Anak Blogger Samarahan Duduki UPSR 2016

Anak kedua kepada blogger Samarahan menduduki UPSR 2016 bermula pada 5 September 2016.Untuk pengetahuan semua pada tahun ini ada format baru dengan pengenalan 6 subjek yang wajib diambil oleh calon.Dah macam sekolah menengah pun.Sedangkan mereka baru habis sekolah rendah.Secara positifnya baguslah ada pendidikan yang berorientasikan peperiksaan.Melalui peperiksaan begini dapat para guru membuat penilaian terhadap kecenderungan minat murid

Dalam kesempatan ini HB nak mohon doa rakan-rakan pembaca untuk kejayaan anak kedua HB, Darwina Hafifi Binti Mohd Hanafi.Mudah-mudahan dia nanti dapat mengikuti jejak abangnya yang telah memperolehi keputusan cemerlang 5A dalam UPSR pada tahun 2015.Plan nak hantar anak HB ke MRSM sebagaimana abangnya yang kini telah berada di Betong.Aamiin.


Sebagai ibubapa usaha terakhir kita cuma menitipkan doa dan memberi sentuhan emosi positif kepada mereka.Tidak perlu tekanan dalam mengejar kecemerlangam kerana bakat dan kecenderungan anak-anak memang berbeza antara satu sama lain.Beri motivasi dan perhatian agar mereka boleh bersemangat menjawab soalan peperiksaan dengan baik.

Kejayaan anak-anak dalam pelajaran adalah kepuasan kepada ibubapa.Sebab kita nak lihat kehidupan mereka senang,berbakti dan bermanfaat kepada semua orang dikemudian hari.Sebab itu HB suka memfokus kepada akhlak berbanding kepintaran IQ.Orang berjaya adalah orang yang boleh merendah diri biarpun sudah banyak harta,wang ringgit dan kedudukan yang tinggi.

HB pohon kepada ibubapa yang ada anak yang menduduki UPSR 2016 untuk sentiasa tenang.Jangan ribut-ribut tak tentu pasal.Kalau boleh elakkan sama sekali perkataan yang menguris hati mereka.Jadikan anak kita seperti minyak yang penuh.Ditatang dengan hati-hati dan belaian kasih sayang.Usaha kita terlalu penting dan usaha anak-anak juga penting.

Pada masa dan saat yang gentir ini jangan membuat apa-apa provokasi.Biar fikiran anak-anak tenang dan semangat penuh membara.Pesan kepada anak-anak untuk lupakan kisah semalam yang tidak sempat belajar,ulangkaji dan sebagainya.Buktikan sekarang impian dan harapan 100 peratus positif.Ingat benda positif akan tarik perkara positif juga tau!

Kredit : Sumber
[admin]

Sebagai blogger yang kini suka dikenali sebagai Blogger Samarahan memang mendoakan kejayaan anak HB dalam UPSR 2016.Dia berjaya akan mengharumkan nama blogger di Malaysia.

Sekian salam motivasi dan jangan lupa untuk mendapatkan ilmu seterusnya dalam AnakPintarCerdas.com

27 ulasan

Wah anak dah besar, tahun depan masuk form 1 gk

anak yang exam...kita kat rumah kecut perut jg ni..
hihi

InsyaAllah, semoga Allah mengurniakan ilham semasa anak menjawab peperiksaan tu

good luck anak hb

wah...selamat yaa

semoga anak bro sentiasa rajin untuk belajar benda yang baru dan bermanfaat ya :)

anak dah besar..saya semakin tua...

bawa bertenang..usah ribut-ribut

Aamiin dan semoga berjaya hendaknya

aamiin dan terima kasih akak.

ya..semoga semuanya selamat

aamiin dan terima kasih kasi ayat keramat bro.

Hari ni baru tamat UPSR... semoga berjaya dgn cemerlang hendaknya... aamiin.

begitulah hendaknya tuan...semoga berjaya kepada anak-anak yang telah mengambil ujian UPSR 2016

sekarang ujian UPSR dah selesai..senang hati mereka.

keren, selamat yaa :)

terima kasih la ye..

waaahhhh, selamat yaa ka

wah mantap, selamat yahh

Wah congrat aja lah .
selamat

terima kasih..saya amat menghargainya..

keren selamat ya


EmoticonEmoticon