Syukur Ada Sepasang Baju Jaket

Syukur Ada Sepasang Baju Jaket…HB dah lama  beli baju ini.Usianya sudah mencecah 3 tahun.Ketika itu HB betul betul tertarik dengan penampilan orang yang menggunakan baju jaket.Nampak hebat dan ada karisma yang terserlah.Kebetulan pula kemampuan bajet HB ketika itu mencukupi.Apa nak  ditunggu lagi.HB sembatlah satu untuk kegunaann sendiri.


Setelah memakainya sekian lama ternyata HB cukup berpuas hati.Bersyukur kerana mampu membeli ketika itu.Walaupun HB tidak menggunakan setiap hari namun kepuasan menggunakann baju tersebut sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.Best giler katakan.

Selain waktu bekerja,HB turut mengenakan ketika solat berjemaah di masjid.Lagipun  masjid sekarang ini banyak sudah menggunakan penghawa dingin.Sudah tentu amat selesa ketika solat.Taklah sejuk mengigil.

HB bersyukur sehingga ke hari ini kerana baju jaket ini tahan lama.Warna kainnya tidak pudar dan zip pula tidak rosak.Masih dalam keadaan yang baik biarpun tidak sebaik ketika baru beli suatu ketika dahulu.

Nampaknya HB telah menyenaraikan 7 barang yang memberi rasa kesyukuran dalam hidup HB setakat ini.Jika difikirkan balik  memang rasa seronok memiliki barang-barabg tersebut.HB amat menghargainya sepenuh hati.

Jika dikaitkan dengan Cabaran Segmen Sukses 21 Hari memang konsep bersyukur itu amat diperlukan.Lagi banyak bersyukur maka lagi banyak yang bakal kita dapat.In Shaa Allah HB akan mensyukuri nikmat barang-barang tersebut ke arah kebaikan

Berikut ialah senarai barang-barang yang menjadi kesyukuran kepada HB dan kisahnya telah HB tulis berdasarkan tarikh yang telah dinyatakan.

1.8 Ogos 2016 [ Laptop]
2.9 Ogos 2016 [Telefon Pintar]
3.10 Ogos 2016 [Kereta ]
4.11 Ogos 2106 [Rumah ]
5.12 Ogsos 2016 [Kasut ]
6.13 Ogos 2016 [Jam ]
7.14 Ogos 2016  [Baju ]

[Admin]

Baju adalah keperluan mendesak kepada manusia.Namun baju yang baik ialah baju yang boleh menutup aurat sepenuhnya bagi lelaki maupun wanita.Selain itu baju yang berkualiti tahan lama untuk dipakai.

Tidak perlu untuk membeli baju baru setiap bulan.Beli baju hanya ketika perlu dan elakkan pembaziran.Jika ingin bersedekah baju lama boleh disampaikan  epada rakan-rakan yang memerlukan,

Sekian.Salam motivasi dan ceria hendaknya.

2 ulasan

stiasa bersyukur dgn apa yang ada..

betul tu..bersyukur dengan apa yang ada..


EmoticonEmoticon