Syukur Mampu Beli Kasut Baharu

Syukur Mampu Beli Kasut Baharu…Bagi orang lain kemampuan beli kasut baharu boleh dikatakan pejam mata sebelah.Lainlah pula bagi HB yang mempunyai bajet bulanan yang ketat.Untuk membeli kasut baharu menuntut tambahan bajet yang ektra dari biasa.Sebelum mendapatkannya perlu strategi penjimatan dalam perbelanjaan harian.


HB bertugas mengetuai sebilangan staff di sebuah syarikat restoren segera.Demi menjaga penampilan dan imej seoarang ketua memang HB wajib mengenakan pakaian yang jauh kemas dari staff biasa.Sebab itu HB perlukan kasut yang terbaik kualiti dan menampakkan gaya seorang ketua.Biarpun perkara ini bukan penentu daya kepimpinan seseorang.

Beberapa bulan yang lepas HB berjaya membeli kasut berharga lebih kurang RM100 sepasang.Memang seronok memakai kasut baru.Kalau boleh tiap-tiap bulan tukar yang baharu.Sehinggakan HB berseloroh dengan satff bahawa setiap perkara yang baharu mesti best termasuk ada isteri yang baharu.

Perlu dingatkan bahawa tabiat begitu termasuk dalam golongan yang membazir.Bersyukur dengan apa yang ada.Jangan mengeluh dalam soal rezeki tetapi boleh berusaha lagi sekiranya ada perasaan belum mencukupi.Nak duit lebih boleh berusaha dengan Aplikasi Buat Duit

Secara peribadinya HB bukan pengemar koleksi kasut.Apa yang ada dengan HB cuma 3 pasang kasut.Sepasang kasut getah yang biasanya digunakan ketika berada di kawasan basah.Sepasang lagi kasut lama yang dah sangat haus tapak kakinya.Ditambah lagi bocor sana dan sini.Cuma sayang pula nak masukkan ke dalam tong sampah.Lagipun barang lama ini ada sentimental value yang tersendiri.

Teringin juga nak beli kasut jogging  atau kasut sukan.Setakat ini pendam sahaja dulu keinginan tersebut kerana belum ada bajet yang mengizinkan.Cuma HB lama tak jogging sejak ketiadaan kasut sukan.Dulu HB suka berjogging petang-petang untuk mengeluarkan peluh.Sekarang terpaksa gantung kasut jogging itu di rak kedai sukan sahaja sehingga tempoh masa yang telah ditetapkan.

[Admin]

HB faham bahawa kasut merupakan keperluan kepada manusia.Dalam pada itu jika membeli lebih dari keperluan dah masuk kepada kehendak.Tak apalah kepada mereka yang mampu.Itu adalah duit kalian dan terpulang bagaimana nak membelanjakannya.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.


EmoticonEmoticon