Syukur Ada Telefon Pintar Alcatel

Syukur Ada Telefon Pintar Alcatel…HB agak terlambat untuk memiliki telefon pintar.Sebelum itu menggunakan telefon klasik.Cuma sekali sekala bergurau dengan rakan-rakan sekerja bahawa HB akan memiliki telefon pintar atau telefon skrin sentuh.Pada masa itu harga telefon pintar yang mempunyai fungsi terbaik masih mahal.Rata-rata dalam lingkungan RM1000 ke atas.

Kredit : Google image

Mengikut perkiraan akal logik pada masa itu,HB tak mampu.Duit cukup-cukup makan.Kadang-kadang memang tak cukup untuk makan yang sedap.Itulah hakikat beberapa tahun yang lepas.Sesungguhnya kehidupan ini tetap diteruskan juga.HB bekerja gaji hari dengan upah RM30 sehari sebagai pembantu gerai dan penghantar barang.

Namun setelah HB menceburi satu bisnes telco, Allah  telah beri kemampuan kepada HB untuk membeli telefon pintar.Itu sebenarnya adalah rezeki dari Allah dan duit melalui bisnes adalah al sebab sahaja.Sebelum itu memang HB dah pesan dengan minda bawah sedar untuk dapatkan telefon pintar.Ringkasnya HB sudah mengaplikasi Hukum Tarikan sejak dari dulu lagi.

HB telah menulis satu artikel bertajuk Review One Touch Pixie 3.Pada masa itu HB berjaya memiliki telefon pintar yang cuma berharga RM200 sahaja.Bayangkan dengan harga yang agak murah namun kemampuan telefon Alcatel ini menyamai telefon yang mahal jual.Ambik gambar terang.Guna online laju dan layan Group Whatsapp  pun tak lagging lagi tau!

Perancangan pada masa yang akan datang nak tukar telefon pintar yang mempunyai skrin yang luas.Senang sedkit nak buat blogwalking dan taipkan komen pada blog rakan-rakan yang lain.Yang pasti apabila kita mengikuti Cabaran Segmen Sukses 21 Hari maka tanda-tanda kejayaan itu hampir berada dalam tangan.Pembaca boleh cuba sendiri.Cipta satu angan-angan yang hebat.Rasai dan bayangkan angan-angan menjadi realiti setiap hari.In shaa Allah pasti boleh punya.

[admin]

Pendedahan HB terhadap telefon pintar telah menjadikan HB seorang pengguna tegar aplikasi Whatsapp.Banyak menyertai group dan ada juga admin kepada group sendiri.Kesan telefon pintar mempengaruhi kepintaran HB dalam menjalani kehidupan ini.

Sedar atau tidak telefon juga boleh mendatangkan duit sebagaimana apa yang diceritkan dalam pautan >>>>>Aplikasi Duit


Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

4 ulasan

kdg2 pening dgn group whatsapp, tak sempat nak catch up, nak 'left group', nanti ada lak yg kecik hati...huhu..

Kalau left mohon maaf dgn admin...dan rakan rakan yang lain..nanti mereka faham la tu

Smartfone skrng dah lagi mcm2 aplikasi ada.. pening jugak bila ada mcm hehee :D

pilih sahaja jenama yang tahan lasak tuan


EmoticonEmoticon