Trip Murum HEP Belaga Sudah Bermula

Hari ini HB mula mengorak langkah bergaya namun bersahaja.HB sedang mengikuti Trip Murum HEP (Projek Hidro Elektrik) di Belaga Sarawak sempena pembukaan rasmi Projek Hidro Elektrik (HEP) pada 27 September 2016.Persediaan  untuk menghadiri event terbesar ini sudah  bermula semenjak dua minggu yang lepas.HB pergi bersama seorang lagi blogger atas jemputan Sarawak Blogger dan ditaja sepenuhnya  oleh penganjur besar iaitu Sarawak Energy Berhad.

Tiket yang ditaja Sarawak Energy Berhad


HB memulakan trip ke Murum Belaga dengan bertolak dari kediaman rasmi di Kota Samarahan tepat 10.45 pagi.Kebetulan pula ada abang ipar sudi menghantar ke lapangan terbang Antarabangsa Kuching.

Sampai sahaja di lapangan terbang sudah merasa lapar.Melilau mata nak cari barang makan.Dari rumah tadi tak pula berselera untuk makan.Kebetulan pula perut belum terasa lapar.Tanpa berfikir panjang singgah sahaja di sebuah restoran segera untuk makan sebiji  burger dan secawan kopi putih.

Tepat jam 12 tengahari HB baharu nak self check in.Tercari-cari nombor e-tiket dalam telefon.Tak jumpa-jumpa la pulak.Perasaan gelisah sudah menguasai diri.Tanpa berfikir panjang pergi sahaja ke kaunter servis Maswings.Nasib baik mereka tak banyak karenah.Dah selesai baru hari senang dan gembira.

Para pembaca yang belum biasa dengan perjalanan yang menggunakan kapal terbang boleh ambil pengajaran dari kes HB.Lain kali sebelum berangkat ke lapangan terbang sila cetak dulu tiket elekronik.Dah sampai tak mengelabah tak tentu pasal.Sebab sekarang ini banyak menggunakan sistem layan diri sendiri.Teknologi katakan.

Jam 12.30 tengahari baharulah HB berjaya  memasuki bilik pelepasan.Tercari-cari pula dengan teman blogger yakni Bro Garner.Puas mencari sebab sebelum ini belum pernah berjumpa.Oh ya rupanya hensem dan tidak seperti yang HB jangkakan dalam minda.Dalam fikiran beliau dianggap kurus seperti HB.Rupanya tidak.

Bila dah berjumpa kami bersembang sakan.Kami bagaikan kawan lama dan tiada unsur-unsur dingin satu sama lain.Boleh dikatakan kamceng.Memang betul la apabila blogger berjumpa.Faham-faham sahaja.Kepala mesti sama punya.

Masa untuk boarding ke kapal terbang jenis Twin Router sudah tiba.HB tak ada mood pula nak selfie.Jadi tiada gambar la jawapnya.Sebelum menjejakkan kaki ke dalam kapal terbang HB banyakkan berselawat  untuk keselamatan.Yalah kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam perjalanan tersebut.

Perasaan khuatir untuk berada di udara memang tidak dinafikan.Tambahan pula berada dalam kapal terbang yang kecil tersebut menyebabkan kepala HB pening-pening lalat.Nasib baik tak muntah.Perjalanan cuma 1 jam dari pukul 1.35pm  dan selamat sampai sekitar 2.35pm dilapangan Bintulu.semasa HB berada dalam pesawat ringan tersebut,mata HB asyik merenung tanda EXIT.Tak tahu pulak kenapa.

Sebelum jam 3  petang,rombomgan kami ke Trip Murum HEP selamat sampai.Sudah ada van menunggu Best juga kalau begitu.Tidak dinafikan kerana trip yang ditaja sepenuhnya memang ada keistimewaan begini.

Dari lapangan terbang kami dibawa terus ke hotel Promenade.Cuaca hujan  tidak mengganggu perjalanan kami.Akhirnya kami tiba di Hotel Promanade jam 3.20 pm.

Pihak rombongan Trp Mutum HEP


[admin]


Kisah selanjutnya HB akan kemaskini dalam artikel yang seterusnya berkaitan Trip Murum HEP.Nak tulis panjang  takut ada yang tak nak baca nanti.Itu sahaja dan jumpa lagi dalam artikel yang seterusnya.

12 ulasan

Asalam HB ala napa x bawa Etuza hehehe, nak ke mana tu..sya di KK sekarang..baru balik dari KKIA..lawa lah KKIA sekarang..ada KKIA bercahaya kan..nangti klik nak baca ya

wah ada juga hb perasaan gentar naik belon tu ya

Kecik gilak belon ya...nak leput...lemah jtg mun nait..haha

semoga dipermudahkan

bestnya..semua sponsored..bloggers are buddies, mesti best borak2..

boleh...lain kali kita pergi sekali

sapa-sapa pun gentar naik belon..di atas udara nyawa macam dihujung tanduk

untuk ke Bintulu sik perlu besar gilak belon..twin otter pun ok..kedak flight ke Mukah

aamiin..terima kasih la ya.

blogger kalau borak..tak lari topik tentang blog..kalau tak percaya cuba jumpa mana-mana blogger secara offline

best kan ikut trip ni. tambah networking pada masa yang sama ;)

memamng best bro..ada networking dengan pihak media


EmoticonEmoticon