Bahagia Dinikmati Dengan Rasa Sabar

Bahagia Dinikmati Dengan Rasa Sabar…Sekarang HB sudah berada dalam minggu Ketiga dalam Segmen Sukses 21 hari.Dalam minggu ini HB cuba untuk mengaitkan bahagia dengan Hukum Tarikan.

Kredit :Imej Google

Satu persoalan yang berat untuk diselongkarkan.Namun demi pembaca  HB usaha juga dengan menyelami secara ringkasnya kaitan sabar dengan bahagia.Namun begitu dalam buku-buku agama memang banyak membicarakan  soal bahagia dan sabar.

In Shaa Allah HB akan menceritakan topik bahagia dengan perspektif berbeza.Mudah-mudahan cara ini memberi kefahaman yang jelas dan jitu bersandarkan pemikiran secara santai sahaja.

Bahagia menurut HB terlalu subjektif.Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.Apatah lagi untuk dijelaskan melalui ruangan yang amat terhad ini.Namun  pemikiran yang positif dan hati yang sabar akan membawa rasa bahagia kepada seseorang.

Orang yang ada sifat sabar tidak terburu-buru.Mereka tenang dan mengelakkan diri untuk tidak merungut.Lebih lebih lagi pada waktu pagi.Merungut atau keluh resah penyebab rezeki sukar nak masuk.Jadi lebih baik setkan pemikiran untuk rasa bahagia agar rezeki lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Jadi HB sarankan kepada HB sendiri dan pembaca juga untuk memulakan hari dengan perasaan bahagia.JIka ada cabaran dan kesulitan sekalipun yang melanda tandakan dengan sifat sabar.Kasi ingat kepada minda bahawa sabar itu separuh dari iman.Tidak rugi pun bersabar.Untung lagi ada kerana boleh mendatangkan rasa bahagia.

Andai kata pembaca sekarang ini dibelit dengan hutang sekeliling pinggang maka amat disarankan untuk bersabar dalam usaha melangsaikannya.Bagi orang Islam latih diri untuk berjemaah solat Subuh kerana Allah akan muliakan orang menjadi tetamuNya diawal pagi.In shaa Allah akan terbit idea atau cara untuk melangsaikan hutang tersebut.Pokok pangkalnya kuatkan rasa sabar dan akhirnya menerbitkan rasa bahagia.

Lubuk jana duit >>>>[ KLIK SINI.]

Begitu juga kalau ada pembaca yang dilamun cinta ketika ini.Letakkan rasa sabar diatas sekali.Sabar untuk tidak ‘dating’ selalu dan sabar menahan rindu apabila berjauhan.Dengan rasa sabar tadi bahagia akan dinikmati biarpun belum lagi bersama.Dah kahwin baru best untuk berdua-duaan.Ingat tu.

[admin]

Bahagia boleh diperoleh dengan mudah jika tahu caranya.Tidak perlu duit yang banyak.Tidak ada duit pun boleh datangkan rasa bahagia jika anggap ia adalah ujian dari Allah.

Yang penting ada rasa sabar.Sebab ia kunci kepada kebahagiaan hati.Sebesar manapun halangan dan cabaran hidup maka sabar boleh mengatasinya dengan mudah.Jika belum percaya boleh cari sumber rujukan seperti dalam blog Buku Best.

Sekian.Salam motivasi dan ceria selalu hendaknya.

4 ulasan

Salam singgah...lama dah x menjenguk ke sini...moga kite selalu bersabar dlm ape jua keadaan :)

terima kasih kerana sudi singgah...dan itulah yang kita mahu..sabar

Sabar itu satu kebaikan buat diri kita semua.. bukan senang kdg2 nak mengawal sabar ni kan...

hikmah bersabar ini tuan..ialah dapat ketenangan


EmoticonEmoticon