Pesanan Hero Borneo Team Sempena Hari Raya Adiladha 2016

Hero Borneo Team mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini.Harapan kami supaya ibadah qurban yang penuh simbolik tersebut memberi makna yang tersendiri dalam mentarbiahkan diri supaya menjadi lebih baik dari hari ke sehari.Tiada apa yang lebih bermakna selain mensyukuri nikmat yang kita kecapi selama ini.



Dengan kesempatan ini juga HB selaku pengasas bersama Hero Borneo Team dengan Bro Ishak Hasimi mengajak blogger-blogger tempatan terutama di kawasan Samarahan dan Kuching untuk menyertai pasukan blogger yang kami asaskan ini.In sha Allah pada masa yang akan datang akan diperluaskan ke bahagian luar seperti Sri Aman,Sibu,Bintulu dan Miri.Tidak mustahil juga dibuka untuk blogger yang berada Sabah,Brunei dan juga Kalimantan.

Objektif utama  pasukan blogger ini secara tuntas untuk menjaga kebajikan dan menjana pendapatan para ahlinya.Menurut Bro Ishak ingin membuka keahlian secara VIP kepada blogger yang ada nama dan keahlian Junior pula kepada blogger yang baru berkecimpung dalam dunia blogging.

Ini tidak bermakna untuk  mengwujud perbezaan atau jurang.Sebaliknya ia adalah satu cara alternatif untuk memberi motivasi kepada blogger baru untuk giat memperbaiki diri sebelum diserap ke dalam keahlian VIP.Modus operandi Hero Borneo Team ialah menulis artikel promosi dan informasi yang berimpak tinggi untuk  diviralkan dalam media sosial arus perdana seperti Facebook dan group-group Whatsapp.

Demi menjaga krebiliti blogger maka pihak pengurusan Hero Borneo Team melarang keras unsur-unsur negatif yang  berbaur perkauman,agama dan keturunan serta politik melampau.Ahli-ahli yang melanggar pelaturan akan dikeluar serta merta dari Team tanpa kompromi oleh pihak pengurusan.Itu sahaja yang terbaik untuk kepentingan golongan majoriti supaya tidak menjejaskan nama baik dan reputasi semua pihak termasuk klien yang menjadi  penaja premium.

[admin ]

Hari  yang baik  lagi mulia ini cukup elok untuk  kita saling bermaafan jika ada keterlanjuran kata dan bahasa yang menyinggung perasaan.Jom amalkan budaya memberi dan meminta maaf serta lupakan kesilapan tersebut biar pahit mana sekalipun.Jangan berdendam dengan sesiapa dan Selamat Hari Raya Aidiladha semua.

Sekali lagi HB dan Bro Ishak menjemput blogger-blogger setempat yang berminat untuk menyertai  Hero Borneo Team.In shaa Allah pada masa akan datang keahlian blogger dalam pasukan tersebut akan diberi elaun tetap bulanan setelah ada sumber kewangan.

Itupun tertakluk kepada hasil kerja penulisan blog atau usaha promosi yang telah dipersetujui.Pendek kata komitmen dan budaya kesungguhan untuk mencari terbaik adalah elemen utama untuk diserapkan dalam pemikiran ahli-ahli pasukan.Yang paling penting ia ada harga dan dibayar setara dengan nilainya.

Sehingga jumpa lagi dan  kami dari  Hero Borneo Team mengalu-alukan sebarang cadangan,kritikan dan komentari.Sesiapa yang berminat untuk sertai Hero Borneo Team  sila kemukakan nama penuh,alamat tempat tinggal,blog,email dan Fan Page Facebook (kalau ada) ke email : heroborneoteam@gmail.com

22 ulasan

Asalam HB..maafkan Etuza di hari raya haji ya..semoga poersahabatan maya lebih bermakna..terima kasih kunjungan ke blog buruk Etuza selama ini ya

Semoga penubuhan kelab hero broneo team ni berkembang dgn cepat. Bukan samarahan shj.hihi

Taniah ya

salam aidiladha bro

semoga projek bro dan rakan blogger yang lain dipermudahkan :)

Saya budak baru belajar, tapi projek ni memang terbaik..saya asal dr Sabah, tapi menetap di Kuching, Sarawak hampir 8 tahun..skrg ni masih kira blogger sarawakian lah haha..anything, direct whatapps ja lah..tq tuan

wsalam tuan..

ya..saya maafkan dan saya juga memohon maaf atas segala kekhilafan sepanjang persahabatan maya ini..selamat Hari Raya Qurban

in shaa Allah itu yang terbaik..aamiin

Salam ...aidiladha juga bro juga..

terima kasih bagi sokongan moral

tak la..tuan memamg hebat tu..

keahlian memang untuk penduduk borneo ..cuma permulaan memfokus kepada blogger-blogger yang dekat terlebih dahulu..

ya..no wasap dah saya simpan tuan

slmt hari raya haji bro hanafo..

semenjak ada team..bro hanafi makin hbat..hehe

Tak la.. Biasa biasa je bro

wah tahniah mr.hanafi....maju setapak lagi!

Selamat hari raya aidil adha. Terus istiqamah dalam perjuangan tuan

Selamat Hari Raya, team Hero Borneo..

all the best!!

Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga team hero borneo terus success. Doakan juga saya mendapat momentum menulis seperti otai-otai blogger hero borneo. In Sya Allah.

Salam Aidiladha... semoga kehidupan kita semua sentiasa beroleh keberkatanNya... aamiin.

ya..harapnya begitu..

salam aidiladha juga..

terima kasih bagi sokongan pada kami..

ho..ho..terima kasih

Aammiin dan semoga ia menjadi kenyataan..saya tak la otai sangat

ya..salam adiladha tuan..terima kasih bagi sokongan moral.


EmoticonEmoticon