Fokus Hanya Kepada Satu Perniagaan

Fokus Hanya Kepada Satu Perniagaan …Status terkini HB bukanlah seorang ahli peniagaan.HB merupakan seorang penulis blog yang masih belajar ilmu blogging  dan berusaha membina jenama.Sudah tentu HB ada keinginan untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya.Ada pendapatan jutaan ringgit dan aset yang bernilai tinggi di pasaran tempatan maupun antarabangsa.Alamak besar la pulak impian tersebut.

Kredit :Google image

Memang ada perancangan untuk memiliki perniagaan sendiri.Ada jenama yang boleh dikomersialkan.Semuanya dalam perancangan dan tengah difikirkan secara halus dan mulus serta telus.

Demi menyahut Cabaran Segmen Sukses 21 Hari yang dah masuk hari ke tujuh,maka HB telah memilih satu perniagaan telco yang baru menapak di pasaran.Modal permulaan cuma RM47.50 dan ini belum termasuk dalam kos pos.Apa yang paling menariknya HB tidak perlu sediakan stok.HB cuma buat promosi untuk dapatkan pelanggan baru menyertai Wafymobile. [sila klik untuk info]

Sesuai dengan prinsip fokus maka  HB belum lagi menceburi mana-mana perniagaan lain kecuali aktiviti affiliate sebagai cara penjanaan pendapatan.Affiliate belum boleh dikatakan sepenuhnya perniagaan kerana urusan jual-beli masih dikuasai oleh para pemilik affiliate sebenar.Namun sebagai blogger memang beruntung kerana ada platform untuk mengetengahkan apa jua perniagaan dalam blog.

Bagi mereka yang baru nak mengetahui Cabaran Segmen Sukses 21 Hari,boleh rujuk semula beberapa artikel yang telah HB terbitkan dalam blog ini dan blog mrhanafi.com.Yang pasti impak cabaran ini untuk menjadikan satu tabiat hebat dalam mencapai mana-mana impian dan perancangan.

Cabaran terbesar sekarang ini ialah untuk merealisasikan kejayaan yang telah diimpikan dengan kaedah segmen 21 Hari,Kuasa Memberi,Hukum Tarikan,Ilmu NLP dan Teori Hipnosis.Kaedah ini akan dirangkum menggunakan 5 Modul utama.Setakat ini masih dalam proses kajian,Implimentasi dan penstrukturan semula modul yang telah dirangka sejak beberapa bulan yang lepas.

[admin]

HB memang nak menjadikan perniagaan sebagai kerjaya kedua selepas blogger.Dengan perniagaan kita boleh membina platform untuk anak-anak muda mencari rezeki.HB mahu menjadi majikan dan ingin mencipta strategi pengurusan berkiblatkan Keislaman.In shaa Allah kita akan ceritakan lain kali jika HB ada idea tentang perkara tersebut.

Rasanya HB nak buat imbasan semula tentang elemen fokus yang telah dilakukan selama 7 hari yang lepas.Mari kita sama-sama  rujuk semula jika ada entri yang menarik buat pembaca.

1.8.2016>>>Fokus Solat
2.8.2016>>>Fokus Keluarga
3.8.2016>>>Fokus Kerjaya
4.8.2016>>>Fokus Blogger
5.8.2016>>>Fokus Impian
6.8.2016>>>Fokus Duit
7.8.2016>>>Fokus Bisnes

Sekian.Salam ceria dan gembira hendaknya.

13 ulasan

Moga suksess serta dalam masa yang sama dapat membantu anak bangsa dan Agama.
Focus & Win..

Aamiin dan semoga ia menjadi kenyataan

kena konsisten buat promosi baru sales masuk ... semoga sukses .

Aamiin dan semoga ia menjadi kenyataan

Ada waktu kita tersasar tapi bila kita ada matlamat, kita pasti kembali kepada jalan utama utk mencapai wawasan kita itu... semoga Allah lancarkan segalanya buat tuan HB... aamiin.

masa yang tersasar tulah menyebabkan kita tak tentu arah

itulah yang penting...promosi yang berterusan

Dengan kuasa fokus kita tetap dengan matlamat dan tak terkejar dan terpesona dengan kejayaan ramai orang.

Orang buat itu dan berjaya,kita pun buat. Lepas tu, buat itu, buat ini. Akhirnya modal habis, masa habis tetapi hasil tiada.

padangan ini betul tuan..tulah kesan orang yang tak fokus mengejar impian

Yup, fokus is the key; minda & hati yg kuat akan membantu memastikan fokus x lari dr sasaran. Semoga berjaya Mr Hanafi! :D

terima kasih atas sokongan moral..mudah-mudahan kita fokus dengan apa yang kita lakukan dalam menjalani kehidupan ini..

ya fokus terhadap 1 perniaggan mmg benar boleh berjaya

yalah kan..bila yang satu tu berjaya baru boleh buka cawangan baru


EmoticonEmoticon