Syukur Kereta Avanza Habis Bayar

Syukur Kereta Avanza Habis Bayar…Sebetulnya sudah 10 tahun usia kereta Avanza itu.Sekarang tak perlu bayar bulan-bulan.Cukup sekadar sediakan duit untuk kos penyelenggaraan  rutin sebuah secara berkala.Memang HB boleh tarik nafas lega  selepas berhempas pulas selama 9 tahun berjuang membayar pinjaman kepda bank.

kredit : www.mrhanafi.com

Memang bersyukur sangat-sangat kerana bebanan hutang sudah berkurangan.Sungguhpun begitu HB belum berada dalam zon selamat kerana rumah dan yang lain-lain masih perlukan duit setiap bulan sebagai bayaran pinjaman

Namun HB tidak boleh terlalu fikirkan berapa banyak hutang yang ada.Sebaliknya HB mesti fikirkan apakah cara yang terbaik untuk menjana pendapatan agar impian bebas impian kewangan bisa terlaksana.Mungkin dengan mencuba Aplikasi Buat Duit

Berbalik kita kepada cerita kereta Avanza`tadi.HB akui sepanjang tempoh itu memamg Avanza banyak jasanya.Selalu dibawa pulang kampung dan mengangkut barang keperluan harian.Selain itu membawa HB dan sekeluarga bersiar-siar ketika waktu santai.

[Admin]

Sekali lagi HB memanjat kesyukuran kepada Allah SWT kerana dikurniakan kemudahan seperti kereta.Biarpun dalam hati HB tetap berimpian untuk memiliki satu lagi kereta untuk perjalanan jauh dan imej seorang yang sudah berjaya.

Sebab manusia ini sangat pelik.Mereka mudah percaya apa yang mereka nampak berbanding apa yang mereka fikirkan.Itulah cara pemikiran orang biasa.Hikmahnya jangan jadi orang biasa sebaliknya menjadi orang luar biasa dengan menyahut Cabaran Segmen Sukses 21 Hari.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

10 ulasan

wah, banyak dah boleh jimat setiap bulan ni.

Alhamdulillah... berkat sabar dan istiqamah juga kan.. tahniah tuan.. :)

sbb tu mereka yg berjaya dlm MLM selalu bergambar dengan kereta mewah...lambang sudah berjaya..huhu..

ya..harap-harap penjimatan begini melancarakan lagi rezeki yang lain pula

terima kasih tuan...atas sokongan yang diberikan

ya..tidak dinafikan kerana nak kasi naik semangat rakan niaga yang lain..sama juga dalam bidang Insuran,takaful atau pelaburan

Alhamdulillah..
Syoknya..bulan2 boleh tambah simpanan atau investment

alhamdulillah.. mudah2an makin luas rejeki dan dipermudahkan segala urusan.. insyaAllah

ya..bagus juga buat investment

aamiin dan itulah yang kita nak.


EmoticonEmoticon