Anis Coffee Goda Hero Borneo Team

Anis Coffee jenama yang masih baru.Ramai yang belum tahu.Namun baru-baru ini Anis Coffee telah goda Hero Borneo Team dengan kelazatan dan keenakan minuman tersebut.Tanpa disangka-sangka Hero Borneo Team mendapat sumbangan dua paket Anis Coffee berperisa Cokelat dan Green Tea.Terima kasih kepada Puan Farah Ein yang sudi belanja mr hanafi dan mr Ishak.


Dua jejaka ini memang teruja tak terkata.Niat untuk membeli tetapi rezeki mereka berdua amat murah pada hari tersebut.Jadi sumbangan dua paket minuman Anis Coffee terus mengoda selera Hero Borneo  Team untuk menulis lebih profesional dengan garapan emosi untuk pembaca.

HB aka mr hanafi pilih Anis Coffee perisa Cokelat.Rasanya perggh.Cakap pun tak guna.Sedap gila.Dengan adunan rasa cokelat dan kemanisan yang berpadanan maka sesiapa  pun boleh tergoda untuk beli lagi.Ikutkan hati nak pergi berlari untuk Summer Mall untuk dapatkan sepaket lagi.


Sampai sahaja di rumah HB minum Anis Coffee perisa Cokelat bersama puteri HB yang cilik.HB tanya bagaimana rasa air tu.Katanya sedaplah.Bayangkan budak yang masih tadika meluahkan perasaan.Tu memang confirm sedap kerana mereka belum pandai nak berbohong.Usah ragu-ragu jika ada hati nak mencuba air minuman Anis Coffee.


Dengan pengenalan harga RM6 sepaket besar cukup berbaloi untuk wang kita.Isipadu yang cukup banyak sehingga air Anis Coffee sumbangan  Puan Farah telah kami kongsi tiga beranak.HB dan isteri serta anak bongsu.Cuma anak HB yang menjadi anak dara sunti sahaja tak nak minum kerana ada pantang larang untuk hadapi ujian UPSR 2016.Tak boleh minum air berais.Takut otak menjadi sejuk.Ye ke?

Dengar khabar teman seperjuangan Hero Borneo Team turut terjebak dan tergoda dengan penangan Anis Coffee perisa Green Tea.Sampainya ada artis seperti Neelofa datang melimpas pun dia tak kisah demi menikmati air tersebut.Kesan godaan Anis Coffee memang luar biasa,Jika tak percaya para pembaca boleh baca sendiri artikelnya dalam blog Ishak Hasimi


[admin]

Artikel berkaitan Anis Coffee Kota Samarahan sudah HB kupas penuh emosi dalam blog mrhanafi dot com.Boleh rujuk dan baca artikel tersebut.

Namun jika ada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut boleh hubungi Puan Farah yang berindak sebagai wakil keluarga dalam Anis Coffee Kota Samarahan.


TELEFON : 013-8249924

12 ulasan

Kapo ais memang sedap diminum lebih2 lagi dicampur susu....wow

Dah terbaca dan dah tergoda hehehehe..

Menarik.. mmg sedap tengok ni.. klu jumpa pasti sambar kopi ais tu :) :)

suka green tea...belum jumpa lg Anis Coffee ni..

huhu..kuat btul ayat goda kopi ni..

harga pun murah ea..kat trenggani ni ada ke kopi ni..

ya..betul memamg sedap la

dah tergoda belilah satu paket Anis Coffee tuan..

sambar jangan tak sambar bro..baik punya tau!

tak pelah...nanti request francais Anis Coffee kat sana

he..he..tahu tak pe bro..kalau tak de..ambik francais nanti team kitaorang boleh promote punya

Harga pengenalan rm6. Kalau dah kenal lama patut makin murah kan.

yang itu saya tak tahu kerana sistem francais tak boleh buat sesuka hati


EmoticonEmoticon