Persiapan Untuk Trip Ke Murum Belaga Sarawak

Persiapan Untuk Trip Ke Murum Belaga Sarawak...Sejujurnya HB agak risau nak war-warkan info ini.Namun setelah dipastikan atau confirm barulah HB berani nak membuat kenyataan dalam artikel blog ini.HB sudah memaklumkan dengan Media Relation dari Sarawak Energy Berhad.


kredit foto :worldlandscapearchitect.com

Alhamdulillah.HB mendapatkan tawaran rasmi untuk membuat liputan pelancaran Projek Hidroelektrik Murum di Belaga pada 27 September 2016.Perjalanan ini ditanggung sepenuhnya oleh Sarawak Energy Berhad.Penerbangan kami menggunakan Mas Wings dan tempat tinggal pula di Hotel Premonade di Bintulu.

HB bersama seorang lagi blogger merupakan  wakil yang dihantar oleh Sarawak Blogger.Selebihnya adalah wakil dari pelbagai media massa.Dalam erti kata lain para wartawan tv dan pihak akbar.Secara tidak langsung HB amat terharu kerana blogger juga mendapat tempat dalam arus media massa.

Antara persiapan awal yang HB buat dengan mencari maklumat berkaitan tugas yang bakal diarahkan.Setakat ini belum disenaraikan apa tugasan kami secara rasmi.Logiknya sebagai blogger kami akan berkongsikan informasi yang tepat untuk pembaca dan rakyat Sarawak secara khususnya.

Oleh itu HB menganggap tugas tersebut berat dan mencabar.Lebih-lebih lagi pendedahan ekslusif dan rasmi dari pihak berkenaan.Sungguh pun begitu HB ambil peluang ini untuk memperkenalkan peranan blogger dalam masyarkat terutama media sosial.Risiko yang bakal dihadapi ialah kecaman dari pihak tertentu.

Kami sebagai blogger mempunyai platform dan medium yang cukup mantap untuk penyebaran maklumat yakni blog dan jaringan media sosial.In Shaa Allah HB yakin ada Hero Borneo Team, dan Sarawak Bloggers  boleh 'backing' sekiranya ada perkara yang kurang elok berlaku.Kami boleh bersatu untuk kebaikan dan manfaat bersama.

[admin]

HB akan kemaskini lagi tentang perkembangan Trip Ke Murum Belaga Sarawak khas untuk pembaca seluruh Malaysia.Jadi jangan ketinggalan untuk datang lagi blog ini.

''Fikir yang baik-baik akan dapat yang baik baik.''


12 ulasan

Kmah dpt twaran tgk hidroelektrik..

wah bestnya.
Boleh melawat Hidroelektrik.

Wah syabas, semua perjalanan dan penginapan ditanggung sepenuhnya?

Terbaik ni. Yang tak bestnya hidroelektrik ni memusnahkan habitat asal

Wah...cik akak ikot..hihi

ya..dapat tawaran istimewa punya

boleh la..nak tengok bagaimana teknologi itu boleh ubah lanskap alam

ya..semua ditanggung oleh pihak Sarawak Energy..

dalam hal ini memang berlaku kos melepas..

boleh lain kali kita ke sana..nanti HBT atur trip ke Bakun ..semua ditanggung halal

Menarik ni... info yg wajar diketengahkan ke pengetahuan ramai.. :)

saya memang bertanggungjawab untuk mengetengahkan info yang terbaik untuk pengetahuan ramai tuan..

Alhamdulilah semuanya selamat


EmoticonEmoticon