Tradisi Balik Kampung Untuk Beraya

Tradisi Balik Kampung Untuk Beraya…Alhamdulillah memang itu rutin dan tradisi HB sekelurga sejak dari mula kahwin lagi.Sekarang HB dah berkahwin 14 tahun maka selama itulah tradisi balik kampung tak pernah ‘miss’.Ya,memang seronok beraya di kampung.Suasana sangat meriah berbanding di kawasan perumahan.

kredit: Google image

Dulu anak-anak masih kecil (kecuali yang bongsu).Sekarang mereka sudah nak meningkat remaja.HB berharap pada tahun-tahun mendatang tradisi ini terus diamalkan sampai anak cucu.Biar diwarisi tradisi yang memang bagus untuk mengeratkan silaturrahim.

Dari segi kos memang terasa juga.Banyak perbelanjaan perlu dikorbankan.Tempat yang jauh pasti lebih tinggi.Kira beruntunglah kalau ada pembaca yang tinggal yang dekat dengan kampung.HB kira beruntung juga kerana kampung halaman isteri 3 jam perjalanan dari kediaman kami.

HB dan keluarga berangkat ke kampung sekitar jam 11 pagi.Alhamdulillah sudah sampai jam 2 petang.Sebagaimana biasa HB memandu dengan kelajuan sederhana.Tak laju dan tak juga perlahan sangat.Lagipun di Sarawak mana lebuhraya yang boleh dibawa kenderaan selaju yang boleh.Kebetulan kenderaan tidak begitu banyak.Trafik lancarlah jawapnya.

[admin]

Tradisi balik kampung untuk beraya akan tetap berlangsung sekirannya anak-anak HB nanti berkahwin dengan orang kampung.Itu gurau sahaja.Yang pasti beraya di kampung lebih seronok kerana berkumpul sanak saudara dan kaum kerabat yang terdekat.

HB menumpang kasih keluarga sebelah isteri kerana HB seorang mualaf.Berita baiknya isteri yang untung kerana tiada pengiliran untuk beraya kat kampung yang mana yang dahulu.Lain lah kalau HB ada buat cawangan baru.Itupun gurau semata-mata.


Sekian.Selamat Hari Raya.Maaf zahir dan batin dari HB serta keluarga buat pembaca yang merayakan Hari Raya Puasa.

8 ulasan

kalau raya di tgh2 minggu mcm rabu-khamis, org dah blk awl so jln x berapa nk jammed...

p/s selamat hari raya

Salam Aidilfitri HB... di semenanjung sangat seksa bile time kemuncak nak balik kampung huhu.. sabo je lahh.. highway ke jalan biase sume same

jalan yang tak jammed adalah rezeki tu..

selamat hari raya juga..

sebab populasi sangat tinggi..banyakkan bersabar

Semakin lama semakin kurang kampung... sikit2 kampung dah jadi pekan, pekan dah jadi bandar... tapi tetap kita panggil 'balik kampung' bila berkumpul sekeluarga terutama hari ceria Aidilfitri kan... :)

itu dinamakan pemodenan tuan


EmoticonEmoticon