Homestay Bajet Samarahan Sudah Semestinya Aminah Hostel

Aminah Hostel merupakan Homestay Bajet di Kota Samarahan.Lokasinya amat strategik kerana terletak dalam kawasan luar bandar yang pesat membangun.Lebih tepat lagi berada di Kampung Sindang Baru Kota Samarahan.Jaraknya lebih kurang 3 minit perjalanan ke pusat membeli belah Summer Mall jika menggunakan kenderaan sama ada kereta atau motosikal.Paling menarik juga kerana berada di kawasan tiga pusat pengajian tinggi utama di Sarawak iaitu Unimas,Uitm Sarawak dan Institut Perguruan Tun Abdul Razak.


Hero Borneo Team  berkesempatan untuk menemui anak kepada pemilik Aminah Hostel.Nasib tidak menyebelahi kami untuk bergambar dengan pemilkinya.Beliau merupakan Usahawan Melayu yang  menjalankan perniagaan tersebut bersama isterinya.Berdasarkan soal jawap kami ternyata mereka mahu membawa  konsep perniagaan keluarga (Family Bussines) dan amal ibadah.Memang terbaik dan murni sungguh konsep perniagaan yang mereka cuba ketengahkan.


Aminah Hostel telah dibuka kepada penggunjung dalam bulan April 2016.Setakat ini telah menyediakan penginapan Homestay 6 bilik.Ada empat bilik untuk Family Room dan dua bilik lagi untuk jenis Single Room.Bilik tersebut dilengkapi pendingin udara,kipas,meja dan rumah tamu yang luas pada bahagian luar.

Kami juga difahamkan pihak Aminah Hostel turut menyediakan pakej katering untuk para penggunjung selain kemudahan cafeteria iaitu Aminah Cafe pada tingkat bawahnya.Lebih menarik lagi cafeteria itu boleh dikunjungi oleh orang ramai untuk rehat santai sama ada untuk perjalanann ke Asajaya atau ke Kuching.Itulah yang menariknya apabila berdekatan dengan laluan utama.


Waktu operasi Homestay Samarahan di Aminah Hostel adalah 24 jam.Waktu check out dan check pada pukul 12 tengahari.Bagaimanapun jika ada penggunjung yang datang pada tengah malam masih boleh dipertimbangan dengan syarat ada kekosongan bilik.Harga yang ditawarkan bermula dengan RM75 semalam.Memandangkan Aminah Hostel masih baru jadi masih banyak kemudahan yang perlu dinaik taraf supaya lebih sempurna.




Memang benar kata anak pemiliknya ketika kami bertanyakan impian bisnes pada masa yang akan datang.Mereka mahu menaiktaraf kemudahan yang sedia ada agar memberi kepuasan kepada pelanggan.Biarpun pada padangan kasar kami kelengkapan dan kemudahan yang sedia ada sudah mampu memberi keselesaan,kepuasan dan keselamatan.Tentunya amat berbaloi kepada pelanggan yang ingin menginap di Homestay Samarahan Aminah Hostel.



Memandangkan Aminah Hostel cuma ada enam bilik maka para penggunjung disarankan untuk membuat tempahan awal.Pihak pengurusan Aminah Hostel memberi jaminan perkhidmatan First Come First Serve untuk para pelanggan.Jika nak bermalam lebih dari satu hari boleh berunding dengan pengurus Aminah Hostel.

Perkara yang sungguh menarik juga ialah pemilik Aminah Hostel memberi peluang pekerjaan kepada ahli keluarga sendiri.Kebetulan pula pemiliknya mempunyai tujuh orang anak dan mereka bekerjasama mengendalikan pusat homestay tersebut.

[admin]

Para penggunjung yang berminat untuk menginap di Homestay Bajet Samarahan Aminah Hostel boleh menghubungi pengurusnya iaitu :

Encik Awek Bin Haji Bushrah
Pengurus Aminah Hostel
Tel :019-847 5540 atau 010-8039693
Whatsapp : 0111-8907294
Alamat :Lot 1490 ,Kpg Sindang Baru,
                 Jalan Dato’ Mohd Musa,
                 94300 Kota Samarahan.

p/s : Setinggi tinggi penghargaan kepada anak pemiliknya yang hanya mahu dikenali sebagai Be WOlf atau Tuan Azrin dan beliau boleh juga dihubungi melalui talian 013-5703303.Terima kasih kerana memberi peluang kepada Hero Borneo Team dalam penulisan artikel ini.

14 ulasan

Layanan untuk kita menemu bual dah cukup bagus,ini membuktikan aminah hostel memang bagus ,saya bagi 5 bintang

yalah kan..peramah dan sangat selesa dibuatnya ..dah macam lama kenal pun ada..thumb up

Harga berpatutan..kediaman dan kemudahan bilik cukup selesa bersih..hanya 5min berjalan ke summer mall shopping complex..

Murah dan selesa..berdekatan uitm unimas dan maktab..nk ke summer mall hnya 5min

betul dan saya akui sendiri..sebab rumah saya dekat dengan Aminah Hostel

Lokasi yang strategik sangat tu..rugi kalau tak mencuba

Huhu.. kemas dan kelihatan agak selesa juga homestay ni.. memberikan kepuasan yang maksimum kepada penginap disini..hehe

di kota samarahan? kalau ada job kat sana boleh la menyewa kat sini

Menarik... nampak sgt bersih dan selesa.. kemudahan bnyk.. thanks sharing tuan HB :)

pasti menguntungkan para penggunjung yang menginap..

jom le ke kota Samarahan..

betul sangat..apa yang dikatakan memang sama seperti dalam gambar

kebelakangan ni suka menginap di homestay. baru baru ni ke Perth pun sy menginap di homestay :)

faktor mudah dan bajet ke bro..


EmoticonEmoticon