Kenali Pengasas Hero Borneo Team

Jom kenali pengasas Hero Borneo Team yang kacak dan hensem ini.Maaf kenyataan ini bagaikan satu provokasi yang boleh membuat para wanita bujang terbayang-bayang akan kami berdua.Itulah risiko yang kami tanggung sebagai Blogger Media Sosial.Antara mahu atau tidak kami dihendaki untuk popular agar jenama yang kami bawa bisa menawan hati dan perasaan bakal pelanggan.In shaa Allah memberi keyakinan bahawa Hero Borneo Team segah namanya juga.

Dua Pengasas Yang Serius Berbincang

HB aka mrhanafi tidak sangka.Niat dalam hati untuk bekerjasama dengan blogger tempatan telah Allah SWT tunaikan dengan pertemuan bersejarah antara HB dan Bro Ishak Hasimi.Pertemuan demi pertemuan telah mencetuskan gagasan idea untuk kami berdua menubuhkan satu pasukan blogger yang boleh bergerak dan bekerjasama dalam aktiviti blogging.Secara tidak rasmi tertubuhnya Hero Borneo Team dalam bulan September 2016.

Bro Ishak Hasimi bukan orang dalam baru dalam dunia blogger.Beliau telah berkecimpung dalam penulisan blog sejak tahun 2009.Sentuhan blognya bukan calang-calang.Kadar trafik yang tinggi sehingga boleh mencecah 1000 UV setiap hari dan page view 40K sebulan.Selain itu bro Ishak Hasimi ada kepakaran dalam grafik dan seni fotografi.Malah sesuatu yang hebat tentang beliau juga mahir dalam ilmu SEO blog dan sudah semestinya aktif dalam media sosial.Tempat tinggal pun dekat dan bekerja dalam satu bangunan  pusat membeli belah dengan HB.

Sebagai pengasas bersama Hero Borneo Team sudah semestinya, HB amat terharu dan berterima kasih kepada beliau.Lebih-lebih lagi kesungguhannya untuk membina jenama Hero Borneo Team.Sejujurnya team yang kami tubuhkan ini cuma salah satu ranting yang memfokuskan kepada team pengurusan dalam melaksana visi dan misi kami.Ada banyak cabang lagi yang akan diperkenalkan kepada umum  sehingga kepada perancangan utama untuk membawa kepada penubuhan syarikat secara rasmi.

Perjalanan untuk membawa jenama Hero Borneo Team masih jauh dan penuh ranjau.Sebab itu HB telah berbesar hati untuk menjemput seorang lagi blogger yang berasal dari Sabah untuk bersama-sama dalam team kami.Beliau ialah Tuan Elih Japahar dan terkenal dengan blog kaki pancing.Sewaktu dulu-dulu  HB memang tak menjangka beliau ada berada di Sarawak.

Slot untuk tempat VIP team amat terhad.Bro Ishak Hasimi mencadangkan kepada HB cukup kepada 5 orang blogger secara maksima.Selebihnya kepada keahlian junior serta premium dan wakil zon masing-masing.In shaa Allah keahlian Hero Borneo Team akan mengunakan sistem perjanjian hitam putih supaya tidak timbul perkara berbangkit di kemudian hari.

[admin]

Cukup sampai di sini tentang kisah pengasas Hero Borneo Team.Tugas kami baru bermula dan cabaran sudah terasa untuk mengisi dana team sepenuh yang boleh.Kemampuan dana akan mengerakan Hero Borneo Team lebih pantas dan agresif untuk mendepani arus viral dalam media sosial.

Jika ada yang sesiapa yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan kami di Hero Borneo Team boleh ajukan permintaan ke email heroborneoteam@gmail.com atau bagi yang belum likes Fanpage kami sila ke : Hero Borneo Team maupun  layari mana-mana laman blog di bawah ini.

1.Mr Hanafi penulis blog : www.mrhanafi.com
2.Mr Ishak penulis blog : www.ishaksimi .com
3.Mr Elih penulis blog : www.elihjapahar.com

8 ulasan

Broken link... Elihjapahar

terima kasih bro....dah edit balik.

Elih pn org srawak gak..

Tahniah bro HB, sentiasa maju ke hadapan. :D

Terbaik... semoga terus sukses... mana tahu, ada rezeki nanti boleh berkolaborasi suatu hari nanti.. :)

Orang sabah yang berada di Sarawak..

alhamdulilah dan terima kasih

In Shaa Allah ..saya blogger ikan bilis memang sudi berkolaborasi dengan tuan...


EmoticonEmoticon