Kewajipan Suami Isteri Menurut Dato’ Dr Haron Din

Kewajipan Suami Isteri Menurut Dato’ Dr Haron Din…Wahai si suami dan si isteri yang HB kasihi.Cewah.Macam ayat karangan untuk buat surat pulak dah.Ya.Begitulah yang sepatutnya yang HB ingini kepada golongan ini.Satu golongan yang menjadi teras kepada komuniti masyarakat yakni keluarga.Peingatan ini juga khas untuk HB sendiri yang memang mengaku secara terang terangan sudah berkahwin.Alamak kantoi.

Kredit : Google image

Prinsip mudah untuk dihayati.Si suami dan si isteri mesti faham kwajipan mereka.Natijahnya mereka akan hidup bahagia.Rukun dan aman damai.In shaa Allah keluarga yang mereka bina akan berkekalan ke Jannah.

Mari kita lihat dan fahami dengan mata hati.Apa tanggungjawab dan kewajipan suami dan isteri yang HB petik dari buku Panduan Komprehensif keluarga Bahagia tulisan Datuk Dr.Haron Din.Ulasan buku tersebut telah HB tulis dalam blog Buku Best.

Kewajipan suami :

1.Kawal dan bimbing isteri

Isteri adalah adalah amanah Allah kepada si suami.Apabila sudah diijabkabul maka tindakan serah tanggungjawab ayah si wanita kepada si lelaki yang kini suaminya.Jika isteri tidak berada di landasan yang betul maka wajib ditegur secara berhemah.Misalnya isteri asyik main Pokemon Go maka boleh rampas telefon mereka tu.Berani ke nak buat begitu.

2.Sempurnakan nafkah perbelanjaan

Makan minum.pakaian dan tinggal adalah tanggungjawab suami.Pihak suami wajib menyediakan perkara asas ini menurut kemampuan masing-masing.Jika mencukupi atau lebih dari mencukupi maka kira terbaik buat isteri.Orang kata untungla ada suami yang begitu.Hakikatnya masih ramai lagi yang belum mampu kecuali kepada mereka yang berani mencuba Aplikasi Duit untuk menjana pendapatan.

3.Memberi pengetahuan agama

Untuk mendidik isteri menjadi solehah sudah pasti si suami kena soleh dulu.Paling tidak pun faham hukum hakam agama secara asas.Jika tak mampu pun maka elok sangat bawa isteri ke majlis ilmu agama di masjid yang berdekatan.Cara yang paling sempoi boleh buka channel Youtube yang berunsur kerohanian seperti kelolaan Ustaz`Yusuf Mansur.Zaman sekarang mudah dapat ilmu agama dan mudah pula nak buat dosa.Adil ke begitu?

4.Layanan yang baik

Isteri adalah wanita yang berjiwa lembut.Mereka tidak wajar ditengking atau diperaku sebagaimana kuli batak.Layan mereka dengan baik dan penuh romantis.Kalau boleh jadikan si isteri seperti pasangan yang bercinta.Beri perhatian kerana dia adalah buah hati intan payung dan kekasih awal dan akhir kepada suami.Untung la kan ada isteri yang ada suami sedemikian.

5.Sentiasa berlaku adil

Kewajipan ini khusus untuk suami yang berpoligami.Kepada mereka yang dah ada niat tu boleh ambik perhatian sewajarnya.Si suami wajib untuk bersikap adil dalam memberi 4 perkara yang HB nyatakan di atas.Soal nafkah zahir dan nafkah batin wajib adil kepada para isteri bawah tanggungannya.Perlu juga diingatkan bahawa adil tidak bermaksud saksama.Sebab orang yang adil ialah meletakkan suatu pada tempatnya.Lawan kepada adil ialah zalim.Jika tak mampu adil maka jadi zalim la jawabnya.Sebab itu jangan kahwin  lebih sekiranya tak sanggup untuk adil.In shaa Allah HB berusaha akan menjadi suami yang adil jika ditakdirkan kahwin dua..( maaf gurau semata-mata)

