Perasmian Empangan Hidroelektrik Murum Belaga Sarawak

Perasmian Empangan Hidroelektrik Murum Belaga Sarawak…Perjalanan kami bermula pada pukul 5.50 pagi dari hotel penginapan rasmi.Cuaca yang masih gelap dan sejuk tidak menghalang kami untuk meneruskan misi membuat liputan ke atas perasmian Empangan Hidroelektrik di Murum Belaga Sarawak yang bernilai RM4.1 Billion.Sudah tentu sebagai rakyat Sarawak HB amat berbangga dengan projek mega tersebut.

Kredit foto: Garner Wayne

Semasa dalam perjalanan ada  beberapa kali ahli rombongan kami berhenti.Kami singgah sebentar untuk melepas hajat.Ada juga ahli rombongan yang kaki perokok maka itulah peluang terbaik untuk mereka melepas geram masing-masing.Terus terang HB katakan perjalanan tersebut amat mencabar kerana jalanraya berlopak sana sini.

Tepat jam 10 pagi pada 27 September 2016, HB dan rombongan media selamat sampai di Empangan Murum Belaga Sarawak.Kelihatan  para jemputan yang terdiri daripada agensi kerajaan dan penduduk tempatan sudah berada di lokasi.

Kami sebagai para media disambut dengan penuh mesra dan ditempatkan dalam kawasan media.Para jurugambar pula bergegas mengambil posisi masing-masing.HB selaku blogger dan para wartawan media duduk di kerusi yang telah disediakan.

VIP yang  terdiri daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak,Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud,Ketua Menteri Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.)Haji Adenan Bin Haji Satem dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad  iaitu Datuk Amar Abdul Hamid Sepawi serta dif-dif terhormat yang lain.

Kredit foto kepada Blogger : Garner Wayne

Kira-kira pada pukul 12.30pm para jemputan VIP sampai ke  masjis perasmian  Empnagan Murum.HB sempat mencatat berapa amanat yang disampaikan oleh pemimpin tertinggi  Sarawak,Mudah-mudahan mesej yang disampaikan oleh para pemimpin ini boleh dimanfaat oleh para pembaca khususnya rakyat Malaysia dan rakyat Sarawak khususnya.

Sejak pelancaran Projek SCORE terdapat pertambahan jumlah pekerja di Sarawak Energy Berhad dari 2800 hingga 4600.Kejayaan ini perlu dinikmati dan diberitahu kepada rakan-rakan.Kejayaan menghasilkan tenaga dari Empangan Murum  akan membina banyak peluang industri demi memajukan negeri Sarawak.Selain itu pembangunan Empangan Murum tetap menjaga kebajikan penduduk setempat dengan penempatan ke kawasan yang lebih baik dengan kelengkapan kemudahan asas.

Kredit foto Blogger : Garner Wayne

Majlis perasmian berakhir sejam kemudian.Namun telah memberi satu lakaran sejarah yang begitu hebat buat penduduk Sarawak.Sejujurnya HB amat berbangga menjadi sebahagian dari rakyat Sarawak.Negeri ini mempunyai potensi yang amat besar untuk maju.

Namun syarat utama perlu menjaga perpaduan kaum dan kestabilan politik.Jauhkan segala elemen negatif yang bermotifkan anti pembangunan.Sarawak wajib maju ke hadapan untuk generasi yang akan datang supaya hidup lebih sempurna dan lengkap serba serbi.

[admin]

Perjalanan balik dari Empangan Murum ke Bandar Bintulu agak mencabar.Kami bertolak sebelum pukul 5.00 petang.Masa yang diambil begitu lama dengan keadaan jalan yang masih dalam pembinaan menyebabkan HB dan para rombongan kurang selesa.Adakalanya ‘terbang’ dan melambung melambung dalam van.

Jam 8.30 malam, kami selamat sampai dan dibawa singgah untuk makan malam di Kidurong Club untuk menikmati juadah makan malam.Menu begitu menyelerakan namun tekak ahli rombongan sudah hilang selera akibat keletihan.Biasalah selepas menempuh perjalanan lapan jam pergi dan balik.

Akhir kata HB yang mewakili Sarawak Blogger dan Hero Borneo Team merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Komunikasi dan Media Sarawak Energy Berhad atas layanan terbaik buat rakan media sama ada untuk penerbangan,penginapan dan makanan.

12 ulasan

Wau,kan best mun kmk dapat ikut sekali

In shaa Allah kita akan pergi bersama

nampak prijek yg sukses..teringin nak tengok empangan tu..

ya..projek mega tu bro..RM4.1 Billion

wow! what a great view from top :D

nak ambik gambar tu ..kawan kata agak gayat

mahalnya!!! harap dapat bagi kemudahan kpd rakyat

Projek mcm ni dpt membantu beri kemudahan yg lebih baik kpd org ramai utk jangka masa panjang... menarik.. :)

tidak dinafikan memang cantik

pelaburan dalam projek mega memang begitu

dari segi jangka panjang ia..memang menguntungkan


EmoticonEmoticon