3 Tip Kawal Emosi Yang Berkesan

3 Tip Kawal Emosi Yang Berkesan...Emosi merupakan perkara yang 'ajaib' pada diri manusia.Dengan emosi yang terjaga dan stabil maka hidup kita akan lebih berkualiti.Dalam artikel ini HB berkongsikan semula apa yang disampaikan oleh Tuan Ir.Hj. Ezwan.Beliau adalah pakar dunia perniagan,motivasi dan pelbagai bidang lagi.Kredit kepada beliau.

Tengok benda nie pun hati boleh tenang



Kebanyakan orang terfikir bahawa semua yang berlaku 
dalam minda kita dan tahap emosional kita adalah 
sesuatu yang tidak dapat di kawal.
 
Sebenarnya, anda sendiri yang membiarkan emosi 
menguasai anda berhadapan dengan situasi meruncing. 
Anda tak tahu bagaimana mengawal emosi diri sendiri.
Oleh sebab itu, anda mudah marah, mudah naik angin 
tetiba, kecewa mudah tersentuh, rasa rendah diri dan 
mudah jauh hati, patah hati, bahkan mudah menyalahkan 
takdir bila sesuatu permasalahan yang berat menimpa 
anda secara tiba-tiba.
 
Sebenarnya, anda mampu mengawal emosi. 
Anda mampu mengawal semua apa yang ada di dalam 
pemikiran anda, tanggapan anda dan mampu membiarkan 
emosi energetik meresap ke dalam diri anda sehingga anda 
melakukan sesuatu yang penuh drastik, fantastik, 
dan luar biasa hebat.
 
Di sini ingin saya kongsikan 3 langkah untuk mengawal emosi:
 
1.Istighfar dan selawat


Kita selalu di ingatkan untuk selalu beristighfar dan selawat 
kerana ia akan memberi kebaikan pada kita. 
Ucapkan selawat dan istighfar dalam sehari, dengan itu hati 
akan menjadi tenang, damai dan terasa mempunyai harapan 
untuk menghadapi masa yang akan datang. Sukar untuk 
di ungkapkan kata-kata, tetapi setelah mengamalkannya 
ramai yang boleh mengawal emosi serta perasaan. 
Selalu ada harapan bagi yang berusaha.
 
2. Mengawal minda


Sebagai langkah untuk mengawal emosi, anda hendaklah 
mengawal minda terlebih dahulu. Emosi datang daripada 
minda separa sedar, oleh itu, kita hendaklah bijak mengawalnya. 
Untuk mengawal minda separa sedar, anda perlu mencari 
ketenangan anda sendiri seperti mendiamkan diri dan bertenang. 
Anda boleh lakukannya paling kurang 10 minit dalam masa sehari. 
Carilah tempat yang tenang dan jauh dari gangguan. 
Oleh itu, anda akan merasa lebih tenang dan selesa.
 
3. Kawal apa yang anda katakan dan fikirkan


Apabila anda melihat perangai orang lain, kata yang di ungkapkan 
mereka dan apa sahaja anda hanya perlu fokus terhadap 
nilai-nilai positif. Hanya fokus kepada kebaikan, bukan keburukan. 
Hal ini dapat melatih minda separa sedar anda untuk menjadi 
lebih positif dalam menghadapi sebarang situasi. 
 
Berprasangka baiklah dengan orang sekeliling kerana ia 
merupakan cara yang baik untuk terus hidup positif.
Inshaa Allah..semoga tip ini memberi manfaat dalam 
kehidupan anda.
 
Wassalam.
 
Ir.Hj. Ezwan
www.irezwan.com
www.rizqin.my

[Admin]

Selain dari tips yang di atas,HB amat menyarankan pembaca untuk merawat sistem pencernaan.Jika sistem percernaan tidak begitu baik ia akan mempengaruhi juga emosi kita.Contoh mudah.Kalau kita tak membuang air besar selama 3 hari tentu tak duduk diam dibuatnya.Untuk merawat sistem pencernaan maka digalakkan dengan mencuci usus.

Cara mudah cuci usus dengan mengamalkan apa jua produk yang diperakui selamat.Jika nak tahu info lanjut boleh Whatsapp Segera HB di talian 011-34646975

p/s : Khidmat promosi bisnes turut disediakan oleh Hero Borneo Team.Berminat untuk sebarang pertanyaan boleh kemukakan melalui Laman Anda Berimpian Kami Laksanakan di >>> SINI

10 ulasan

saya ada terbaca juga tips ni, so kena berusaha untuk mengawal emosi dengan tips ni, insyaAllah

emosi seringkali muncul secara tak disengaja, pandai-pandailah kita untuk bisa mengontrol emosi kita

emosi adalah salah satu komponen penting dalam badan kita, kalau tak kawal memang boleh merana!

Emosi mmg perlu sentiasa dikawal.. klu tak boleh mengundang pelbagai penyakit juga kan...

In Shaa Allah kalau yakin ...memang berkesan juga tu

cara mengawal emosi itu yang penting

saya berharap dapat mengawal emosi dengan berkesan

penyakit memang akan serang seseorang yang suka stress..

Emosi memain peranan penting dalam kehidupan seharian kita..

Jika emosi kita stabil, insyallah hidup kita akan tenang..

Ikhlas dari
AlongMisuari.com

nak dapat ketenangan mesti ada cara untuk mengatasinya


EmoticonEmoticon