Syukur Sebab Pakai Jam Tangan

Syukur Sebab Pakai Jam Tangan  ….Tidak semua kita suka pakai jam tangan.Ada sahaja alasannya.Namun kepada mereka suka pakai jam tangan, HB memang tabik hormat dengan mereka.Orang yang suka pakai jam tangan boleh digambarkan sebagai manusia yang amat mementingkan masa,ada gaya tersendiri dan anggun mempersona.


Jam yang kita pakai tidak semestinya mahal.Kalau mampu guna yang mahal lagi bagus sebab masa itu pun dah sangat mahal kepada orang yang berjaya.Jam yang baik ialah jam yang berkualiti,cantik dan elok dipandang mata.

HB sendiri guna jam tangan yang murah sahaja.Memang dari zaman sekolah dulu HB gemar guna jam tangan.Macam-macam jam yang ada.Kebanyakkan jam adalah jenis pakai buang.Habis bateri boleh ganti baru baterinya atau jika sudah rosak buang sahaja dalam tong sampah.Biasanya HB tak buang walaupun rosak kerana ada bahagian yang boleh dikitar semula.Contohnya tali maupun bateri.

Sekarang HB amat mengerti mengapa jam tangan itu penting.Jam tangan sangat berguna jika membuat temujannji dengan seseorang.Walaupun ada jam pada telefon pintar ia tidak mampu menggantikan keunggulan jam tangan.Contoh biasa apabila kita dah bosan maka secara automatik kita mengerling atau merenung jam tangan lama-lama.

HB amat bersyukur kerana ada jam tangan.Jadi HB boleh merancang masa dengan bijak untuk melaksanakan tugasan seharian.Tidak keterlaluan juga orang yang menggunakan jam tangan adalah seseorang yang  mempunyai tanda-tanda akan sukses dalam hidup mereka.

Berbalik kepada cerita Cabaran Segmen Sukses 21 Hati maka sesiapa memakai jam tangan tu wajib bersyukur.Sebab kalian dah termasuk orang yang bakal berjaya dalam apa jua bidang  yang diceburi.Percaya dan yakin bahawa aura sukses itu semakin mendekat.

Perlu HB tekan juga memakai jam tangan bukan kerana fesyen atau cara untuk menunjukkan diri.Sebaliknya memakai jam tangan adalah simbolik kepada perjalanan hidup kita seperti pusingan jam atau detik-betik yang sentiasa bergerak,Apabiala tiba masanya jarum jam berhenti  berjalan.Nadi manusia juga begitu.Detik-detik jantung akan berhenti berbuat selama-lamanya juga.

[admin[

Pandangan HB tentang orang pakai jam adalah luahan pendapat semata-mata.HB belum lagi buka kilang buat jam dan jika ditakdirkan memang mahu juga jam ada jenama  sendiri.

Sekian.Salam  motivasi dan jumpa lagi.Jika masih nak baca juga apa kata singgah dulu di blog Buku Best

4 ulasan

Saya suka jgk pakai jam tetapi bila saja bateri mati, terus tak pakai.

Pakai ketika mula-mula brli je, habis bateri dah tak sambung pakai.

Apa yg HB perkata memang betul, org yg pakai jam tangan sentiasa aktif dan menepati masa dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

huhu..kena pakai jam tgk baru rasa selesa..

mungkin selalu pakai kot..jam habis bateri pun pakai lagi..haha

itu;ah dinamalan jam pakai buang..habis batei boleh buang tuan

ha,.ha..ha,,betul tu bro


EmoticonEmoticon