usahawan Takaful Di Agensi Nur Ikhwan …Kerjaya sebagai usahawan takaful sangat mulia kerana membantu orang ramai untuk celik wang dan kesedaran tentang kepentingan takaful.Itulah satu kenyataan yang masih terngiang-ngiang dalam minda HB baru-baru ini.Mana taknya Tuan Ahwan Haji Wahab telah mendedahkan kejayaannya menubuhkan Agensi Nur Ikhwan Sarawak.Pejabat operasi mereka ada di Kota Samarahan.Lokasinya tidak jauh dari Bank Rakyat dan Bank RHB cawangan Kota Samarahan.

Group Agency Manager Tuan Ahwan Haji Wahab

Program takaful yang diiusahakan oleh Agensi Nur Ikhwan milik Tuan Ahwan bernaung dibawah eTiQa Takaful .Salah satu produk perkhidmatan takaful dari ahli Kumpulan Maybank.Menurut beliau, Maybank merupakan institusi perbankan nombor satu di Malaysia dan mempunyai rangking 13 terbaik seluruh dunia.Anda tidak perlu risau tentang kekukuhan eTiQa Takaful berbanding dengan para pesaing dalam bidang tersebut.

Pengasas HBT begitu khusyuk mendengar penerangan Tuan Ahwan

Untuk berjaya dalam bidang takaful memerlukan plan yang bijak.Bahagikan plan kepada jangka pendek dan jangka panjang. Menurut Tuan Ahwan Haji Wahab usahawan takaful boleh memperolehi pendapatan yang lumayan berdasarkan kerja keras dan kerajinan masing-masing.Tiada had pendapatan.Ada tiga jenis bonus disediakan serta program melancong ke luar negara.

Mendengar penerangan Tuan Ahwan Haji Wahab,hati HB dan Bro Ishak berbunga-bunga jadinya.Kami dari Hero Borneo Team  faham bahawa kerjaya yang bersifat usahawan tiada had siling untuk memperolehi pendapatan.Tambah beliau lagi,usahawan takaful bukan nak menyusahkan orang.Mereka hanya membantu orang mengurus kewangan dengan bijak supaya masa depan pewaris terbela jika ada apa-apa perkara yang tidak diingini.

Dalam Etiqa Takaful  ada dua bahagian utama iaitu takaful am dan takaful keluarga.Dalam takaful am para pelanggan akan membayar duit pelindungan takaful untuk kenderaan atau rumah kediaman.

Sebaliknya takaful keluarga adalah program mencarum duit namun mempunyai pelbagai kemudahan dan manfaat yang amat menguntungkan kepada para pelanggan.Maklumat yang HB nyatakan ini masih minima dan jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut harus menghubungi Tuan Ahwan Haji Wahab di talian 082-663741 (pejabat) dan 012-8227741 ( h/p ).

Percapaian Terbaik Agensi Nur Ikhwan

Usahawan takaful mesti memiliki karekter yang hebat dan menarik untuk berjaya.Mereka mesti ada semangat juang yang tinggi,tidak mengalah kepada cabaran,berani untuk mencuba dan keinginan yang kuat untuk belajar.Apa yang lebih menarik ialah Agensi Nur Ikhwan bawah pimpinan Tuan Ahwan Haji Wahab akan menyediakan latihan,tunjuk ajar dan bimbingan kepada wakil takaful untuk berjaya.Selain itu terdapat sokongan dan bantuan dari pihak Etiqa Takaful untuk menyediakan kelas dan seminar.

Ruang pejabat yang sangat kemas

Bagaikan pucuk dicita dan ulam mendatang pihak Agensi Nur Ikhwan telah mewar-warkan jawatan kosong sebagai Usahawan Takaful sama ada bergerak sepenuh masa atau separuh masa.Maklumat lanjut sudah HB sertakan di bawah ini.

Kelayakan Sebagai Usahawan Takaful (Sepenuh Masa / Separuh Masa) :
1. STPM / Diploma / Ijazah
2. Umur antara 21 - 35 tahun
3. Mempunyai kenderaan sendiri
4. 1 thn pengalaman kerja sebagai agent insuran / pemasaran / promoter adalah satu kelebihan
5. Mempunyai komitmen & disiplin diri yang tinggi
6. Berfikiran positif, kreatif & bermotivasi
7. Minat di dalam bidang keusahawan, kewangan & perkhidmatan
8. Sanggup menerima nasihat & teguran
9. Sanggup berdaya saing & menerima cabaran baru
10. Berimpian besar dan berwawasan

Poster yang menarik terpampang di ruang pejabat


[admin]

Ternyata kerjaya Usahawan Takaful sangat menarik untuk diceburi kepada golongan muda.Biar apapun cabarannya  sudah tentu ganjaran dan insentif amat menarik untuk diraih.Nawaitu  untuk membantu orang lain memudahkan kehidupan merupakan prinsip yang tertinggi dalam nilai kemanusiaan.

Pembaca perlu berpegang kepada prinsip untuk bekerja keras sebelum menikmati pendapatan pasif dikemudian hari.Bak kata orang kalau tidak dipecahkan ruyung mana mana mungkin dapat hasilnya.

Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui Whatsapp,email atau datang ke pejabat untuk sesi penerangan percuma.Sila buat temujanji terlebih dahulu untuk memudahkan sesi perjumpaan.

HB bersama Tuan Ahwan Haji Wahab

Sesiapa yang berminat untuk menjadi Usahawan Takaful bawah  kelolaan  Agensi Nur Ikhwan boleh menghubungi seberapa segera HB sendiri di talian 011-34646975 atau Tuan Ahwan Haji Wahab di talian 012-8227741.

Agensi Nur Ikhwan
No.5677,Sublot 28,1st Floor,
Uni Capital Centre,
Kuching/Kota Samarahan Expressway,
94300 Kota Samarahan, Sarawak.
Telepon Mobile : 012-8227741
Telefon Pejabat : 082-663741
Faks: 082-663741
email:ahwan@agent.etiga.com.my

12 ulasan

nak try la.. mana tau rezeki

Mentor yg bagus ni bagi mereka yg mencari landasan utk berjaya yg berjaya, in shaa Allah.

itulah tuan..saya dah jumpa mentor yang berpengalaman 13 tahun dalam bidang tersebut

Hebat tahniah ya, teruskan usaha

Pernah juga ingin menceburi bidang ini. Tetapi berhenti sebabkan ia memerlukan komitmen yang begitu tinggi. Ya kerana membantu orang lain perlukan komitmen yang tinggi.

Walaubagaimanapun tak dinafikan sangst lumayan

Usaha tangga kejayaan

Kerjaya ini perlukan sepenuh masa.. Baru senang nak jalan atau bergerak

memang boleh jadi kerjaya terbaik kalau tumpukan sepenuh masa..

Yalahkan..kalau fokus memang menjadi terbaik

Terbaik.. yang mana yang belum ada komitmen bisnes bleh cuba.

ya...terpulang kepada minat masing-masing


EmoticonEmoticon