Kewajipan isteri

1.Taat setia kepada suami

Logik sangat.Seorang isteri wajib taat kepada suami.Pangkat dan darjat suami kepada isieri seperti ayah kepada anak mereka.Dalam pada itu isteri mesti meletakkan kesetiaan yang tak berbelah bagi kepada suami.Jangan ada lelaki lain selain suaminya.Begitu juga kepentingan ibubapa,adik beradik dan rakan taulan mesti dikemudiankan berbanding kepentingan suami.Amboi bukan main semangat HB ulas point nie..he..he.
.
2.Pelihara kesucian diri setiap masa

Sebelum kahwin masih dara dan selepas kahwin masih suci.Ceh wah.Bukan begitu maksud HB.Kesucian di sini merujuk kepada akhlak dan peribadi isteri.Jika isteri bersikap liar maka cerminan itu terpantul kepada suami.Sebab itu isteri mesti menjaga kesucian diri demi suami dam keluarga secara amnya.

3.Buat sesuatu perkara mesti mendapat keizian suami

Hukum ini termaktub kerana suami adalah ketua keluarga.Namun ada juga isteri yang mengabaikan hukum ini yakni tidak mengendahkan keizinan suami.Mereka buat keputusan sendiri dan cuma memaklumkan setelah keputusan dibuat.Jika isteri ada sikap begini dan memang cara pemikiran mereka tidak pedulikan suami maka tidak akan ada keharmonian dalam rumahtangga.Sebab isteri telah membelakangkan peranan ketua rumahtangga.

4.Memenuhi keperluaan suami bila-bila masa

Isteri mithali termasuk dalam kategori ini.Tentunya sangat jarang menemui isteri yang sanggup memenuhi kehendak suami pada zaman sekarang.Mereka akan memberi pelbagai alasan yang munasabah untuk mengelakannya.Seandainya kemahuan suami ditolak sekali dua memang boleh dimaafkan.Namun jika penolakan demi penolakan berlaku maka tidak mustahil si suami berubah hati.Suami yang hilang sabar akan mencari wanita lain sama ada untuk isteri baru atau isteri kedua.HB berharap kepada para isteri jangan memandang remeh perkara ini.Lebih-lebih lagi kepada suami yang ada rupa,gaya dan daya pemikat yang hebat.

5.Sentiasa menghormati suami

Hormat menghormati antara suami isteri amat dituntut.Malah isteri wajib menghormati suami baik ketika senang atau susah.Ketika suka atau derita maka menghormati suami tidak boleh diabaikan.Suara isteri tidak boleh tinggi dari suami.Sekiranya suami berkecil hati dan tidak redha akan perbuatan isteri maka kebahagiaan rumahtangga sangat sukar untuk diperolehi.Apalah gunanya bersuami isteri jika tiada sakinah,rahmah dan kasih sayang.

[admin Hero Borneo]

Ternyata 10 kewajipan suami dan isteri memang berat untuk dilaksanakan.Walau berat sekalipun kehidupan berumahtangga adalah lumrah  dan fitrah manusia.Tiada pengecualian jika sudah mengikat perhubunganan dengan perkahwinan.

Jika belum mampu memikul tanggungjawab suami isteri maka sewajarnya terus membaiki diri dengan menambah ilmu dan memantapkan ekonomi diri.Ada banyak lubuk menjana duit seperti APLIKASI BUAT DUIT.


Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

6 ulasan

kadang2 suami terlepas pandang bab perbelanjaan isteri jika si isteri berkerjaya.

Peringatan dan nasihat yg baik buat suami dan isteri juga...

tulah masalah kalau ada yang ambik kesempatan

dua-dua kena tuan..he..he..

so masing2 kena tahu peranan baru bahagia selamanya

harap ada yang sudi membaca artikel ini..


EmoticonEmoticon