Misi Mencari Hero Borneo Team

Misi Mencari Hero Borneo Team…Sudah lama HB tak kemaskini blog ini.HB asyik sibuk memanjang dan mengabaikannya.Memang tidak dinafikan masa untuk menulis blog telah ditenggelami dengan aktiviti promosi Aplikasi Duit.Apa boleh buat selagi perkara tersebut mendatangkan duit maka perhatian HB akan terarah ke sumber duit tersebut.


Namun sejak pertemuan dengan blogger Ishak Hasimi yang menjadi pengasas blog www.Ishakhasimi.com tercetus idea besar kami berdua.Idea kami untuk menubuhkan satu unit organisasi bawah panji Hero Borneo Team.Organisasi ini akan bergerak dan beroperasi untuk mengabungkan blogger-blogger tempatan di Sarawak.

Objektif utamanya nanti supaya aktiviti blogger seperti event blogger,advertorial  atau pengiklanan dan sebagainya boleh diselaraskan melalui gerak kerja berpasukan.Kepakaran dan kekuatan jaringan  blogger boleh disimbiosiskan untuk mencapai objektif sebenar yakni menjana pendapatan komuniti blogger yang terlibat.

Antara syarat yang mesti diikuti oleh ahli Hero Borneo Team mestilah minat menulis blog secara konsisten.Sanggup bekerja dalam pasukan dan memberi komitmen yang tinggi untuk hala tuju organisasi.In shaa Allah organisasi yang bakal ditubuhkan ini boleh didaftarkan secara sah menurut undang-undang sedia ada negara jika ada sambutan yang menggalakkan.

Untuk memudahkan aktiviti permulaannya, HB ingin menjemput blogger tempatan yang berdekatan untuk bergabung.Kita akan berjumpa secara offline dan membentuk jawatankuasa jika diperlukan.Sekiranya belum ada maka organisasi kecil tersebut tetap juga diteruskan juga.HB yakin pasti ada yang berminat untuk menyertainya nanti.

Berdasarkan pengalaman HB yang sudah hampir 4 tahun menjadi blogger,bergerak secara solo tidak memberi momentum yang hebat melainkan blogger tersebut boleh menjana pendapatan dengan affiliate.Dalam organisasi ini nanti, jenama blogger boleh diketengahkan kepada umum dengan sokngan rakan-rakan blogger yang sedia ada.

[admin Hero Borneo]

HB berharap dan berdoa agar misi mencari Hero Borneo Team menemui kejayaaan demi kejayaan.Jika berminat sila hubungi HB sendiri di talian 011-3464-6975.Perbincangan lanjut boleh kita lakukan secara offline atau bersemuka.

HB sentiasa memikirkan cara dan idea hebat untuk membantu kehidupan blogger.Dalam masa yang sama untuk mengetengahkan Kuasa Dan Potensi Blogger kepada masyarakat umum.

Sekian.Salam motivasi dan jangan lupa untuk menyertai Hero Borneo Team.

18 ulasan

Betul tu, bergerak dalam pasukan In Shaa Allah boleh dapat hasilkan sesuatu yang lebih besar berbanding gerak seorang diri

Tahniah HB! Semoga dipermudahkan urusan untuk membentuk Hero Borneo Team..

kerja berpasukan memang terbaik tuan..saya amat percaya

aamiin dan terima kasih puan...moga dipermudahkan urusannya

semoga berjaya Hero Borneo Team .. dan terus istiqamah dalam memblog :-)

selamat mencari.. smoga berjaya..

Terbaik tu... semoga lancar dan sukses semuanya... aamiin.. :)

hero borneo? heroin x nak?

bgus projek ini bro hanafi..smoga sukses..tak dpt la jie nak join..huhu

in shaa Allah dan terima kasih bro atas sokongan

terima kasih bro..doakan ye..supaya dapat jumpa.

aamiin dan terima kasih bro..

nak juga kalau ada yang sudi..he..he..

ya..betul tu..kalau jie dekat Sarawak boleh la join..kita gerak satu team.

Kita kuat kan lagi team dengan cari an cari lagi blogger sekitar kuching sarawak

usaha mencari tetap diteruskan tuan..sesiapa yang berminat boleh wasap no yang telah disertakan.

Saya dah jumpa tu imej nampak hehhehe

baguslah tuan...doakan kami berjaya.


EmoticonEmoticon