Bahagia Kerana Patuhi Disiplin Hidup

Bahagia Kerana Patuhi Disiplin Hidup…Ada orang kata disiplin itu leceh.Buat itu tak boleh dan buat ini pun tak boleh.Tujuan sebenar disiplin ialah membentuk diri supaya teratur dan terurus.Baik penggunaan masa,tenaga dan apa sahaja.Dengan mematuhi disiplin hidup membolehkan kita menarik rasa bahagia ke dalam jiwa.

Kredit : Gambar Google

Setuju atau tidak setuju disiplin adakah tabiat hidup yang sangat hebat.Dengan adanya disiplin yang mantap dan teguh kita boleh berjaya mencapai kejayaan dengan cemerlang.Contoh yang jelas dalam Cabaran Segmen Sukses 21 Hari.HB telah melakukan sejak dari Fasa pertama hingga Fasa Ketiga penuh disiplin.HB sahut dan lakukan cabaran tersebut selama 3 minggu tanpa henti.

Dalam memastikan perjalanan segmen itu terus berlangsung HB terus melakukan secara istiqamah.HB boleh berhenti bila-bila masa.Tiada siapa yang boleh marah kerana ia adalah program peribadi.

Namun HB tidak boleh berbuat demikian kerana disiplin diri untuk terus kekal pada perancangan asal.Terus sahaja buat biarpun ada bertemu dengan halangan dan kesukaran.Pendek kata terus buat hingga ke penghujung segmen.

[admin]

Orang yeng berdisiplin telah meletakkan diri dalam situasi berjaya selangkah kehadapan.Mereka layak untuk bahagia dengan tindakan disiplin yang mereka lakukan.Terus berdisiplin menuju kejayaan.

Sekian.Salam motivasi dan jangan lupa berdisiplin untuk jana pendapatan mudah melalui Aplikasi Buat Duit.

2 ulasan

disiplin memang kena ada...kadang2 saya pun tergelincir gak bab disiplin nih hehe

kalau nak berjaya..disipin antara penyumbang utama.


EmoticonEmoticon