Evolusi Logo Hero Borneo Team

Logo amat penting kepada suatu organisasi,kumpulan atau pertubuhan.Sebab itu ada evolusi logo Hero Borneo Team  (HBT) supaya  tampil santai dan ada identiti tersendiri.Pereka grafik dan jurufoto HBT telah menghasilkan sentuhan emas terhadap logo kami.Sekalung tahniah buat pengasas kedua HBT iaitu Bro Ishak Hasimi.Beliau telah melaksanakan tugasnya  dengan dedikasi dan penuh komitmen.Terima kasih sekali lagi.

Logo Rasmi HBT

Semasa perbentangan idea penubuhan HBT pada bulan Ogos 2016 yang lalu,HB menyuarakan hasrat untuk ada logo sendiri dan tagline yang unik tetapi mudah diingati.Selain itu HBT sudah menetapkan VISI dan MISI team.

Logo HBT juga telah berevolusi 3 kali.Pertama kali rupanya sangat sederhana sebelum diperhalusi menjadi lebih baik.Warna asas cuma hitam dan putih kerana HB suka warna klasik digabung jalin dengan warna putih suci.

Logo Pilihan HBT

Selepas itu logo HBT telah dipersetujui untuk dicetak pada kad bisnes pertama kami.Pada ketika itu HB agak kesuntukan masa sebelum berangkat untuk mengikuti Trip Murum HEP tajaan penuh Sarawak Energy Berhad.Alhamdulillah kad bisnes  tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh yang singkat.

Ketika Trip tempohari kad bisnes HBT sudah berlegar di kalangan wartawan arus perdana dan pihak perhubungan media Sarawak Energy Berhad.HB juga sempat bertukar kad bisnes dan nombor  Whatsapp masing-masing.

Terbaru HB juga telah meletakkan imej logo HBT pada dua baju.Satu baju blazer yang HB pernah guna selama 3 tahun dahulu.Baju tersebut ada cetakan domain kakiblog.my yang telah ditiadakan sejak sekian lama.Selepas itu HB mencetak pula pada baju T kolar berwarna biru.Pada masa yang akan datang HB nak mencetak pada baju berwarna hitam dan putih pulak.

Baju T Shirt  

Memandangkan tugas kami untuk promosi di media sosial jadi tidak hairan logo HBT sudah berlegar dalam wall Facebook dan juga watermark dalam gambar pada artikel blog kami.Proses penjenamaan akan mengambil masa dan kami sedaya upaya untuk membenamkan jenama HBT ke dalam minda para pengguna media sosial.Tujuannya untuk proses keyakinan dan membina gambaran mental yang positif.

Malah tidak mustahil HBT akan membuat poster gergasi di tepi jalanraya dengan kebenaran Majlis Kerajaan Tempatan.Kaedah ini terlalu konvesional dengan kos yang tinggi namun berimpak tinggi dalam jangka panjang.Kesannya ialah keyakinan kepada para pelangan untuk menggunakan perkhidmatan kami di HBT.

[admin]

In Shaa Allah logo HBT akan menjadi viral promosi untuk manfaat bisnes,kebajikan dan pencapaian impian para pelanggan.Kami di HBT akan melakukan yang terbaik dengan segala kemahiran,kepakaran dan kesungguhan secara berpasukan dalam melaksanakan VISI dan MISI kami.

Jika ingin mengetahui perkhidmatan kami secara lanjut boleh pergi ke Fan Page Facebook di Hero Borneo Team atau laman Anda Berimpian Kami laksanakan.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

14 ulasan

Tahniah..baju cantik..hihi..

tahniah.. smoga terus suksess...

t shirt tu lawa sangat!!

Bagus bro ! Terus maju kehadapan

kan, macam nak order je

dalam komputer sahaja tu.

ho..ho..belum dibuat baju lagi..

Terima kasoh atas sokongan


EmoticonEmoticon