Iktibar Dari Lawatan Ladang Buaya Terbesar Sarawak

HB dan rombongan pergi lawatan ke ladang buaya terbesar Sarawak iaitu Jong’s Crocodile Farm  untuk mencari iktibar dari reptilia buaya..Kami bertolak dari Kota Samarahan ke ladang buaya  dalam 30 minit sahaja.Perjalanan kami sangat lancar sebab pergi dalam pukul 9.45 pagi.Rata-rata pengguna jalanraya sudah masuk ke pejabat dan sudah berada di destinasi pekerjaan masing-masing.

Menampakkan muka poyo semuanya
Setibanya kami di sana sudah ada beberapa rombongan dari Semenanjung Malaysia dan orang Sarawak sendiri menunggu untuk membeli tiket.Harga tiket juga berbeza mengikut kategori umur.Dewasa iaitu dari umur 12 tahun ke atas dikenakan RM12 satu kepala  dan kanak-kanak dari umur 3 tahun sehingga 11 tahun cuma RM6 manakala kanak-kanak  yang berusia dibawah 3 tahun tidak dikenakan bayaran.Bagi orang luar Sarawak harga tiket dikenakan sekali ganda.Boleh congak sendiri la ye.Susah nak congak boleh belajar dan cari duit guna >>>> Aplikasi Duit.

Harga tiket boleh semak kat sini
HB akur harga yang ditawarkan agak mahal semata-mata nak tengok buaya.Namun jika difikirkan logiknya memang kos selenggara ladang yang sebesar itu bukannya murah.Kos makanan untuk buaya sahaja memang tinggi.Haiwan ini bukan makan rumput tetapi daging.Itu belum termasuk kos makanan haiwan-haiwan lain yang dikurung seperti penjara kehidupan.

Tengok mereka terkurung dalam sangkar

Jong’s Crocodile Farm telah dibuka sejak tahun 1963 lagi.Di ladang ini terdapat pelbagai haiwan selain dari buaya seperti khinzir,ikan Arapaima,monyet,kura-kura,ular dan sebagainya.Malah kambing pun ada.Haiya.Itu haiwan pun ada juga la.Sebab tu ada upgrade menjadi zoo.

buaya nampak cool je


ada juga khinzir tua

burung merak yang tak nak menunjuk


Apa yang menarik tentang sifat buaya ini ialah tenang dan kaku hampir sepanjang masa.Sifat penyabar sang buaya tahap tertinggi.Mungkin kerana haiwan ini hasil tinggalan zaman dinasor yang belum pupus sepenuhnya.Tengok pun tidak seronok kerana tiada pergerakan langsung.Kalau ikutkan hati mahu sahaja jolok guna kayu supaya buaya yang tengah santai itu mengamuk dan menganas.Barulah ada thrill dan saspen.

geram tengok santai sangat

Keseronokan kami bermula ketika aksi memberi makan buaya.Sebelum itu sudah diumumkan melalui sistem PA bahawa masa untuk Jumping  Crocodile Feeding mengunakan 3 bahasa iaitu English,Cina dan Melayu.Apalagi bergegas para pengunjung untuk ke satu kawasan yang dikhaskan melihat buaya makan makanan yang dihulur melalui tali.Ada dua sesi untuk memberi makan buaya yang diadakan pada pukul 11 pagi dan pukul 3 petang.

peminat buaya dari seluruh Malaysia

Loceng dibunyikan.Sang buaya seakan-akan faham dan bergerak menunggu ke pondok yang menempatkan dua pekerja.Dari jauh HB rasa ngeri melihat belasan buaya yang besar dan menganggakan mulut ke arah pekerja tersebut.Cuma beberapa ekor sahaja yang sudi berenang ke sungai untuk memperlihatkan aksi mereka melompat ke atas untuk ngapkan daging yang dihulurkan melalui tali direntang melepasi kolam.

masa untuk bagi buaya makan

aksi sang bedal yang hebat

[admin]

HB terfikir sejenak.Haiwan yang kaku sepanjang masa akan ganas seketika waktu makan sahaja.Yang peliknya mereka tidak bergaduh dan hidup sangat harmoni tidak seperti haiwan kucing atau anjing.Bayangkan dalam kolam yang sempit dan menempatkan berbelas ekor buaya tidak berkelahi sesama sendiri.Mereka seolah-olah satu kumpulan haiwan yang harmoni dan hidup rukun damai.

Ladang buaya di Jong’S  Crocodile Farm and Zoo memang tempat sesuai untuk dikunjungi oleh rakyat negara ini maupun pelancong dari luar.Alasannya Sarawak belum mempunyai Zoo yang lengkap.HB berharap ladang ini terus sukses dan sukses hingga ke zaman-zaman yang akan datang.

Bagi mereka yang pertama kali berkunjung memang rasa teruja.HB dan geng sekerja serta anak  pernah pergi beberapa kali.Rasa teruja dah merosot kot.Cuma dulu dengan sekarang ada sedikit perubahan terutama tandas yang lebih banyak untuk kegunaan penggunjung.

Iktibar yang jelas dari lawatan ladang buaya sangat santai.Jangan jadi buaya darat maupun buaya tembaga.Buaya mempunyai kesabaran paling tinggi kerana paling kurang pergerakan.Kaku dan statik bagaikan tunggul kayu.

Cuma jangan kita melabelkan buaya terlalu jahat disebabkan  mereka menyerang manusia.Binatang ini perlu hidup dan bebas lepas sebagaimana haiwan liar yang lain.Jika sudah bertemu makanan biarpun bangkai sekalipun tetap tidak akan ditolak.Apa lagi manusia yang ada daging fresh.

Oh ya.Buaya juga ada sejarah tersendiri dengan panggilan nama Bujang Senang dan Bujang Sudin.Kisahnya banyak diceritakan dari mulut ke mulut melalui generasi ke generasi dari dulu sehingga sekarang,

Sekian.Terima kasih kerana sudi membaca dan salam ceria buat anda semuanya

p/s : HB ialah salah seorang blogger dari Hero Borneo Team yang dianggotai oleh mr ishak dan Tuan Elih.Kami boleh dihubungi untuk tujuan advertorial,review dan paid trip melalui email heroborneoteam@gmail.com atau terus ke Whatsapp HB sendiri.


15 ulasan

perghh..beza RM10..tk tau knp kt Sarawak ada beza entrance fee utk local & other Malaysian..kat Malaysia Barat, takde pulak..ini sungguh tidak adil..hehe..

burung merak tu cantik...buaya mmg suka buat kaku, tk gerak2, ingatkan patung..hihi..

Macam itu ya. Buaya ganas masa makan saja.

Banyak juga binatang kat sana ya. Siap ada merak dan wild boar tua.

Macam itu ya. Buaya ganas masa makan saja.

Banyak juga binatang kat sana ya. Siap ada merak dan wild boar tua.

khinzir tua tu ada janggut ke??? mcm ada je..

Saya tak tahu nak cakap apa..pelaturan dah macam tu

Kan best photografer rasmi HBT apat ikut

haha..gitu bila tgk buaya..kaku jer..nk g dekat takut kena baham plak..

lebih kurang begitu sebab buaya jenis pasif ..macam tunggul kayu sahaja

he..he..dah sangat tua kot.

tak pe lain kali kita pergi bersama

Seronok tengok buaya dgn lebih dekat ni... agak2 klu terjatuh kat tempat tu mcm mana eh... haduiii hehee... :)

tak seronok tengok buaya..

ada juga yang lebih menarik

imaginasi begitu mengerikan tuan..


EmoticonEmoticon