Syukur Dah Ada Rumah Sendiri

Syukur Dah Ada Rumah Sendiri…Sekali lagi HB bersyukur kerana sempat membeli rumah ketika usia masih muda lagi.Ketika itu usia perkahwinan baru sahaja setahun jagung.Sebelum HB berkahwin, memang dah plan untuk membeli rumah kerana ia adalah keperluan asas yang tidak boleh dinafikan.Namun terpaksa ditunda untuk memperbuat persediaan perkahwinan.Dah selesai kahwin baru tercapai impian beli rumah

Gambar Hiasan

Rumah yang HB beii bersama isteri jenis kos sederhana.Harga dibawah RM150K pada 10 tahun yang lepas.Harga semasa untuk rumah yang kami duduki hampir mencecah RM200K.Setidak-tidak kami sekeluarga tidak menyewa dan tidak perlu menjadi nomad zaman moden.Syukur alhamdullilah anak kami membesar dalam rumah yang dibeli oleh ibubapa mereka.

Elok juga HB ceritakan dulu bagaimana kisah HB dapat memiliki keprluan asas ini dalam usia yang sepatutnya.Semasa HB belum ada pekerjaan yakni masih mengganggur,HB sudah membayangkan masa depan.HB mahu ada isteri dan anak-anak.HB nak ada rumah dikawasan perumahan dan kereta sebagai alat penggangkutan.

Oleh kerana pada masa tersebut tengah mencari pekerjaan maka banyak masa untuk HB berangan-angan menikmati kesempurnaan hidup bekeluarga.Siapa kata berangan-angan tidak menghasilkan kejayaan.Namun jangan pula ingat dengan berangan sahaja semua perkara boleh jadi begitu sahaja.Sebab kita berada di dunia dan bukannya syurga.

Dalam dunia ini usaha,perancangan dan impian mesti bergerak selari berdasarkan hukum alam.Sambil berangan sambil berusaha pasti membuahkan kejayaan.Lambat atau cepat itu adalah urusan Allah SWT.

Pesan HB kepada anak-anak muda ialah pasang impian untuk beli rumah.Jangan tunggu lama-lama nanti menyewa pulak sampai ke tua.Usia yang muda banyak kelebihannya.Masih banyak tenaga untuk mencari duit banyak-banyak.

HB juga faham sekarang mungkin ada dikalangan kita yang masih terkial kial mencari duit.HB boleh sarankan kalian semua mengkaji Aplikasi Buat Duit.

[admin]

Jangan takut membeli rumah kerana harga rumah meningkat setiap tahun.Lambat beli maka terpaksa  berdepan dengan harga yang melambung di kemudian hari.HB juga nak beli sebuah lagi rumah untuk keperluan seseorang yang banyak memberi sumber inspirasi.Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan.

In shaa Allah dengan melaksanakan beberapa tips hebat dalam Cabaran Segmen Sukses 21 Hari tidak mustahil 10 Perkara Pembakar Semangat boleh dicapai tidak lama lagi.Aamiin.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

10 ulasan

Alhamdulillah tahniah.
Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

betul tu tuan. saya beli rumah pertama masa umur 30 tahun dah. memang agak lewat dah

Alhamdulillah... beli rumah memang kena ada dalam perancangan masa depan kita. Aset yang makin naik nilainya berbanding kereta.

tahniah bro hanafi dh miliki rumah sendiri..

ya..memang betul tu..tidak dinafikan

sekurang-kurangnya dah beli rumah..ok la tu

betul tu..perancangan tentang lokasi,jenis rumah dan kemampuan bayaran secara bulanan

Tahniah HB dah ada rumah sendiri. Zaman sekarang ini masih ramai yg terpaksa menyewa sbb harga rumah terlampau tinggi terutama di Klang Valley nie..

..terima kasaih..saya beruntung kerana tinggal di kawasan yang harga rumahnya masih rendah..


EmoticonEmoticon