Murum Belaga Mu Tunggu Di Sana

Murum Belaga Mu Tunggu Di Sana…Oh Ya.Tak lama lagi.HB tengah membuat beberapa persiapan.Ada beberapa barang penting yang mesti untuk dibawa  ke Murum,Belaga Sarawak.Debaran sudah terasa.Rasa teruja untuk berada diluar lokasi sudah mengada-ada.Walau apapun misi HB untuk ke Murum bukan untuk suka-suka.HB ada tugas khas yang akan diperjelaskan dalam entri berikutnya.

Kredit foto : Sarawak Energy Berhad


HB faham ada rakan-rakan blogger yang nak tahu perkembangan cerita HB dari Murum pada 27 September 2106.Jadi stay tuned.Jangan kemana-mana.Cewah.Macam iklan dalam tv la pulak.Setakat ini HB tengok gambar dalam Google sahaja.In shaa Allah selepas berada di lokasi sebenar maka HB akan ceritakan dengan bergaya dan bersahaja.Nak tengok gambar selfie pun boleh.Tak dapat banyak sikitpun jadilah.HB tak gemar sangat berselfie kerana ada angle yang menampakkan HB kurang hensem atau memang HB tak hensem pun.Tahu tak pe kan.

Email dari pihak penganjur besar iaitu Sarawak Energy Berhad  sudah HB terima.Rupa-rupanya hampir semua pihak media massa dari Malaysia ada menghantar wakil.Tiba-tiba rasa terharu pulak jadi blogger.Sebab boleh menyelit dikalangan para wartawan suratkhabar dan TV.Terima kasih kepada pihak organisasi Sarawak Blogger yang sudi memilih HB sebagai wakil mereka.Bukan HB seorang.Ada seorang lagi blogger iaitu Blogger Garner Wyne Guanbee  yang bernaung bawah organisasi yang popular di Sarawak.

Malah tak lupa kepada rakan pengasas  Hero Borneo Team iaitu Blogger Ishak Hasimi  yang menjadi tulang belakang kepada HB.Usaha beliau yang memperkenalkan HB kepada Blogger Cyril Dason membuahkan hasil.Wow.Hebat sungguh kuasa network nie.Tetiba pulak macam ucapan aungerah Skrin TV3.Mereka ada wakil dan HB nak berkenalan dengan figura TV tersebut.Kalau mereka sudi.HB sememangnya sudi sahaja kerana HB jenis mesra alam.

In Shaa Allah di Murum nanti para media berkumpul dan para blogger juga berada dilokasi.HB cuma dimaklumkan hanya HB dan blogger Garner yang ditaja penuh oleh Sarawak Energy Berhad.Lain lain tak tahu.Dah sampai sana baru boleh kemaskini lagi.

Selain itu HB nak tahu juga bagaimana kehidupan wartawan.Jika ada kesempatan HB pulak nak temuramah mereka.Jadilah situasi blogger tanya dan wartawan jawap.Kebiasaanya wartawan yang bagi soalan dan selepas ini blogger pulak ambil alih peranan mereka.Semoga perancangan menjadi.Doakan wahai rakan-rakan blogger sekalian.

[admin]

Detik-detik HB untuk berada di Murum, Belaga semakin hampir.Mungkin ada pembaca yang membaca artikel ini terlewat dan ketika itu HB sudah berada di sana.

Perkembangan secara terkini boleh diikuti jika pembaca boleh like Fan Page >>>>>>Hero Borneo Team.

Sekian sahaja.Jumpa lagi.

10 ulasan

Semoga semuanya dipermudahkan tuan Hanafi..

ooo misi apa bro hanafi kat sana nanti ya..

Semoga berjaya..amin

aamiin dan in shaa Allah tuan Elih

nanti saya cerita dalam blog

aamiin dan terima kasih bro..

blogger interview wartawan..jgn lupa up entry..good luck..

ya ada bro..cuma saya interview mereka indirect...in sha Allah saya akan keluarkan artikenya nanti..

Semoga urusan dipermudahkan bro

aamiin dan terima kasih tuan


EmoticonEmoticon