Wanda Band Penyanyi Buskers Kejar Impian

Setiap orang ada impian.Begitu juga dengan kumpulan Wanda Band Buskers yang berimpian untuk dikenali  sebagai pemuzik atau penyanyi terkenal di negara ini. Anggota kumpulan ini amat berbakat dalam nyanyian dan boleh bermain alat asas muzik seperti gitar dan sebagainya.

Ikhwan ketua mereka yang berbaju hijau

Anggota kumpulan Wanda Band terdiri daripada Ikhwan,Huda dan seorang gadis bernama Nurhidayah atau panggilan Ida.(ketika ditemuramah beliau ada urusan lain).Ketua kumpulannya iaitu Ikhwan berasal dari kampung Baru.Menurut Ikhwan,beliau sebenarnya berminat dengan kerjaya Polis namun terpaksa dilupakan kerana ibu kesayangannya kurang berkenan dengan kerjaya tersebut.

Sila abaikan lelaki tua yang berbaju bunga tu.

Perancangan mereka untuk menghasilkan album sendiri dan kini dkhabarkan akan mendapat sentuhan komposer tempatan iaitu Abang Ghani.Mudah-mudahan perancangan mereka menjadi kerana itulah platform yang terbaik untuk menjana pendapatan selain membuat persembahan sebagai buskers.

Ketika ditanya bagaimana pandangan masyarakat setempat dengan budaya Buskers yang mereka bawa.Alhamdulillah pandangan masyarakat amat positif.Bukti yang jelas ialah mereka boleh membuat persembahan dengan percuma di perkarangan Summer Mall walaupun ada menggunakan elektrik.Pihak pengurusan Summer Mall menggalakkan aktiviti mereka sebagai tarikan kepada pihak penggunjung.

Selain di Summer Mall, Wanda Band Buskers turut membuat persembahan di Uptown Desa Ilmu iaitu pasar malam di perumahan tersebut.Tambahan Ikhwan lagi aktiviti Buskers membolehkan mereka mendapat ramai kawan baru setiap hari.

Hanya dua anggota kerana seorang lagi tidak dapat bersama

Sebab itu juga Wanda Band tidak keberatan untuk bergabung dengan mana-mana kumpulan Buskers yang lain.Malah bersedia untuk membuat persembahan untuk majlis perkahwinan jika diundang untuk berbuat demikian.Wanna Band boleh dihubungi di talian  HP : 0193994953 IG  :Mohdikhwannur  FB :Mohd Ikwannur                                    

[admin]

Komen HB terhadap Wanda Band memang 5 bintang.Suara sedap,persembahan yang mantap dan menghiburkan.Kami di Hero Borneo Team  amat berbangga dengan aktiviti seni yang sihat begini dan berdoa supaya boleh bergerak lebih jauh lagi.

Sesuai dengan konsep yang mereka mereka inginkan iaitu mempromosikan diri dan soal duit jatuh nombor dua.Tahniah untuk Wanda Band.Sebelum itu boleh layan hasil rakaman Bro Ishak dengan persembahan mereka.


Jika ada yang sesiapa yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan kami di Hero Borneo Team boleh ajukan soalan ke email heroborneoteam@gmail.com atau ke Fanpage kami di Hero Borneo Team maupun laman mini kami di  >>> ANDA BERIMPIAN KAMI LAKSANAKAN

12 ulasan

Dah naik carta dah entri tok duhal..hihi

Semoga cita2 mereka tercapai..ada masa boleh juga busking d water front kuching..d sana ramai juga pengunjung

Boleh la.. Kasi touch up sikit

Aamiin dan mereka fokus di samarahan dolok

semogA Berjaya satu masa nanti
amin
insyallah

Bakat2 mcm ni mmg patut diketengahkan... semoga mereka semua terus berjaya mencapai apa jua yg dicitakan... aamiin.

aamiin dan terima kasih bagi sokongan buat mereka

betul tuan...bakat yang hebat kalau tidak diketangahkan memamng rugi

Adakah lelaki yang pegang pipi sambil bawa pen dan kertas itu adalah ahli baru wanna band ?

Assalamualaikum..
Terutama sekali saya mengucap banyak terima kasih kepada abg Hanafi Abdullah sebab ketengahkan bakat kami..
Saya ingin betul kn sikit nama group kami wanda band nthen gadis bernama Nurhidayah singkatan nama ida... yang menolong kami adalah abg gani... 😊 thank.. hope semua suka akan kerjayaan kami.. dan sy doakan abang Hanafi Abdullah berjaya dan tercapai cita2nya..

Wsalam.. Kesilapan sudah diperbetulkan dan minta maaf banyak2..

Nie provokasi bro..tak boleh jadi


EmoticonEmoticon