Fokus Solat Sebaik Yang Mungkin

Fokus Solat Sebaik Yang Mungkin …HB segan nak tulis bab ibadah peribadi kepada umum.Namun terpaksa kongsikan juga untuk memastikan Cabaran Segmen Sukses 21 Hari benar-benar telus.Tiada perkara yang perlu diselindung terutama perkara yang baik-baik agar menjadi sumber tauladan dan wadah dakwah.Minta dijauhkan hati kita supaya jangan beramal kerana manusia.Sebaliknya mesti ikhlas hanya kepada Allah SWT sahaja.

Kredit :Google image

Solat 5 waktu adalah wajib ke atas orang Islam yang akil baligh dan waras akal fikirannya.Oleh kerana solat 5 waktu perkara wajib HB akan memberi lebih fokus berbanding perkara lain.Mungkin sebelum ini sambil lewa dan kurang serius.Jadi dalam kesempatan Cabaran Segmen Sukses 21 Hari HB akan sedaya upaya menyempurnakan ibadah solat sebagai tabiat hebat orang berjaya.


Berdasarkan rutin kerja sekarang agak sukar HB untuk berada 5 waktu secara berjemaah di masjid.In shaa Allah waktu subuh sahaja HB boleh berjemaah secara konsisten.Waktu lain ada ketikanya hanya berjemaah di musola tempat kerja.Kadang-kadang solat bersendirian kerana jemaah di musola bukan sesuatu yang tetap.

Selain itu HB akan mencari ruang waktu yang terbatas itu untuk solat sunat Dhuha,hajat,taubat serta tahajud.Namun HB bukanlah membanggakan sangat ibadah tersebut sebagai amal terbaik.Masih banyak kekurangan sana dan sini.Demi kejujuran dan ketelusan HB sanggup kongsikan juga dalam artikel ini sebagai entri rujukan ketika berada di puncak kejayaan suatu hari nanti.Aamiin.

[admin]

HB tak minta lain selain dari doa para pembaca untuk memastikan HB berjaya dalam Cabaran Segmen Sukses 21 Hari yang telah memasuki Fasa Ketiga.Itupun setelah  diulangi semula sebanyak tiga kali atas sebab sebab yang sukar dielakkan.Hari ini adalah hari pertama dan dijangka berakhir pada 21 Ogos 2016.In shaa Allah.

HB yakin boleh berjaya dengan mengekalkan fokus serta fokus pada setiap masa yang ada.Tidak timbul siapa cepat atau lambat.Persoalananya sesiapa yang berani dan tahan diuji akan terus berada di barisan hadapan.


Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi esok hari.Jangan lupa ada bahan bacaan tambahan untuk kalian di blog Buku Best.

6 ulasan

KITA BERAMAL IBADAH KERANA ALLAH TANPA MELALAIKANNYA...INSYAALLAH CABARAN YG HB JALANI AKAN SUKSES

Terima kasih akak atas sokongan moral dan doa yang tulus ikhlas

dalam kita sibuk bekerja, jangan lupa ibadah.

saya selalu ingat pasal ni :)

Baguslah kalau ingat perkara ini

alhamdulillah, semoga istiqamah dalam mengerjakan ibadah ya HB

Bila kita fokus beribadah, Allah pasti kurniakan ganjaran kebaikan lebih baik buat kita di dunia dan akhirat... in shaa Allah...


EmoticonEmoticon